Faktur pemilihan Pakej Umrah

11 May

FAKTOR PEMILIHAN PAKEJ UMRAH
Rata-rata ramai orang apabila memilih pakej umrah faktor harga yang murah menjadi satu kemestian. Terutama bagi mereka yang pertama kali berhasrat untuk menunaikan umrah, harga “pakej umrah murah” menjadi pilihan. Fenomena ini biasa dan bukan luar biasa. Kita pun bila membeli barang pasti akan cari yang murah dulu.
Akan tetapi “pakej umrah murah” sering membuatkan jemaah kecewa dan hampa apabila berada di tanah suci. Natijahnya ramai yang apabila kembali ke tanah air dari menunaikan umrah serik untuk mengikuti “pakej umrah murah” ini. Kenapa ? Banyak faktor yang menyebabkan mereka menyesal memilih “pakej umrah murah” ini.
Penentuan Harga Pakej Umrah banyak bergantung kepada beberapa faktor antaranya ialah pemilihan jenis kapalterbang, pemilihan hotel semasa di Makkah dan Madinah (berapa jarak jauh hotel dengan masjid selain dari hotel jenis berapa bintang)?, berapa lama tempoh masa di tanah suci, makanan dan juga bimbingan semasa di tanah suci.
“Pakej umrah murah” cukup sinonim dengan istilah “Bayar murah, services pun dapat yang murah” dan penganjur pakej selalunya akan menggunakan istilah ini bila berdepan dengan rungutan dari jemaah.

FAKTOR JENIS PENERBANGAN TRANSIT
Biasanya “pakej umrah murah” akan mengambil penerbangan jenis transit dan bukan jenis penerbangan terus Kuala Lumpur ke Jeddah atau Kuala Lumpur ke Madinah. (selain dari flight Saudi atau MAS). Penerbangan transit ini biasanya akan terbang seawal pagi. Contohnya seawal jam 3 pagi atau 5 pagi atau 7 pagi. Maknanya jemaah harus berada di airport 3 jam sebelum waktu berlepas yang memungkinkan jemaah tersebut tidak tidur pada malam tersebut, takut-takut ketinggalan kapalterbang.
Amat malang apabila sampai sahaja di airport KLIA, sebaik ingin memulakan proses daftar masuk/”check in”, tertera di kaca skrin komputer, kapalterbang yang bakal dinaiki berlaku kelewatan atau “delay” 6 jam lagi dari jadual sepatutnya. Letihnya jemaah tak boleh nak digambarkan. Belum berlepas lagi tetapi jemaah sudah tidak mendapat rehat yang sepatutnya dan “Penantian masa berlepas benar-benar suatu penyiksaan” bagi jemaah.
Dan apabila kapalterbang sudah berlepas, kapalterbang ini akan transit dahulu di negara asal kapalterbang tersebut. Jika Biman Airlines di Dhaka, syarikat Pakistan Airways di Karachi atau Garuda di Jakarta. Yang lecehnya jemaah selalunya dikehendaki menginap 1 malam di negara ketiga tersebut. Ini bermakna perjalanan sudah masuk hari yang ke-2.
Lebih malang apabila jemaah ke airport bagi meneruskan penerbangan ke Jeddah, tertera di kaca skrin komputer, kapalterbang yang bakal dinaiki berlaku kelewatan atau “delay” lagi 4 atau 5 jam dari jadual asal masa berlepas. Lepak lagi di airport.
Dan apabila jemaah sudah berlepas ke Jeddah dan melepasi pemeriksaan imigresen untuk dibawa menaiki bas ke Madinah, maka perjalanan sudah memasuki hari yang ke-3. Letihnya jemaah. Bayangkan perjalanan hari pertama bermula seawal jam 3 pagi sampai Madinah sudah masuk hari yang ke-3 melewati waktu Subuh, dan adakala sehingga waktu Asar.
Kerana itu bagi jemaah yang arif dan pernah mengalami situasi seperti di atas, mereka lebih rela bayar lebih sedikit asalkan tidak menaiki pesawat transit untuk ke tanah suci. Siksa dan meletihkan. Tambahan jika bawa orang tua..kesian..

JARAK HOTEL DENGAN MASJID DI TANAH SUCI
“Pakej umrah murah” lazimnya akan menyewa hotel atau apartment yang jauh dari Masjidil Haram antara 200m hingga 400m dari masjid. Malah ada hotel yang menyediakan “bus-shuttle” untuk ke masjid, menggambarkan betapa jauhnya hotel dengan masjid. Apa beza hotel dengan apartment? Apartment lazimnya bilik air berada di luar bilik tidur dan adakalanya 2 bilik atau 3 bilik tidur berkongsi satu atau dua bilik air di luar. Hotel pula lazimnya bilik air berada di dalam bilik tidur.
Pada ketika ini separuh kawasan penempatan hotel yang dahulunya berhampiran dengan Masjil Haram telah diruntuhkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi. Ini menyebabkan berlaku masalah untuk mendapatkan hotel yang murah dan berhampiran dengan masjid. Yang berhampiran dengan masjid kebanyakkan hotel yang baru dibina dan bertaraf 5 bintang. Hotel yang murah dan hampir dengan masjid sukar diperolehi dan terhad. Jika adapun keadaan amat daif sekali. Maknanya “pakej umrah murah” akan menyediakan kemudahan hotel atau apartment yang jauh dari masjid.
Walaupun ramai jemaah menyatakan jarak jauh dapat pahala banyak kerana banyak berjalan kaki tetapi hakikatnya ramai jemaah tidak berdaya untuk kerap ke masjid bagi menunaikan solat fardhu. Jarak yang terlalu jauh menyebabkan ramai jemaah yang cepat letih, tidak berdaya dan kerap sakit lutut.
Ramai yang tidak dapat solat sehari 5 waktu ke Masjidil Haram. Biasanya dapat solat 3 waktu sahaja iaitu Subuh, Maghrib dan Isyak. Bayangkan untuk ke masjid yang jaraknya 300-400 meter mengambil masa 10-15 minit berjalan kaki, amat meletihkan bagi jemaah Malaysia yang tidak biasa berjalan kaki.
Tambahan pula faktur cuaca panas dan kering serta berdebu amat menyukarkan jemaah sehingga ramai jemaah yang batuk-batuk dan selsema. Ini belum lagi kisah jemaah yang sesat tak jumpa jalan pulang ke hotel kerana jarak hotel yang jauh dari masjid. Amat menyiksakan.

JENIS HOTEL DI TANAH SUCI
Ini belum dikira jenis hotel yang didiami, amat tidak selesa kerana ruang bilik yang sempit hingga nak letak beg bagasi pun payah terpaksa disorok di bawah katil. Lagi menyulitkan bilik pula tiada kemudahan almari pakaian maka banyaklah pakaian yang terpaksa digantung atau dibuat ampaian menggunakan tali. Belum lagi masalah bilik yang aircord selalu rosak atau masalah bilik air yang kecil dan sempit.
Ruang dewan makan pula sempit. Bayangkan ruang dewan makan hanya boleh menampung 20-30 orang jemaah makan di meja makan dalam satu masa, dan di dalamnya terdapat pula beberapa syarikat catering yang membekalkan makanan kepada jemaah umrah dari syarikat yang berbeza, memang menyesakkan. Rata-rata akan merungut ketika waktu makan kerana tiada ruang untuk makan menggunakan meja yang akhirnya makanan terpaksa dibawa masuk ke bilik masing-masing.
Tambahan pula ruang lobi yang sempit dan begitu menyesakkan. Bayangkan jika satu hotel 10 tingkat yang boleh menempatkan 300 orang jemaah. Lif yang ada, ruangnya sempit hanya boleh memuatkan 5-6 orang. Perlahan pula lif tersebut..sabar aje la. Rasanya naik turun menggunakan tangga lagi cepat dari menggunakan lif. Bagi jemaah yang muda dan sihat tidak ada masalah, Kesian bagi jemaah yang berusia dan mempunyai penyakit, tunggu aje la sehingga lif kosong. Inilah ujian.

TIADA KETUA ROMBONGAN UMRAH
“Pakej umrah murah” biasanya tiada Ketua Rombongan atau “Tour Leader”. Oleh kerana penerbangan yang diambil jenis TRANSIT, ketiadaan “Tour Leader” memang menyulitkan jemaah. Apabila transit di Negara ketiga, anggota rombongan seperti “anak ayam kehilangan ibu” kerana tidak tahu arah mana untuk pergi selepas keluar dari kabin kapalterbang.
Begitu juga ketika pergerakan dari Jeddah ke Madinah atau Madinah ke Makkah, ketiadaan “Tour Leader” boleh menjadi masalah besar bagi anggota rombongan. Contohnya, jemaah sesat dan tak jumpa bas rombongan semasa bermiqat di Bir Ali boleh menyebabkan berlaku kelewatan pergerakan bas kerana mencari jemaah yang hilang.

PILIHAN DI TANGAN JEMAAH
Bagi jemaah yang mementingkan keselesaan untuk beribadah, wang ringgit bukan ukuran. Perbezaan harga dengan “pakej umrah murah” bukanlah terlalu besar sangat nilainya, jika dibandingkan dengan kenikmatan jemaah dapat fokus beribadah ke masjid yang hampir dengan tempat kediaman.
Nak balik hotel ambil wudu’ lebih cepat rasanya berbanding jika pergi ke tandas awam. Jika keluar dari bilik ketika azan berkemundang, masih sempat lagi untuk solat di dataran Kaabah. Alangkah nikmatnya.
Ingat pesan Nabi s.a.w “Orang-orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah utusan Allah Azza wa Jalla, diberi kepada mereka apa-apa yang mereka minta dan diperkenankan apa-apa yang mereka pohon, dan Allah menggantikan dirham yang mereka belanja dengan gandaan seribu kali seribu (satu juta)” (Riwayat al-Baihaqi daripada Anas r.a)
Pilihan di tangan jemaah..samada nak ambil “pakej umrah murah” dan bersedia dengan segala kemungkinan yang dijelaskan di atas atau ambil pakej umrah yang standard atau istimewa dengan sedikit tambahan kos tetapi hati lapang kerana tiada masalah dalam beribadat semasa di tanah suci.
Kata orang, “kita terpaksa bayar lebih untuk dapatkan services yang baik”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: