STANDARD HOTEL YANG DIPILIH

13 May

JENIS HOTEL YANG DIDIAMI

Rata-rata jemaah tidak mengetahui secara mendalam mengenai jenis hotel yang bakal didiami di tanah suci. Walaupun pihak penganjur memaklumkan nama-nama hotel yang bakal didiami oleh jemaah, sebenarnya ramai jemaah yang tidak tahu lokasi sebenar hotel yang dinyatakan.
Dan, apabila telah sampai di tanah suci, barulah dengar keluhan dari jemaah mengenai hotel yang didiami. Dua perkara pokok yang dibangkitkan ialah jarak hotel dengan masjid dan standard hotel yang didiami.
Natijah dari “proses pembangunan semula Makkah”, sebahagian besar kawasan sekeliling Masjidil Haram yang dahulunya terdiri bangunan hotel yang begitu hampir dengan Masjid telah dirobohkan.
Kini, amat sukar untuk mendapatkan hotel yang berhampiran dengan masjid pada kadar yang murah. Jika ada, bangunan hotel berkenaan pula amat daif. Masalah seperti Ruang lobi yang kecil, lif yang sempit dan lambat, bilik tidur yang begitu kecil, ruang dewan makan yang sempit kerana ramai jemaah di dalamnya, semuanya amat menyesakkan jemaah.
Kerana itu, banyak Penganjur Pakej Umrah terpaksa memilih hotel yang jauh dari masjid kerana faktur harga yang murah. Ketika itu, barulah jemaah menyedari hakikat bahawa mereka sebenarnya telah tersilap ambil pakej umrah yang murah.
Ramai jemaah yang sanggup untuk membayar tambahan harga semasa di tanah suci supaya dapat dipindahkan ke hotel yang lebih hampir dengan masjid. Tambahan SR1000 pun jemaah sanggup. Asalkan dapat hotel yang hampir dengan masjid dan selesa untuk jemaah. Apabila berlaku sebegini, yang rugi ialah jemaah itu sendiri, kerana terpaksa membayar 2 kali dan apabila dijumlahkan duit yang telah dibayar kepada Penganjur Pakej, harganya jauh lebih mahal jika dibanding dengan Pakej Umrah syarikat lain yang menawarkan kemudahan yang sama. Menyesal pun sudah tidak bermakna lagi.
Hotel yang berhampiran dengan Masjid ialah hotel-hotel yang bertaraf bintang. Walaupun harganya secara relative lebih mahal tetapi jika dibandingkan dengan nikmat keselesaan beribadah, faktur harga bukanlah ukuran.
Bayangkan, jarak hotel cuma 50meter dari Masjid. Di dalam bilik ada kemudahan “speaker” yang membolehkan azan yang dikumandangkan di masjid, boleh didengar dari dalam bilik. Azan boleh menggantikan jam loceng untuk jemaah terjaga dari tidur ketika azan subuh yang pertama.
Hotel yang dekat memudahkan jemaah untuk selalu ulang-alik ke Masjid dan tidak meletihkan. Malah jemaah akan merasa lebih selamat untuk ke masjid pada sebarang masa, siang atau malam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: