Pengalaman Umrah Bersama Zahafiz Travel

9 May

Diam tak diam sudah hampir 10 tahun saya bersama dengan Zahafiz Travel dalam industry ini. Satu jangkamasa yang saya kira lama. Bermula dari zaman Zahafiz mula menceburkan diri dalam industry ini sehingga Zahafiz sudah punya nama.  Sebut Zahafiz, orang ramai sudah kenal. Satu syarikat travel yang punya nama dan di antara 4 syarikat terbesar dalam industry haji. Seperti EPL ada “big four”, industry haji juga ada “big four”nya..iaitu Rayhar, Andalusia,  Zahafiz dan Gemilang. Satu syarikat yang dikira terbaik dan menjadi contoh dalam memberikan perkhidmatan haji kepada jemaahnya.

Dan apabila Zahafiz sudah establish dan terkenal, lama kelamaan perasaan seronok untuk berkhidmat semakin lama semakin menipis. Tidak perlu saya ceritakan kenapa jadinya demikian. Bahasa mudah, saya merasakan iklim kerja sudah tidak sesuai untuk saya bersama dengan Zahafiz.  Akhirnya saya mengambil keputusan terbesar dalam hidup saya iaitu UNDUR DIRI. Satu keputusan yang bakal memberikan impak yang cukup besar dalam hidup saya. Terus terang saya katakan, saya amat seronok memberikan khidmat kepada jemaah haji.  Rasa puas sentiasa tersemat di hati saya apabila ramai jemaah haji yang berpuas hati dengan Zahafiz dan kekal bersahabat sehingga sekarang.

Tetapi untuk maju dalam hidup saya perlu membuat anjakan paradigma.  Selama 10 tahun di Zahafiz, saya cuma sebagai Agen Haji dan Umrah yang hidup berlandaskan komisen semata. Ada jemaah yang saya daftarkan maka ada pendapatan untuk saya.  Kecuali musim haji saya dibayar imbuhan kerana berkhidmat di tanah suci menjadi Ketua Pentadbiran dan Penginapan Jemaah Haji Zahafiz.  Satu tanggungjawab yang besar kerana saya ialah petugas haji yang paling awal ke tanah suci dan menjadi petugas paling akhir balik dari tanah suci. Menguruskan urusan penginapan jemaah haji Zahafiz bermula dari Madinah hingga kemasukan ke Makkah, selain urusan pentadbiran yang sememangnya menuntut kesabaran dan komitmen yang tinggi.

Apapun saya seronok dan puas, kerana setiap tahun saya dapat datang ke tanah suci mengerjakan haji dan umrah, malah secara percuma lagi. Dan ada yang dalam setahun, 3 kali saya ke tanah suci mengerjakan umrah. Dalam hal ini, saya merasakan amat beruntungnya saya. Kerana menjadi Tetamu Allah adalah pilihan Allah dan saya tergolong di kalangan hamba yang dipanggil selalu. Alhamdulillah.

Sebaik sahaja saya kembali ke tanah air selepas bertugas menjaga jemaah haji Zahafiz Travel pada musim haji 2010 yang lalu, saya terus berjumpa dengan Dato Zainal, pengerusi Zahafiz di pejabat Zahafiz menyatakan hasrat saya untuk undur diri dari Zahafiz Travel.  Dan beliau menerima dengan hati yang terbuka. Lega rasanya. Saya boleh memilih untuk tidak memberitahu beliau akan hasrat saya kerana tiada ikatan kontrak saya dengan Zahafiz, tetapi saya merasakan dari segi moral saya perlu beritahu beliau akan hasrat saya.

Walaupun keputusan saya untuk undur diri memeranjatkan banyak pihak terutama rakan-rakan dan jemaah-jemaah Zahafiz, tetapi kebanyakkan mengucapkan tahniah kerana saya kini memulakan usaha saya sendiri bersama DZ Travel & Tours (M) Sdn Bhd. Melalui DZ Travel saya bebas untuk melaksanakan pakej umrah mengikut citarasa  dan acuan saya sendiri. InsyaAllah saya akan cuba bangunkan DZ Travel bermula dari bawah..Harapan saya semoga apa yang saya cita-citakan tercapai berkat usaha dan doa. Amin ya rabbal Alamin.

3 Responses to “Pengalaman Umrah Bersama Zahafiz Travel”

  1. azman abdulah May 13, 2011 at 10:11 am #

    tahniah

  2. ummu aliya May 14, 2011 at 2:34 am #

    Alhamdulillah. Taniah, semoga segala usaha dipermudahkan Allah swt. Doakan kami juga bila ke sana. Tanah Suci adalah idaman setiap orang Islam.

  3. Roslan Abu Bakar July 24, 2011 at 2:32 pm #

    Assalamualaikum ustaz,
    Tahniah kerana dah ada syarikat sendiri.saya umrah bersama ustaz pd jun 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: