Ke Tanah Suci Bersama Isteri dan Anak

4 May

Syukur Alhamdulillah atas nikmat yang Allah beri, impian saya untuk datang lagi ke tanah suci terlaksana pada tahun 1996 kira-kira 3 tahun selepas Umrah saya yang pertama.  Kali ini saya datang bersama isteri yang tercinta bersama anak sulung kami yang berumur 1 tahun 4 bulan, ibubapa saya dan  abang sulung saya. Kami ke tanah suci dengan membawa rombongan jemaah yang kami cari sendiri. Kami berlepas menaiki Penerbangan Lubnan iaitu MEA.

Transit di Lubnan amat menarik sekali walaupun awalnya kami dijangka menaiki Pesawat Saudi. Setidak-tidaknya dapat kami melawat Negara Ketiga yang mungkin tidak terlintas untuk kami lawati sebelum ini. Airport Lubnan sentiasa dikawal oleh tentera. Satu gambaran awal bahawa Lubnan tidaklah seaman seperti di Malaysia. Dan amat pelik juga kami kerana sapaan salam kepada Petugas Airport tidak dijawab mesra. Rupanya mereka beragama Kristian walaupun raut wajahnya orang Arab. Penduduk Lubnan 50% beragama Islam dan 50% lagi Kristian. Secara mudah untuk mengenali mereka ialah jika wanita berpakaian jubah dan menutup aurat itu menunjukkan wanita Islam, manakala wanita yang berpakaian seksi beragama Kristian. (Mungkin juga telahan kami tidak tepat). Wanita di sini dibenarkan untuk memandu tidak seperti di Arab Saudi. Dan mengejutkan kerana ramai wanita Lubnan yang merokok, suatu pemandangan yang ganjil bagi saya. Lelaki Lubnan memang tampan manakala wanitanya memang cantik. Kulit mereka cerah seperti orang Eropah, Cuma raut wajah mereka berketurunan Arab.

Cuaca di Lubnan begitu sejuk sekali. Di puncak banjaran gunung kelihatan salji. Sebaik turun dari bas, kami bersegera memasuki bangunan Hotel tempat penginapan kami kerana tidak tahan dengan suhu di luar yang teramat sejuk. Tiba-tiba kedengaran nyanyian lagu Krismas di suatu sudut Restoran di hotel berkenaan. Kami hampir terlupa masa kami sampai, Lubnan dalam suasana sambutan Krismas. Yang peliknya Petugas Wanita di hotel memakai skirt pendek, sedang kami berbaju tebal dan memakai jaket tebal. Petugas Hotel tempat kami menginap senyum sahaja melihat kami yang mengigil kesejukan.

Kebanyakkan bangunan di sini penuh dengan kesan peluru. Bila saya bayangkan suasana Lubnan 10 tahun sebelum kedatangan kami, amat menakutkan sekali. Di sini berlaku Perang Saudara antara orang Islam dan Kristian. Kedatangan kami rasanya selepas 5 tahun Lubnan aman. Jarak antara bangunan yang begitu rapat amat merbahaya bagi orang yang berjalan kaki. Peluru boleh datang dari segenap arah. Untungnya jadi rakyat Malaysia kerana kita tidak perlu menempuh apa yang rakyat Lubnan tempuhi. Sedih apabila melihat bangunan masjid yang rosak akibat bedilan peluru.

Kami tidak lama di Lubnan. Keesukkan tengahari kami sudah “check out” hotel untuk meneruskan penerbangan ke Jeddah. Sampai di airport Jeddah betul-betul menguji tahap kesabaran kami. Urusan imigresen amat membosankan kerana mengambil tempoh yang lama untuk selesai. Sama sahaja keadaannya ketika kali pertama saya sampai di sini 3 tahun yang lalu. Alhamdulillah anak kami tidak meragam sepanjang perjalanan. Jemaah juga seronok dan tidak menimbulkan masalah. Masing-masing tahu adab-adab menjadi Tetamu Allah.

Bersambung…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: