Siri Kriteria Mutu Pakej Umrah 1

12 May

JENIS PENERBANGAN YANG DIAMBIL
Pemilihan jenis penerbangan yang diambil begitu mempengaruhi mood jemaah semasa ke tanah suci. Penerbangan transit yang singgah di Negara ketiga dan bermalam pula memang menyakitkan hati. Penerbangan jenis transit ini selalu berlaku kelewatan dari jadual yang dimaklumkan.
Pernah berlaku kepada jemaah yang mengambil penerbangan transit ini, jadual berlepas ialah pada jam 3 pagi. Maka jemaah berkenaan harus berada di airport KLIA pada jam 11.30 tengah malam iaitu 3 jam sebelum berlepas. Apabila kaunter daftar masuk mula dibuka, tertera di skrin computer penerbangan ditangguhkan kepada jam 7 pagi. Bayangkan nasib jemaah berkenaan. Sudah pasti jemaah berkenaan tidak tidur semalaman atau hanya tidur-tidur ayam sahaja di airport.
Dan apabila jemaah ini sampai di Negara ketiga, jadual penerbangan seterusnya ke Jeddah ialah pada keesukkan harinya sebelah malam. Maknanya jemaah ini dikehendaki bermalam di Negara ketiga.
Dan yang lebih menyakitkan hati, sesudah jemaah ini “check out” dari hotel, sesampai sahaja di terminal airport dimaklumkan penerbangan lewat 4 jam lagi iaitu berlepas pada jam 12 tengah malam dan tidak pada jam 8 malam seperti yang dijadualkan.
Ini bermakna sesampai sahaja jemaah ini di airport Jeddah dan seterusnya berangkat menaiki bas menuju ke Madinah, perjalanan sudah memasuki hari yang ke-3…
Beginilah pengalaman jemaah yang menaiki penerbangan transit. Hanya untuk menjimatkan sedikit kos pakej umrah, jemaah tersebut terpaksa menempuh perjalanan yang panjang untuk sampai ke tanah suci.
Perjalanan pulang ke tanah air juga mengalami pengalaman yang sama iaitu kapalterbang “delay” lagi. Bayangkan jemaah berkenaan sudah meninggalkan kota suci Makkah selepas waktu Zohor, sampai di airport Jeddah dimaklumkan kapalterbang lewat berlepas. Sepatutnya berlepas pada jam 11.30 malam ditunda keesukkan harinya berlepas pada jam 5.30 pagi. Terpaksalah jemaah berkenaan tidur lagi di airport. Kesian..
Dan apabila kapalterbang transit lagi di Negara ketiga, berlaku lagi kekecohan. Kapalterbang yang ingin berlepas ke KLIA berlaku “overbooked”, maknanya sebahagian jemaah terpaksa menunggu penerbangan seterusnya ke KLIA. Terpaksalah sebahagian jemaah menunggu lama lagi di terminal airport. Sabar aje la..nak buat macam mana. Sedangkan bagasi sudah dipindahkan ke kapalterbang menuju ke KLIA, jemaah berkenaan masih lagi di terminal airport menunggu penerbangan seterusnya.
Begitulah nasib yang dialami oleh jemaah yang mengambil pakej tambang murah. Pilihan di tangan jemaah. Jika diberi peluang, ambil penerbangan terus seperti Saudi Airlines atau MAS, atau sekurang-kurangnya penerbangan transit yang ada mutu servis yang baik dan tidak terlalu lama singgah di Negara ketiga, sekitar 2 jam hingga 5 jam. Jangan sampai kerana nak jimat sangat, mood kita terganggu di tanah suci. Apa la sangat nilaian wang jika dibandingkan dengan nikmat keselesaan perjalanan ke tanah suci. Terutama jika kita membawa orang tua, elakkanlah menaiki penerbangan transit yang terlalu lama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: