5 Tip Sebelum Ke Tanah Suci

15 Nov

Sebaik sahaja kita membuat keputusan untuk ke tanah suci, kita hendaklah mengetahui beberapa perkara yang penting yang boleh membantu kita  semasa di sana nanti.

Antaranya ialah waktu bila kita ke tanah suci samada musim sejuk ataupun panas ?

TIP 1 – KEADAAN CUACA DAN SUHU DI TANAH SUCI

Arab Saudi mempunyai 2 musim yang utama iaitu musim panas dan kering dan juga sejuk dan kering. Lazimnya musim sejuk bermula di antara bulan pertengahan bulan November hingga Mac atau April, manakala musim panas bermula antara bulan April hingga Oktober.

Oleh kerana musim sejuknya kering dan musim panasnya juga kering, maka kulit kita dan bibir kita mudah untuk menjadi kering. Dan selalu juga tumit kaki kita pecah-pecah disebabkan olehnya. Apabila ini berlaku, ini boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat dan menyukarkan kita untuk berjalan jauh.

Oleh yang demikian, kita hendaklah membawa “Cream Pelembab Kulit” atau “Losyen Pelembab Kulit” seperti berjenama Nivea atau Viseline.

Musim Panas?

Sekiranya kita ke tanah suci pada musim panas, jangan lupa membawa bersama “Sun Glasses” atau cermin mata hitam, sebaiknya yang berjenama atau “original”. Suhu panasnya boleh mencecah sehingga 50’C dan untuk melihat ke hadapan begitu silau dan memeritkan sekali. Atau bahasa mudah, kita berjalan nak buka mata pun susah.

Musim Sejuk?

Sekiranya kita ke sana pada musim sejuk, kita kena selidiki berapa suhu sejuknya. Suhu sejuknya boleh mencecah bawah dari 10’C. Suhu sejuk yang melampau ini  boleh menyebabkan tulang-tulang pada jari-jari kita menjadi ngilu atau sakit-sakit. Jika suhu sedemikian, selain dari memakai baju sejuk atau jaket yang tebal, sarung tangan juga jangan ketinggalan.

TIP 2 – PENGELUARAN WANG DAN TUKARAN WANG

Anda boleh menukar wang di Malaysia atau di Makkah/Madinah menerusi “penukar wang” yang banyak terdapat di sana. Kadar tukaran terkini ialah RM100 bersamaan SR120 atau RM80 bersamaan SR100. Kadar tukaran ini tertakluk kepada perubahan semasa. Biasanya tukaran wang di Madinah lebih mendapat nilaian yang tinggi berbanding Makkah dan Malaysia

Pada musim haji, Tabung Haji ada membuka kaunter pengeluaran di Maktab-maktab Haji Jemaah Malaysia. Tetapi pada musim umrah perkhidmatan ini tidak disediakan di Makkah dan Madinah. Jika mahu mengeluarkan wang di Tabung Haji, kita terpaksa pergi ke Tabung Haji di Jeddah.

Buka akaun simpanan Al-Rajhi

Sekiranya kita takut untuk membawa wang tunai yang banyak, bukalah akaun simpanan Al-Rajhi dan jangan lupa memohon kemudahan kad ATM. Semasa di tanah suci, had pengeluaran maksima di mesin ATM Al-Rajhi ialah SAR5000 sahaja sehari. Jika kita ingin mengeluarkan lebih dari SAR5000, kita terpaksa menunggu selepas 24jam pengeluaran pertama dibuat.

 

TIP 3 – PERBEZAAN WAKTU

Malaysia lebih awal 5 jam daripada waktu di Arab Saudi. Jika waktu Malaysia pada jam 10 pagi, maka waktu di Arab Saudi ialah jam 5 pagi.  Jika kita ingin menghubungi keluarga kita di Malaysia, sebaiknya kita hubungi mereka selepas waktu Subuh atau pada waktu siang hari. Jika waktu selepas Subuh di Makkah jam 6 pagi, waktu di Malaysia ialah jam 11 pagi.

Elakkan dari menalipon keluarga di Malaysia selepas waktu Isyak. Jika selepas waktu Isya’ di tanah suci jam 9 malam, waktu di Malaysia ialah jam 2 pagi, waktu keluarga kita sedang nyenyak tidur barangkali.

 

TIP 4 – ELAKKAN MEMBAWA PAKAIAN YANG BANYAK

Jangan bawa pakaian yang terlalu banyak, walaupun kita di tanah suci selama 2 minggu. Sebaiknya bagasi kita jangan lebih dari 15 kg.  Ini kerana kebiasaannya jemaah akan membeli-belah semasa di sana, dibimbangi semasa balik had muatan bagasi lebih dari sepatutnya yang memungkinkan dikenakan denda atau “caj lebihan bagasi”.

Bagi lelaki memadai dengan 2 pasang baju Melayu atau pakaian semasa solat. Kain ihram pula 3 helai atau sepasang setengah. Begitu juga bagi wanita, memadai dengan 2 pasang baju kurung 2 pasang telekung sahaja.

Semasa di tanah suci, jemaah pasti akan membeli pakaian atau jubah baru kerana selain dari harganya yang lebih murah berbanding di Malaysia, jubah juga merupakan pakaian harian bagi masyarakat di sana.

Perkhidmatan Dobi?

Terlalu mahal. Sepasang kain ihram, upah dobinya SAR10 atau RM10. Jika kita menghantar 3-4 helai pakaian ke kedai dobi, jangan terkejut jika upahnya boleh mencecah sehingga SAR30 atau lebih dari itu. Bergantung di mana perkhidmatan dobi itu dibuat. Jika di hotel 5 bintang, boleh mencecah sehingga lebih dari SAR100. Beli baju baru lebih baik.

Kebiasaanya di hotel-hotel budget, pekerja-pekerja hotel (biasanya Bangladesh) ada menawarkan perkhidmatan dobi kepada jemaah dengan harga yang murah sedikit berbanding di luar. Bagi yang berkemampuan, bolehlah berlanggan dengan mereka.

Tetapi, jika kita ingin berjimat, bawalah sabun buku atau serbuk pencuci dari Malaysia. Di sana pun ada, tetapi sabun atau serbuk pencucinya biasanya kurang buih atau kurang ‘power’.

Oleh kerana di tanah suci cuacanya kering, maka pakaian yang dibasuh akan cepat kering. Biasanya jika kita basuh baju selepas Subuh, apabila dijemur di dalam bilik, waktu petang sudah kering. Jika dijemur di kawasan panas matahari lebih cepatlah kering pakaian kita.

TIP 5 – TUKAR KEPADA TELEFON MUDAH ALIH SAUDI

Sekiranya kita mahu berhubung samada sesama jemaah di tanah suci atau ke Malaysia, sebaiknya kita mendapatkan perkhidmatan syarikat telekomunikasi di sana seperti Al-Jawal, Mobily atau Zain. Kadarnya jauh lebih rendah berbanding jika kita menggunakan perkhidmatan komunikasi dari Malaysia.

Biasanya jika kita menghantar ‘sms’ ke Malaysia, kadarnya antara SAR0.50-SAR0.60 berbanding RM1.90-RM2.00 jika kita gunakan Celcom atau Maxis.

Jika kita ingin berhubung sesama rakan jemaah, adalah lebih baik kita gunakan servis syarikat di sana. Jika kita gunakan celcom atau maxis di tanah suci kadar panggilannya akan berganda-ganda mahalnya. Bayangkan jika kita di Makkah buat panggilan kepada rakan kita di Makkah, dan masing-masing menggunakan “simkad” dari Malaysia, panggilan itu akan ke Malaysia dahulu dan kemudian ke Arab Saudi semula.

Begitu juga jika ada rakan dari Malaysia menghubungi kita di tanah suci menggunakan no. Talian mudahalih Malaysia, kita juga terpaksa membayar kos panggilan tersebut. Amat merugikan.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: