Bimbingan Umrah Bersiri

14 May

UNTUNGNYA MENGERJAKAN UMRAH
1.TA’RIF UMRAH.
Berziarah atau mengunjungi Baitullah dengan berihram umrah untuk melakukan tawaf dan saie serta rukun-rukunnya yang lain serta wajib-wajibnya.
Umrah dianggap sebagai “Haji Kecil” kerana ia tidak memerlukan wukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah, melontar Jamrah di Mina serta bermalam di sana sebagaimana yang dilakukan bagi orang yang mengerjakan ibadah Haji.

2.HUKUM MENUNAIKAN UMRAH
Wajib untuk kali pertama dan sunat untuk kali kedua dan seterusnya.

3.KELEBIHAN DAN KEUTAMAAN UMRAH DAN ZIARAH
a. Menghapuskan dosa
Sabda Nabi s.a.w
“Mengerjakan umrah kepada satu umrah yang lain adalah menghapuskan dosa yang berlaku antara tempoh kedua-duanya, dan Haji Mabrur (haji yang penuh dengan kebajikan) itu tiada balasan lain kecuali syurga. (Riwayat Imam Ahmad daripada Abi Hurairah r.a)

b. Dijamin masuk syurga (Mati dalam iman).
Sabda Nabi s.a.w.
“Sesiapa keluar dari rumahnya kerana hendak mengerjakan haji atau umrah, maka dia mati, nescaya Allah memberikannya pahala orang yang mengerjakan haji dan umrah hingga hari kiamat, dan sesiapa yang mati di salah satu Tanah Haram (Makkah atau Madinah) dia tidak akan diperiksa dan dihisab, bahkan dikatakan kepadanya “Masuklah ke dalam syurga”.

c. Doa dimakbulkan Allah.
Sabda Nabi s.a.w
“Orang-orang yang mengerjakan ibadah Haji dan orang-orang yang mengerjakan umrah adalah utusan Allah. Jika mereka berdoa nescaya Allah menerima doa mereka dan jika mereka meminta ampun, nescaya Allah mengampuni mereka.” Riwayat Ibnu Majah)

d. Dapat menyaksikan Kaabah.
Sabda Nabi s.a.w
“Bahawa Allah menurunkan 120 rahmat atas rumah ini (Kaabah) pada setiap hari dan malam, 60 untuk mereka yang melakukan tawaf, 40 bagi mereka yang mendirikan solat dan 20 bagi mereka yang hanya memandang Kaabah.” (Riwayat al-Baihaqi daripada Ibnu Abbas r.a)

“Sesiapa yang tawaf di Baitullah 50 kali, nescaya keluar segala dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya” (Riwayat al-Tarmizi)

e. Peluang mendapat pahala yang berlipat kali ganda kerana solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Sabda Nabi s.a.w

“Bersolat di Masjidil Haram itu mempunyai kelebihan dengan 100,000 kali berbanding solat di tempat lain, dan bersolat di masjidku (yakni Masjid Nabawi di Madinah) mempunyai kelebihan dengan 1000 kali solat di tempat lain. Sementara bersolat di Masjid al-Aqso (di Baitulmaqdis) mempunyai kelebihan dengan 500 kali solat di tempat lain. (Riwayat oleh al-Tabrani daripada Abi Darda)

f. Peluang ziarah Maqam Rasulullah s.a.w.
Sabda Nabi s.a.w
“sesiapa menziarahi kuburku wajar dia mendapat syafa’atku” (Riwayat al-Bazzar dan al-Daru Qutni)

“Sesiapa yang mengerjakan haji atau umrah, lalu dia menziarahi aku selepas wafatku seolah-olah dia telah menziarahi aku semasa hayatku.” (dikeluarkan oleh al-Daru qutni Said ibni Mansur)

g. Peluang untuk berdoa di tempat-tempat istijabah (mudah dimakbulkan doa)
1. Di Raudhah (di masjid Nabawi di Madinah)
2. Semasa tawaf
3. Semasa bersaie di antara Sofa dan Marwah.
4. Di atas bukit Sofa.
5. Di atas bukit Marwah.
6. Di bawah Muzab (pancuran Emas)
7. Di dalam Baitullah (solat di dalam Hijir Ismail)
8. Di sisi Telaga Zamzam
9. Di belakang Maqam Ibrahim.
10. Di Multazam.

Bahkan ada dikatakan bahawa di Makkah terdapat 55 tempat diperkenankan doa kerana tempat-tempat tersebut sebagai syi’ar ibadah haji dan umrah dan tempat-tempat ibadah yang disunatkan. Oleh itu perbanyakkanlah doa semasa kita berada di Makkah.

h. Dimurahkan rezeki oleh Allah.
Sabda Nabi s.a.w
“orang-orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah utusan Allah ‘azza wa Jalla, diberi kepada mereka apa-apa yang mereka pinta, dan diperkenankan untuk mereka apa-apa yang mereka pohon, dan Allah menggantikan dirham yang mereka belanjakan dengan gandaan 1000 kali 1000 (satu juta)”. (Riwayat al-Baihaqi daripada Anas r.a)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: