Masalah Penginapan di Makkah

17 Dec

Assalamualaikum wbt.

Semenjak Kerajaan Arab Saudi melakukan Proses Perbangunan Semula Makkah, banyak hotel-hotel yang berhampiran dengan Masjidil Haram yang telah dirobohkan. Sayu rasa hati apabila melihat satu demi satu bangunan hotel yang pernah saya diami diruntuhkan. Dari kawasan Samiah hinggalah ke kawasan Ghazzah telah dirobohkan bangunannya. Kabarnya kawasan sebelah Misfalah juga akan menerima nasib yang sama.

Kawasan Misfalah iaitu di sebelah belakang Makkah Hilton Tower merupakan kawasan penempatan jemaah Umrah yang popular.  Kawasan ini menjadi tumpuan penganjur Umrah kerana hanya di kawasan ini yang masih banyak menawarkan hotel-hotel penginapan untuk jemaah.

Kawasan Misfalah

Cuba perhatikan gambar di atas. Kawasan saie boleh dilihat kepada kawasan bangunan lurus di sebelah hujung Masjidil Haram. Jarak kawasan Saie antara Safa dan Marwah ialah 550 meter. Di sebelah kanan gambar di atas ialah kawasan penempatan jemaah Umrah yang popular di Misfalah. Agaknya berapa jarak hotel penginapan jemaah jika diukur dari Pintu Masjidil Haram.

Harga hotel penginapan di Makkah tergantung kepada standard dan juga jaraknya dengan Masjidil Haram. Semakin hampir dengan Masjidil Haram, semakin mahal harga sewaannya. Lagi jauh, maknanya lagi murah harga sewaannya. Jadi, cuba bayangkan jika ada syarikat penganjur Umrah yang menawarkan Pakej Harga Murah, agak-agaknya di mana hotel penginapan di Makkah. Jauh atau dekat. Ikut logik akal, pasti jauh dari Masjidil Haram. Soalnya berapa jauh ? Penganjur Pakej Umrah selalu menyatakan hotelnya dekat dengan Masjid bagi menarik minat jemaah menyertai syarikatnya. Hakikatnya, bila sudah sampai di tanah suci baru tahu kata-kata itu sebenarnya indah kabar sahaja. Nak tarik diri sudah terlambat kerana sudah sampai di tanah suci. Penyesalan yang sudah tidak membawa apa-apa makna.

Bayangkan, harga sebuah bilik di hotel standard ekonomi yang hampir dengan masjid antara SR350 hingga SR400 semalam. Maknanya untuk bilik Quad, harga 1 katil untuk 1 malam dianggarkan SR100. Ada hotel yang jauh dari Haram yang menawarkan harga bilik hanya SR120 – SR 150 untuk 1 malam. Maknanya harga 1 katil untuk bilik Quad hanyalah sekitar SR30-SR40 sahaja untuk 1 malam. Perbezaan sebanyak SR70 semalam dan jika didarab dengan 10 hari tinggal di tanah suci, sudah menunjukkan perbezaan harga sehingga SR700 untuk satu pakej. Perbezaan harga SR700 begitu material bagi mereka yang mementingkan harga dalam membuat sesuatu keputusan. SR700 atau RM700 jika didarab dengan bilangan anggota keluarga yang menyertai sudah menunjukkan penjimatan harga yang begitu besar. Maka bergembiralah jemaah yang memilih Pakej Harga Murah tersebut kerana berjaya menjimatkan perbelanjaan untuk ke tanah suci.

Tetapi perasaan itu hanya sementara sahaja. Bila sampai di tanah suci, barulah tersedar dari mimpi yang indah. Murah ada makna. Apabila jemaah merungut  kepada penganjur pakej kenapa letakkan mereka di hotel yang jauh dari masjid ? Jawapan ringkas yang diberi tetapi menyakitkan hati..“hai encik bayar harga murah maka dapatlah hotelnya di sini. Jika nak hotel dekat, bayarlah lebih..”

Saya pernah terbaca iklan Pakej Umrah Murah yang menawarkan harga murah yang begitu tidak munasabah. Bak kata orang sekarang..Murah giler..Bila saya hubungi syarikat berkenaan dan menyatakan rasa pelik saya mengenai harga yang ditawarkan, jawapan yang diberi ialah ” oh encik, pihak kami menyediakan kemudahan shuttle bas untuk jemaah pergi ke masjid”. Maknanya penginapan jemaah pasti jauh dari Masjid sehinggakan terpaksa menaiki bas untuk ke Haram. Pergi ok la, nak balik ? Pihak hotel pasti menyediakan jadual bas untuk ulang alik dari hotel ke Haram dan dari Haram ke Hotel. Masalahnya, adakah masa balik kita sama dengan masa jadual bas tersebut. Bagaimana jika kita ketinggalan bas. Tahu ke kita jalan nak balik ke hotel ? Naik teksi ? Kos lagi..Boleh ke kita berkomunikasi dengan driver teksi memberitahu lokasi hotel kita ? Apa pula akan terjadi jika masalah ini menimpa ibu bapa kita yang sudah tua ? Tak boleh nak bayangkan, jika ada jemaah tua yang tersesat, terpisah dari kawan-kawannya dan tidak tahu jalan pulang ke hotel. Kesian..Masalah ini biasa berlaku dan tidak mustahil.

Nasihat saya, apabila berhajat untuk menunaikan Umrah jangan memilih Pakej Umrah Murah yang ada di pasaran. Pasti hotelnya jauh dari masjid dan akan mengundang masalah kepada kita nanti semasa di sana. Pastikan hotel penginapan di Makkah dekat dengan masjid supaya kita mudah untuk berulang alik ke Haram. Mahal sikit tidak mengapa, asalkan kita selesa beribadah. Tanya kepada mereka yang pernah ke tanah suci, ambil pengalaman mereka untuk dijadikan iktibar dan pengajaran.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: