Setting Pakej Umrah 2012

4 Sep

Salam Idil Fitri.

Musim Umrah 2011 telah pun meninggalkan kita. Ramai sahabat yang bertanyakan umrah yang akan datang. Bulan disember ni ada ke idak umrah visa ziarah selepas musim haji tamat. Setakat yang diketahui tiada visa ziarah dikeluarkan pada tahun ini. Biasanya visa umrah hanya akan dibuka semula selepas 2 bulan tamat musim haji. Saya jangka akhir bulan Februari 2012 akan keluar. Tetapi untuk selamat saya rasa akan setting pakej umrah bermula Mac 2012.

Untuk makluman, Umrah Ekonomi ditawarkan pada harga RM4888/= seorang. Jenis penerbangan Kuwait Airways. Tempuh 12 hari dan 10 malam. Yang terpenting penginapan di Makkah jaraknya dekat dengan Masjidil Haram, kira-kira 120 meter sahaja dari hotel ke masjid. Nama hotelnya ialah Dar Kaaki terletak  betul-betul belakang Sarwah Tower, yang ada Restoran Dsaji milik Felda tu. Penginapan di Madinah, biasanya tidak menjadi masalah. Ikut perancangan hotel yang dipilih ialah Hotel Madinah Mubarak. Program ziarah Madinah dan Makkah seperti biasa termasuk dalam pakej. Iternary pakej Umrah Promosi ini ada saya tulis di bawah tajuk PAKEJ UMRAH BERSAMA DZ TRAVEL & TOURS (M) SDN BHD sebelum ini.

Jarak Hotel Dar Kaaki ke Masjidil Haram, di belakang Hotel Safwah Tower

Saya rasa pakej di atas menarik kerana menawarkan harga yang murah. Walaupun ada syarikat lain boleh jadi offer harga yang rendah dari itu, tetapi penginapan di Makkah jauh dari Masjid pasti akan buat jemaah menyesal masa di sana nanti. Saya tak gamak nak letak jemaah saya jauh dari masjid. Hanya kerana nak offer harga yang terlalu murah supaya ramai dapat jemaah, tetapi selepas itu jemaah merungut kerana lokasi hotel yang jauh. Tak sanggup saya…

Sungguhpun begitu, ada juga sahabat yang bertanyakan pakej Umrah penginapan bertaraf bintang iaitu di hotel Retaj di Makkah. Saya yakin sesiapa yang pernah tinggal di Hotel Retaj, pasti mengingininya lagi. Dengan lokasi yang paling hampir dengan Masjid, sekitar 50 meter sahaja nak ke masjid. Keluar lif terus ke dataran masjid. Biliknya yang luas jenis dumplex, di bawah ruang tamu dan bilik tidur di tingkat atas, amat sesuai untuk jemaah berkeluarga. Dalam bilik ada kemudahan speaker yang membolehkan azan Masjidil Haram terus berkemundang dalam bilik. Azan masjid menggantikan jam loceng. Bangun tidur terus mandi dan sempat untuk tawaf sunat sementara menunggu solat Subuh berjemaah.

Jarak Hotel Retaj ke Masjidil Haram. Keluar lif terus menuju ke dataran Masjid.

Dari segi harga, saya rasa bagi jemaah yang mementingkan keselesaan beribadah di tanah suci, harga bukan ukuran utama. Harga yang ditawarkan ialah RM6680 untuk sebilik berempat.  Manakala tambahan RM400 seorang untuk sebilik bertiga. Dan tambahan RM800 seorang untuk sebilik berdua.

Maknanya, untuk musim Umrah 2012 ini saya akan setting 2 standard pakej iaitu pakej Umrah Ekonomi bagi jemaah yang inginkan harga murah dan pakej Umrah Isitimewa bagi jemaah yang mementingkan keselesaan dan kualiti beribadah di tanah suci.

Jumpa lagi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: