TIP MELAWAT JAKARTA DAN BANDUNG

2 Jul

PAKEJ MELAWAT JAKARTA DAN BANDUNG
Kedua-dua tempat ini semakin popular dan menjadi kegemaran bagi rakyat Malaysia untuk berbelanja. Untuk melawat kedua-dua tempat ini ada beberapa perkara yang perlu kita ketahui sebelum menetapkan keputusan mengenai pakej yang bakal diambil.


1. DESTINASI KE JAKARTA ATAU KE BANDUNG DAHULU
Harga tiket kapalterbang bagi destinasi ke Bandung secara relative adalah JAUH LEBIH MAHAL berbanding ke Jakarta. Kebiasaannya, pihak penganjur akan mengambil pendekatan untuk “landing” di Jakarta berbanding Bandung kerana faktur harga tiket yang mahal. Di samping itu, perjalanan dari Jakarta ke Bandung tidak lah terlalu lama, sekitar 3 jam sahaja jika melalui Lebuhraya Toll Jakarta-Bandung.

 

2. JENIS PENERBANGAN KE JAKARTA
a. Air Asia
b. Garuda
c. KLM (syarikat Belanda)
Manakala untuk terus ke Bandung, hanya AIR ASIA sahaja yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Dan kekerapan penerbangan juga tidaklah terlalu banyak berbanding laluan dari KLIA ke Jakarta.
Boleh dikatakan kekerapan AIR ASIA terbang dari KLIA ke Jakarta lebih dari 6 kali, bermula dari awal pagi hingga lewat malam. Kerana itu, kita boleh merancang perjalanan kita dengan mengambil jadual flight seawal pagi dari KLIA ke Jakarta dan pulang ke tanahair pula sebelah petang atau malam supaya kita puas berada di sana.

3. BERAPA HARI PAKEJ MELAWAT JAKARTA DAN BANDUNG?
Bergantung kepada “budget” kita dan tujuan kita ke sana lebih kepada untuk membeli-belah atau melawat tempat-tempat bersejarah dan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Kebiasaannya, pakej yang ditawarkan adalah :-
a. 5 hari dan 4 malam ( 2 malam di Jakarta, 2 malam di Bandung)
b. 4 hari dan 3 malam ( 1 malam di Jakarta, 2 malam di Bandung)
Terdapat juga syarikat travel yang menawarkan Pakej Melawat Jakarta/Puncak/Bandung, bergantung kepada kehendak pelanggan. PUNCAK adalah suatu kawasan pergunungan tanah tinggi, sama seperti Cameron Highland atau Genting di Malaysia.

 

4. TUJUAN LAWATAN KE JAKARTA DAN BANDUNG
Jika lawatan kita ke sana lebih kepada untuk “SHOPPING” atau membeli-belah, maka tempat-tempat menarik di Jakarta seperti
a. “Safari Park” (kawasan penempatan haiwan liar yang dilepas bebas)
b. kawasan “Sumur Maut” (tempat para Jeneral disiksa oleh Parti Komunis Indonesia)
c. Taman Mini Indonesia (terdapat pelbagai jenis-jenis rumah suku kaum di Indonesia)
d. Taman Permainan “ANCOL” (seperti AFamosa di Melaka atau Taman Tema di Genting Highland)

boleh DIKECUALIKAN dalam aturcara lawatan. Ini kerana lawatan ke lokasi tersebut akan mengambil masa yang lama, dan boleh menyebabkan kita tidak sempat untuk “bershopping” di sana.

5. LOKASI LAWATAN YANG MENJADI KEMESTIAN
Di Bandung, kawasan lagenda TANGKUPAN PERAHU adalah lokasi yang wajib dilawati oleh pengunjung. Kawasan pergunungan tanah tinggi dengan pemandangan yang menarik dan suhu yang sejuk, mendamaikan hati para pengunjung.
Selain itu, destinasi yang popular untuk disinggahi ialah :-
a. Pasar Baru (pakaian dan tekstil)
b. Cibaduyut (tempat barangan kulit)
c. Chihamplus atau Toko 3 (pakaian Jean)
Manakala di Jakarta, destinasi yang popular untuk “shopping” ialah :-
a. Tanah Abang (pakaian dan tekstil dengan harga borong)
b. Mangga Dua (pelbagai jenis pakaian dengan harga murah)

Jika ada kesempatan, pengunjung boleh dibawa melawat Monumen Nasional, Taman Mini Indonesia dan lain-lain tempat yang menarik.

6. TUKARAN WANG
Untuk makluman yang belum pernah ke Indonesia, nilai duit Rupiah berbanding Ringgit Malaysia memang memeningkan kepala kita. Untuk memudahkan kita membuat perbandingan, kita kena bahagikan nilai Rupiah dibahagi kepada 3000, contohnya harga sebotol minuman “Rp6000”, maka nilai duit Ringgit Malaysia ialah (Rp6000/3000) bersama RM2. Maknanya jika kita membeli sehelai tshirt pada harga Rp20,000, anggaran kasar nilaiannya bersama RM6 ke RM7 sahaja.

SELAMAT MELANCUNG !

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: