Tiba di Arab Saudi

28 May

Selepas urusan imigresen selesai, kami disambut oleh wakil kami di Jeddah. Langsung dibawa menaiki bas menuju ke Madinah. Sepanjang perjalanan hanya padang pasir yang kelihatan. Satu pemandangan yang tidak menarik berbanding dengan negara kita. Tergambar di fikiran saya kepayahan Nabi menaiki unta bersama Saidina Abu Bakar meredah padang pasir yang luas ketika hijrah dari Makkah ke Madinah. Sedangkan kami menaiki bas yang berhawa dingin. Syukur Ya Allah atas nikmat yang kami perolehi.

Sampai di Madinah, rombongan kami ditempatkan di Hotel yang berhampiran betul dengan Masjid Nabawi. Kedudukan hotel di sebelah kiri bangunan Masjid melalui Babul Nisa amat memudahkan kami untuk berulangalik ke Masjid. Kami diberitahu Masjid Nabawi ditutup selepas selesai jemaah menunaikan solat Isya’ dan akan dibuka semula kira-kira 1 jam sebelum masuk waktu Subuh. Hati saya tertanya-tanya mengapa Masjid ini ditutup. Ayah saya memberikan jawapan kepada saya, mengikut sejarah jasad Nabi beberapa kali cuba diculik oleh musuh-musuh Islam. Kerana itu masjid Nabawi ditutup dan sentiasa dikawal ketat oleh Petugas Masjid. Nak masuk masjid pun kena periksa. Kamera dilarang keras untuk dibawa ke dalam Masjid.

Cuaca di Madinah amat sejuk sekali kerana kami tiba dalam bulan Disember. Suhu pada waktu malam boleh mencecah sehingga 9%C. Kaki saya mudah pecah-pecah kerana suhu Madinah yang sejuk kering. Nasib baik saya ada membawa krim pelembab Vaseline. Saya dapati Vaseline serasi melembabkan tapak kami saya yang mudah kering dan pecah-pecah. Saya sentiasa memakai pakaian tebal dan berstokin. Nak tidurpun, saya tetap memakai stoking kerana tidak tahan dengan suhu sejuknya yang melampau.

Di Masjid Nabawi, lokasi yang harus jemaah iktikaf ialah di Raudah (Taman-taman syurga) kerana diberitakan Raudhah adalah kawasan makbul doa. Keluasannya amatlah kecil. Saya diberitahu sempadan Raudhah ialah tiang-tiangnya ada daun emas dan karpetnya berwarna putih kehijauan. Di kawasan Raudhah ada Makam Nabi, Mimbar Nabi, Mihrab Nabi, dan Tiang Taubat. Kali pertama saya memasuki Masjid Nabawi, saya tidak dapat duduk di dalam kawasan Raudhah kerana telah ramai jemaah yang mengambil tempat. Masa yang sebaik-baiknya untuk mendapat tempat di Raudhah ialah ketika pintu masjid mula dibuka. Saya telah beratur bersama-sama jemaah yang lain untuk memasuki kawasan Raudhah ketika Masjid Nabawi masih lagi ditutup dan menunggu masa untuk dibuka semula. Insafnya saya, jika di Malaysia nak pergi solat Subuh berjemaah di masjid amat liat sekali, tiba-tiba di Madinah saya melayan kesejukan angin malam menunggu dengan penuh sabar pintu masjid untuk dibuka. Sebaik sahaja pintu masjid dibuka, saya dan jemaah-jemaah lain berlari masuk ke dalam masjid untuk mendapat tempat duduk di Raudhah. Dalam keadaan saya berlari masuk ke Masjid, kepala saya telah terantuk dengan kepala jemaah lain. Sakitnya bukan main, tetapi berbaloi rasanya. Yang penting saya dapat duduk iktikaf dalam kawasan Raudhah.

Peliknya bila saya lihat gelagat jemaah dalam kawasan Raudhah. Mereka sedaya upaya akan duduk dalam kawasan Raudhah walaupun kawasan duduk untuknya telah tiada. Saya hanya menggelengkan kepala bila melihat seorang jemaah yang duduk betul-betul di hadapan jemaah lain yang sedang duduk. Tak kan dia tidak terfikir tindakannya itu akan menyukarkan jemaah dibelakangnya untuk bangun solat ketika sudah sampai waktunya. Betul-betul jemaah itu mementingkan dirinya sendiri. Kepala saya tak tahu berapa kali dilangkah oleh jemaah yang datang lambat tetapi mahu mendapatkan tempat dalam kawasan Raudhah. Sabar aja la…di Malaysia saya tidak pernah mendapat pengalaman sebegini.

Bersambung…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: