Pakej Umrah Murah – Kenyataan Yang Perlu Dihadapi

4 Apr

Assalamualaikum wbt.

Balik dari menunaikan Umrah baru-baru ini benar-benar menginsafkan dan menyedarkan saya bahawa masyarakat harus diberi penerangan mengenai permasalahan Pakej Umrah yang biasa jemaah hadapi. Soal harga pakej Umrah Murah, jangan terus dipercayai. Kenapa ? Sebab pakej murah akan dapat segala-galanya murah..dan yang selalu terjadi jemaah marah-marah tidak berpuas hati selama pemergian mereka ke tanah suci. Benar-benar mereka menyesal dan taubat tidak mahu lagi ikut Pakej Umrah yang murah atau ikut Penganjur Umrah yang berkenaan.

Ada seorang bakal jemaah jumpa saya memberitahu kakaknya baru kembali dari tanah suci mengikut satu agensi travel yang menawarkan harga pakej RM4500 sahaja. Kakaknya dijanjikan hotel penginapan yang dekat dengan masjid dan menaiki Pesawat Pakistan (PIA).  Tambahan pula seorang Ustazah turut serta dalam rombongan dan menyakinkan kakaknya pakej ini O.K. Tetapi kenyataannya, Hotel penginapan di Makkah amat jauh sekali, hinggakan kakaknya tak larat nak ulang-alik ke Masjidil Haram. Almaklum kakaknya pun dah berusia 60 tahun. Tak dapat cukup solat berjemaah 5 waktu di Masjidil Haram. Jika larat pergi, jika tak larat solat dalam bilik sahaja. Sekembali dari tanah suci, kaki kakaknya bengkak macam kaki gajah kerana kerap berjalan jauh. Dah la tu, flight yang dinaiki bukan sahaja transit di Karachi tetapi singgah juga di Singapore. Semua penumpang dipaksa keluar dengan beg “hand carry” masing-masing untuk diperiksa oleh pegawai airport Singapore dan kemudian disuruh masuk semula flight. Kabarnya ada berita penumpang bawa bom dalam flight. 

Ustaz Ahmad Mustafa, Imam Besar Masjid Negeri memberitahu saya, semasa bertugas sebagai Ketua Rombongan Umrah DZ Travel di Makkah berjumpa dengan ramai murid-murid kuliahnya. Rata-rata jemaah tersebut terkilan kerana tidak ikut rombongan Umrah bersama beliau kerana harganya lebih tinggi dari harga pakej yang disertai.  Apabila mengetahui hotel penginapan jemaah DZ Travel dekat dengan Masjid, sering ada bimbingan kuliah selepas waktu makan malam yang disampaikan oleh beliau sendiri, bilik hotelnya juga luas, baru mereka sedari yang mereka telah tersilap ikut Pakej Umrah. Sesal dahulu berpendapatan, sesal di tanah suci dah tak da makna. Terima sahaja lah seadanya..

Ramai juga yang berpendapat yang penting dapat pergi ke tanah suci. Masalah hotel penginapan yang jauh bukan masalah utama. Yang penting harga murah. “Kita boleh jalan kaki”, katanya. Bukan tak biasa pun. Itu lah cakap kebanyakkan orang sebelum pergi ke sana. Tetapi apabila sudah sampai di Makkah, lain pula dailognya..”tahu macam ni, aku bayar lebih sedikit pun tidak mengapa” Kerana itu sebelum membuat keputusan memilih Pakej Umrah, dapatkan maklumat selengkap mungkin mengenai Pakej Umrah yang ingin disertai.

Kerana ada penganjur Umrah yang menawarkan Harga Murah yang luar biasa untuk menarik ramai jemaah menyertainya. Apabila jemaah sudah mendaftar dan membayar deposit, baru dijelaskan harga Pakej Umrah ini belum masuk Ziarah atau makan minum di tanah suci dan sebagainya. Jika nak Full Pakej, kena buat tambahan bayaran. Dan apabila dikira tambahan bayaran, kos Pakej Umrah berkenaan jadi lebih mahal atau lebih kurang sama sahaja dengan Pakej Umrah biasa yang lain. Nak tarikh diri deposit dikira hangus. Nak tak nak terpaksa ikut pakej Umrah berkenaan walaupun hati dah bengkak semacam. Belum pergi sudah tidak puas hati, apabila di sana bertambahlah rasa tidak puas hati apabila hotel jauh dari Masjid. Sajian makanan pula tidak menyelerakan dan yang lebih parah kerap tak cukup.

Hakikatnya, kita terpaksa membayar lebih untuk dapatkan yang terbaik. Semua orang mahu yang terbaik. Dan yang terbaik pasti ada harganya. Tepok dada, tanya selera. Jawapan ada di tangan kita..mahukan yang terbaik atau masih lagi berpegang kepada Pakej Umrah Murah.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: