Umrah – ke Madinah dahulu atau ke Makkah dahulu ?

24 Sep

Salam Idil Fitri.

Kelazimannya bagi setiap iternary Umrah, penganjur akan membawa jemaah memasuki Madinah dahulu. Selepas menginap 2 malam atau 3 malam di Madinah, barulah jemaah dibawa memasuki kota suci Makkah dengan berpakaian ihram dan berniat Umrah di Bir Ali.

Bagi jemaah yang mementingkan keselesaan dalam perjalanan, selalunya akan memilih penerbangan terus ke Madinah dari KLIA. Harga tiket bukan ukuran. Yang penting perjalanan lebih mudah dan cepat sampai ke Madinah.

Justeru mengapa perlu memasuki Makkah dahulu kemudian ke Madinah ?

Perjalanan dari KLIA ke Jeddah, biasanya mengambil masa 8 jam. Pemeriksaan imigresen dan pengambilan bagasi biasanya akan mengambil masa paling singkat 2 jam. Tambahan pula sekarang ini semua flight yang membawa jemaah Umrah akan ditempatkan di Terminal Haji, yang memungkinkan prosesnya menjadi lebih lama. Lazimnya perjalanan menaiki bas dari Jeddah ke Madinah akan mengambil masa 6 jam hingga 8 jam, bergantung kepada corak pemanduan driver bas.

Maka jika dicampur masa perjalanan dari KLIA ke Jeddah hingga ke Madinah sudah menjadi lebih dari 18 jam iaitu 8 jam dari KLIA ke Jeddah campur 2 jam di Terminal Haji Jeddah campur 8 jam dari Jeddah ke Madinah. Ini belum dicampur masa jemaah berangkat dari rumah menuju ke airport KLIA dan berapa lama jemaah berada di KLIA sementara menunggu flight untuk berlepas. Boleh jadi lebih dari 24 jam masa diambil untuk semua proses di atas. Lama dan meletihkan.

Ini tidak mengambil kira jemaah yang mengambil penerbangan transit yang perlu menginap di negara ketiga. Belum lagi ditambah dengan masalah flight transit yang selalu “delay” jadualnya. Hinggakan jemaah memasuki Madinah pada hari yang ke-3 perjalanan. Amat meletihkan. Kesian pada jemaah yang uzur dan lanjut usianya.

Permasalahan di atas boleh dikurangkan tekanannya jika ditukar kebiasaan ilternary iaitu masuk ke Makkah dahulu. Ini kerana perjalanan dari Jeddah ke Makkah biasanya hanya mengambil masa 2 jam sahaja. Jika jadual flight Saudi atau MAS berlepas pada jam 12 tengahari, flight ini akan mendarat di Jeddah pada jam 3 petang (waktu tempatan) pada hari yang sama. Keluar dari Terminal Haji pada jam 5 petang dan sampai Makkah pada jam 7 malam. Dan jemaah boleh terus menyempurnakan ibadah Umrah. Menjelang tengah malam, jemaah sudah boleh berehat di hotel. Cuma jemaah lelaki kurang selesa sedikit kerana terpaksa memakai pakaian ihram semenjak di airport KLIA lagi.

Selepas menginap lama di Makkah, pada 4 hari terakhir baru jemaah dibawa memasuki kota suci Madinah. Lebih manis jika dapat flight balik dari Madinah terus ke KLIA. Jika tidak jemaah harus berangkat semula dari Madinah menuju ke Jeddah untuk urusan keberangkatan pulang. Apapun, semasa di Madinah sebenarnya jemaah lebih merasa relax dan santai kerana sudah menyempurnakan ibadah Umrah. Aktiviti di Madinah selain dari Ziarah Luar Madinah, hanyalah beribadah di Masjid Nabi dan yang penting dapat iktikaf dalam kawasan Raudhah dan menziarahi Maqam Nabi.

Bagi yang mengambil penerbangan Kuala Lumpur/Jeddah dan Madinah/Kuala Lumpur, sudah pasti akan banyak kelegaannya. Terutama semasa urusan keberangkatan pulang. Ini kerana mereka tidak perlu menempuh perjalanan 6 jam dari Madinah ke Jeddah. Tambahan pula urusan check in di airport Madinah lebih santai dan tidak sesibuk airport Jeddah. Malah kabarnya petugas airport Madinah lebih lembut dan berbudi bahasa dibandingkan dengan petugas airport Jeddah.

Namun bagi jemaah yang mengambil penerbangan transit atau terus dari Jeddah ke KLIA, harus menempuh perjalanan 6 jam dari Madinah ke Jeddah. Sungguhpun demikian, jemaah tidak merasa begitu tertekan kerana sudah menyempurnakan ibadah Umrah dan juga melawat Makam Nabi. Jika banyak masa, jemaah boleh dibawa menziarahi sekitar bandar Jeddah sebelum menuju ke airport Jeddah.

Kesimpulannya, tindakan masuk ke Makkah dahulu kemudian diakhiri di Madinah, saya rasa sesuai jika flight ke Arab Saudi mendarat di Jeddah. Bagi flight Saudi yang mendarat di Madinah, kekal dan tidak perlu diubah iternarynya.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: