Taman Negara

2 Sep

Assalamualaikum wbt.

Musim Umrah dah tamat untuk musim 2011 ini. Sementara musim Umrah tahun 2012 belum bermula, saya rasa ada baiknya jika saya fokus pada pakej ziarah dalam negara.

Destinasi yang memikat hati saya ialah Pakej Melawat Taman Negara Malaysia. Saya teruja untuk setting pakej ini kerana ingin mengajak sahabat dan kenalan warga kota merasai keindahan alam semulajadi negara kita. Rasanya ramai warga kota yang belum pernah lagi menziarahi Taman  Negara.

Pada Hari Raya yang ke-2, saya telah survey lokasi pakej yang bakal saya setting iaitu ke Kuala Tahan, Pahang. Kebetulan jaraknya tidaklah jauh dengan keluarga mertua saya di Bandar Jengka. Saya tidak menyangka perjalanan saya ke Kuala Tahan amat mudah dan jalanrayanya juga berkeadaan  baik. Dahulu jika nak ke Taman Negara terpaksa meredah sungai selama 4 jam dari Kuala Tembeling, kini dengan jalan darat kita boleh ke Taman Negara.

Saya telah survey resort-resort yang terdapat di sana, dan yang menambat hati saya ialah Perdana Village Resort. Berkeluasan 8 ekar yang terletak di atas bukit dan bersebelahan dengan sungai amat sesuai untuk dibuat Pakej Melawat Taman Negara, samada untuk pelajar sekolah mahupun keluarga.

Resort ini mempunyai banyak chalet berhawa dingin jenis standard dan superior sesuai untuk pakej keluarga dan juga mempunyai 3 blok asrama yang boleh menempatkan 50 katil bagi setiap blok dengan 8 kemudahan bilik air dan mandi. Selain itu ia juga mempunyai dewan yang boleh menampung 200 peserta kursus dalam sesuatu masa. Dewan Makan pula terletak di bangunan utama di kawasan atas bukit bersebelahan dengan sungai, suatu pemandangan yang amat menarik sekali. Tak sabar rasanya nak promote pakej Melawat Taman Negara kepada warga kota dan desa.

InsyaAllah isnin depan selepas cuti Hari Raya saya akan fokus untuk setting Pakej Melawat Taman Negara, untuk pelajar-pelajar dan juga untuk keluarga. Tungguuuuuu………

2 Responses to “Taman Negara”

  1. HABIBULLAH SABAN@HJ SUPIAN September 4, 2011 at 11:19 pm #

    Iqbal…..mcm na dgn kos penginapan di sana….emmmm kalau wat hari keluarga kt sana pun menarik gak tu betul tak Bal, ataupun Bal susun program “HARI BERTEMU KELUARGA”, kumpul semua ahli2 keluarga yg macam Lek Safwan susun tu, aku cadangkan je…..

    Satu lagi destinasi yg berhampiran dgn TAMAN NEGARA iaitu TASEK KENYIR…cuba ko explore….kt sana menarik gak Bal….

    • iqbalsafwan September 5, 2011 at 3:11 am #

      salam.
      jika buat hari keluarga memang menarik..
      saya sedang setting pakej ni…budget jika dok di hostel murah sikit banding duduk di chalet
      tapi pengantin baru mestilah dok di chalet..baru mengancam…rugi woo
      bagi saya sikit masa utk setting pakej pelajar sekolah dan juga pakej keluarga atau utk honeymoon
      cuma taman negara ni adventure sikit..bagi yg tak suka aktiviti lasak..kesian kat depa nanti takut tercungap2
      terutama utk aktiviti jungle treking dan canopy walkway..belum lagi naik boat redah jeram..org tua kurang sesuai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: