Menjadi Tetamu Allah

23 Apr

Setinggi-tinggi  syukur saya panjatkan keatas Allah swt kerana dengan inayahNya telah menjadikan saya Tetamu Allah dalam usia yang masih muda. Pertama kali saya menunaikan ibadah Umrah dalam tahun 1993 pada usia 27 tahun dan masih lagi bujang. Menjadi Tetamu Allah adalah urusan Allah. Jangan kita menyangka bila kita sudah membuat pendaftaran untuk pergi umrah dan menjelaskan semua bayaran dengan melengkapkan segala dokumen yang diperlukan, kita mudah menjadi Tetamu Allah. Jika Allah tidak izin, akan timbul pelbagai halangan untuk kita ke sana. Dari masaalah visa, tiket yang tidak confirm, kemalangan dan macam-macam lagi. Sebenarnya Allahlah yang mengerakkan hati kita untuk kita kuat pergi ke sana. Dan segala urusan akan sentiasa dipermudahkan apabila hati kita ikhlas ke sana. Datang dengan membawa hati yang tulus ikhlas mengadu kepada Allah Yang Maha Pencipta akan nasib diri. Kearah mana akan aku bawa diri ini. Pastinya saya mengidamkan kebahagiaan dunia dan akhirat dan syurga Allah.

Saya ingat pesan ayah kepada saya sebelum pergi ke Makkah. Kita kena yakin dan pasti yang Allah akan mengkabulkan doa permohonan kita.  Syaratnya kita mestilah bersungguh-sungguh berdoa dan beramal soleh selama kita di sana. Katanya di tanah suci adalah tempat makbul doa. Di tanah suci adalah tempat sebaik-baiknya untuk insan yang mahu bertaubat, mahu membersihkan dirinya dari segala dosa dan maksiat yang pernah dilakukan. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat. Dan Allah sentiasa sayang kepada hambaNya yang mahu bertaubat dan sentiasa berbuat kebaikan.

Pertama kali menjejaki kaki ke tanah suci Madinah dan Makkah adalah saat paling indah dalam hidup saya. Satu perasaan yang tidak boleh dilahirkan dengan kata-kata. Seronok dan bahagia sangat rasanya. Jiwa menjadi begitu aman dan lapang. Ketika itu ingatan hanya berpusat kepada satu iaitu sentiasa rasa mahu beribadah kepada Allah. Pantang nak masuk waktu, hati sentiasa mahu bersegera ke masjid. Perasaan itu tidak pernah saya rasakan di Malaysia.

Saya masih ingat pada tarikh Hari Lahir saya yang ke27, saya telah mengambil keputusan untuk duduk  iktikaf dalam Masjidil Haram bermula selepas Subuh dan hanya pulang untuk makan tengahari dan selepas itu langsung ke masjid semula. Ketika itu saya dapat rasakan satu pengalaman yang ajaib berlaku dalam diri saya. Kaki dan lutut saya tidak merasa lenguh atau sengal atau kebas walaupun saya duduk berjam-jam lamanya dalam masjid. Selalunya ketika duduk mendengar Khutbah Jumaat pun kaki saya selalu kebas.  Subhanallah. Terasa betul diri ini dalam rahmat Allah.  Dan hati ini semakin bertambah yakin bahawasanya Allah mengkabulkan apa yang saya mohon.

Saat selesai melakukan Tawaf Wida’, ayah saya telah mengajar satu doa yang saya akan ingat sampai bila-bila. Ya Allah, janganlah kau jadikan kunjungan ini kunjungan yang akhir bagiku. Ya Allah, Kau jemputlah aku untuk datang mengunjungi Rumahmu ini tiap-tiap tahun. Ketika saya mengucapkan doa itu, tidak tergambar di fikiran saya yang saya akan datang ke Makkah tiap-tiap tahun. Mustahil rasanya. Hukum akal menyatakan begitu. Tetapi pada Allah tiada yang mustahil jika Allah menghendaki.  Selepas saya mendirikan rumahtangga dan memperolehi seorang anak, saya telah ke tanahsuci semula. Jika dulu saya bersama ibu dan ayah, kali ini bersama isteri dan seorang anak. Dan bermula dari tahun 1996 hingga kini, setiap tahun saya datang semula ke Makkah untuk mengerjakan Haji dan/atau Umrah.

Saya kini adalah Petugas Haji dan Umrah untuk syarikat Zahafiz Travel and Tours Sdn Bhd. Begitu besar sekali nikmat yang Allah berikan kepada saya. Menjadi Tetamu Allah adalah pilihan Allah keatas hambaNya. Syukur Ya Rab. Dan saya sentiasa berdoa semoga Allah memanggil saya dan isteri menjadi TetamuNya setiap tahun. Dan kini doa saya ditambah lagi dengan memohon supaya Allah menjemput saya, anak-anak dan zuriat keturunan saya datang ke tanah suci untuk mengerjakan Haji dan Umrah sehingga Hari Kiamat. Amin Ya Rabbal Alamin.

One Response to “Menjadi Tetamu Allah”

  1. Mr WordPress April 23, 2010 at 3:41 am #

    Hi, this is a comment.
    To delete a comment, just log in, and view the posts’ comments, there you will have the option to edit or delete them.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: