PAKEJ UMRAH BERSAMA DZ TRAVEL & TOURS (M) SDN BHD

9 Jul

HARI 1 – KUALA LUMPUR/JEDDAH

Sebaik tiba di airport Jeddah, jemaah akan disambut oleh wakil DZ Travel dan terus dibawa menaiki bas menuju ke Madinah. Perjalanan menuju ke Madinah lazimnya mengambil masa 6-7 jam. Kebiasaannya bas akan berhenti di Hentian Rehat di Lebuhraya Jeddah-Madinah untuk memberi peluang kepada jemaah untuk bersolat, makan minum ataupun melepaskan hajat mereka.

Sebaik sampai di Madinah, jemaah terus “check in” hotel dan diingatkan supaya mengambil Kad Hotel (untuk kegunaan sekiranya jemaah sesat mencari jalan pulang ke hotel).

Hotel di Madinah ialah Hotel Mubarak Madinah, kira-kira 120 meter menuju ke Masjid Nabawi.

HARI 2 – MADINAH

Selepas sarapan pagi, jemaah dibawa “ZIARAH DALAM” Masjid Nabawi. Jemaah ditunjukkan lokasi sebenar sempadan Raudhah yang di dalamnya terdapat Maqam Nabi, Mimbar Nabi, Mihrab Nabi, Tiang Taubat, Tiang Aishah, tempat Muazzin.
Jemaah digalakkan untuk iktikaf lama di kawasan Raudhah kerana diberitakan di kawasan inilah tempat Makbul Doa.

Jemaah lelaki boleh memasuki Raudhah pada sebarang masa. Manakala jemaah wanita mempunyai Zon Masa melawat Raudhah iaitu sebelah pagi bermula selepas kira-kira 1 jam selepas Solat Subuh hingga sebelum Zohor, waktu tengahari amat singkat bermula selepas zohor hingga sejam sebelum masuk waktu Asar, dan sebelah malam ialah selepas Solat Isyak hingga jam 12 tengah malam.

Kawalan begitu ketat bagi jemaah wanita untuk memasuki Masjid Nabawi dan handphone berkamera tidak dibenarkan dibawa masuk. Manakala bagi jemaah lelaki, kawalan begitu longgar.

HARI 3 – MADINAH

Selepas sarapan pagi, jemaah akan dibawa menaiki bas untuk program “ZIARAH LUAR MADINAH”. Jemaah dinasihatkan supaya dalam keadaan berwuduk, kerana lokasi pertama ziarah di Masjid Quba’. Nabi saw bersabda, “barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan berwuduk pergi solat 2 rakaat di Masjid Quba, ia akan mendapat satu pahala mengerjakan Umrah.”

Selepas itu, jemaah akan dibawa ke Kebun Tamar yang terletak di Quba’ dan jemaah dibenarkan untuk membeli kurma yang terdapat di kedai dalam kebun Tamar tersebut. Harga kurma di sini agak lebih mahal sedikit berbanding di Pasar Kurma.

Kemudian, jemaah akan dibawa ke kawasan Jabal Uhud untuk melawat Maqam Syuhada Uhud. Di sinilah berlakunya Peristiwa Peperangan Uhud yang amat menyayat hati kaum Muslimin.

Selepas itu jemaah akan menuju ke Kilang mencetak al-quran. Jika mendapat keizinan dari pihak berwajib, jemaah lelaki dibenarkan masuk untuk melawat kilang, dan kebiasaannya semasa keluar pihak kilang akan menghadiahkan senaskah al-quran kepada pelawat.
Manakala jemaah wanita tidak dibenarkan masuk. Sebagai alternatif, jemaah wanita akan dibawa ke Galeri Menjual al-quran dan mereka berpeluang untuk membeli al-quran pada kadar harga yang murah.

Selepas itu, jemaah akan dibawa melawat Masjid Qiblatain (masjid 2 kiblat). Di masjid inilah turunnya ayat al-quran yang mengarahkan Nabi s.a.w menukar arah kiblat ke Kaabah di Masjid Haram yang sebelumnya ialah arah BaitulMuqaddis. Biasanya, bas hanya melalui sahaja kawasan ini, kerana tiada kelebihan khusus untuk jemaah solat di dalamnya, selain dari faktor kesuntukan masa.

Akhir sekali, jemaah akan dibawa ke Pasar Tamar. Biasanya masa yang diberi kepada jemaah untuk membeli kurma sekitar 1 jam, sebelum kembali semula ke hotel sebelum waktu Zohor.

HARI 4 – MADINAH/MAKKAH

Selepas solat Zohor dan makan tengahari, jemaah akan “check out” hotel dan berangkat menaiki bas menuju ke Madinah dengan berpakaian ihram. Singgah sebentar di Masjid Bir Ali untuk berniat umrah dan berihram dengannya. Bagi jemaah wanita yang uzur juga diwajibkan untuk berniat Umrah, cuma ketika sampai di Makkah jemaah ini tidak boleh memulakan tawaf sehingga beliau benar-benar telah suci bersih dari haidnya.

Sepanjang perjalanan yang mengambil masa 6-7 jam, jemaah digalakkan untuk berehat dan tidur kerana sebaik sahaja sampai di Makkah, selepas jemaah mendapat bilik masing-masing, mereka akan dibawa ke Masjidil Haram untuk meneruskan ibadah Umrah seterusnya iaitu Tawaf dan Saie dengan dipimpin oleh seorang Mutawafif syarikat.

Kebiasaannya, jemaah akan sampai ke Makkah selepas waktu Isyak sekitar jam 10 malam. Dan ibadah umrah akan selesai sekitar jam 2 pagi hingga ke subuh, bergantung kepada kecergasan jemaah itu sendiri.

Jemaah diingatkan supaya sentiasa membawa pengenalan diri jemaah seperti taq nama DZ Travel (ada tertera nama dan no handphone petugas di Makkah dan Madinah), beg sandang DZ Travel dan juga kad hotel. Ini boleh membantu jemaah sekiranya jemaah sesat dan tidak jumpa jalan pulang.

HARI 5 – MAKKAH

Acara bebas. Jemaah bebas untuk solat 5 waktu di Masjidil Haram.

HARI 6 – MAKKAH (ZIARAH MANASIK HAJI)

Selepas solat Subuh dan sarapan pagi, jemaah akan dibawa “Ziarah Manasik Haji”. Lokasi yang pertama ialah di kaki Jabal Thur. Di sini jemaah diungkap kembali perjalanan sirah Nabi iaitu ketika Nabi saw berhijrah ke Madinah bersama Saiyidina Abu Bakar, mereka telah bersembunyi di Gua Thur selama 3 hari dan 3 malam. Perasaan sayu dan syahdu apabila mengenangkan kesusahan Nabi saw yang ketika itu berumur 53 tahun memanjat Bukit Thur yang tinggi dalam keadaan dikejar oleh kaum Musyirikin Makkah.

Kemudian, jemaah dibawa ke kawasan kerja haji iaitu di Padang Arafah. Di sini, jemaah berpeluang untuk menaiki Jabal Rahmah, iaitu satu bukit kecil yang dikatakan tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa.

Selepas Jabal Rahmah, jemaah akan dibawa ke kawasan tempat kerja haji yang seterusnya iaitu ke Muzdalifah dan seterusnya ke Mina (tempat lontaran 3 Jamrah). Jemaah akan ditunjukkan sempadan di antara Arafah dan Muzdalifah dan seterusnya sempadan Muzdalifah ke Mina. Di Mina, memadai jemaah melihat dari jauh tempat 3 Jamrah kerana kenderaan tidak dibenarkan masuk.

Dari Mina, jemaah akan dibawa ke Masjid Jaaranah. Bagi jemaah yang ingin melakukan Umrah boleh menukar pakaian ihram di sini dan seterusnya berniat Umrah. Kembali semula ke Makkah, singgah sebentar di kawasan Jabal Nur (Gua Hira’) sekadar sebentar sahaja. Sebelum masuk waktu Zohor, insyaAllah jemaah akan sampai di Makkah, dan jemaah yang telah berniat Umrah boleh meneruskan ibadah umrah seterusnya.

HARI 7 – MAKKAH (acara bebas)

HARI 8 – MAKKAH (Ziarah tambahan)

Selepas sarapan pagi, jemaah akan dibawa ke kawasan Ladang Ternakan Unta untuk menikmati kelazatan meminum susu Unta. Jemaah yang ingin membeli susu unta boleh mendapatkannya dengan harga SR5 sebotol 500ml.

Kemudian jemaah dibawa melawat Masjid Hudaibiyah (tempat berlakunya Perjanjian Hudaibiyah) yang bermulanya era kegemilangan Islam. Jemaah yang ingin menunaikan Umrah, boleh menukar pakaian ihram di sini dan berniat Umrah.

Kembali semula ke Makkah, singgah sebentar di Muzium Makkah. Jemaah dibenarkan untuk mengambil gambar dalam Muzium Makkah ini tetapi tidak dibenarkan menyentuh apa-apa barang pamiran. Dahulunya, jemaah dibenarkan melawat Kilang membuat Kelambu Kaabah yang terletak bersebelahan dengan Muzium Makkan, tetapi ketika ini ianya tidak dibenarkan.

HARI 9 DAN 10 – MAKKAH

Acara bebas

HARI 11 – MAKKAH/JEDDAH

Persiapan keberangkatan pulang. Jemaah melakukan Tawaf Wada (tawaf selamat tinggal) sebelum meninggalkan bumi Makkah. Jemaah dinasihatkan supaya menyelesaikan segala urusan jualbeli sebelum melakukan Tawaf Wada.

Bergerak menuju ke airport Jeddah untuk keberangkatan pulang ke tanah air

HARI 12 – KLIA

Kapalterbang tiba di KLIA

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: