Pakej Taman Negara (3 hari dan 2 malam)

5 Sep

Salam Idil Fitri.

Cara mudah untuk ke Taman Negara dari Kuala Lumpur ialah melalui Lebuh raya Karak, susur keluar ke Jerantut menuju terus ke Kuala Tahan. Perjalanan biasanya mengambil masa 4 jam bergantung kepada cara pemanduan dan keadaan lalu lintas. Jalan raya selepas Jerantut menuju ke Kuala Tahan berkeadaan baik, cuma harus berhati-hati kerana terdapat beberapa selekoh pada kebanyakkan tempat. Anda dilarang memotong di kawasan selekoh berkenaan kerana agak merbahaya disebabkan kita tidak boleh lihat kenderaan yang datang dari arah yang bertentangan. Maklumlah kawasan hutan. 

HARI 1 – SAMPAI DI KUALA TAHAN

Sebaik sampai, pengunjung akan terus “check in” PERSONA VILLAGE RESORT. Biasanya mula “check in” jam 2 petang, tetapi jika kita sampai lebih awal pihak resort biasanya tiada  masalah menerima daftar masuk kita, tambahan lagi jika kita sudah buat tempahan dari awal.

Seperti yang saya makluman dalam tulisan saya terdahulu, PERSONA VILLAGE RESORT berkeluasan  8 ekar persegi, mempunyai beberapa kemudahan penginapan meliputi 3 blok hostel untuk pelajar dengan setiap blok bermuatan 50 katil, mempunyai “standard chalet” muatan 2 orang, “superior chalet” ,  dan “family chalet” yang boleh menampung 5-6 orang. Resort ini juga mempunyai Restorannya sendiri. Di samping itu ia juga mempunyai Dewan Seminar yang boleh menampung 200 orang peserta dalam satu masa.

Sebaiknya sebelum sampai ke Kuala Tahan, pengunjung sudah menikmati makan tengahari atau boleh juga makan tengahari di Restoran yang terdapat di resort.

AKTIVITI RAPID SHOOTING

Selepas pengunjung mendapat bilik dan selesai solat Jamak Taqdim (Zohor dijamak dengan Asar dalam waktu Zohor), sekitar jam 2.30 petang, pengunjung akan dibawa menuju ke jeti Kuala Tahan untuk menaiki bot menyusuri sungai Tembeling untuk aktiviti  “RAPID SHOOTING” iaitu dengan melalui 7 jeram yang utama. Pengunjung tidak harus bimbang kerana semua penumpang bot akan dipakaikan vest keselamatan. Cuma diingatkan pengunjung  harus bersedia untuk terkena percikan air ketika melalui jeram-jeram yang berkenaan dan pasti pakaian akan basah.

 

MELAWAT PERKAMPONGAN ORANG ASLI

Dalam perjalanan pulang, pengunjung akan dibawa singgah ke kawasan Perkampongan Orang Asli. Pengunjung digalakkan memberi sumbangan derma kepada Orang Asli sekadar yang ikhlas. Aktiviti melawat Perkampongan Orang Asli ini amat unik terutama kepada masyarakat bandar kerana tidak pernah didedahkan cara kehidupan sebenar Masyarakat Orang Asli.

Cara masyarakat Orang Asli menjalani kehidupan seharian seperti cara Orang Asli memasak tanpa menggunakan dapor gas iaitu dengan menggunakan cara semulajadi dengan menghidupkan api dengan daun-daun kayu kering dan juga teknik menyumpit juga diajar kepada pengunjung.

 

 Selesai aktiviti melawat Perkampongan Orang Asli, kembali semula ke resort untuk berehat.

TAYANGAN VIDEO

Pada sebelah malam, semasa aktiviti MAKAN MALAM di Restoran yang terdapat di resort, pengunjung akan diberi TAYANGAN VIDEO mengenai “Pengenalan Taman Negara”. Pengunjung akan didedahkan mengenai Sejarah Taman Negara, kemudahan-kemudahan dan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di Taman Negara dan tip-tip yang perlu pengunjung ketahui sepanjang berada di Taman Negara.

 

HARI 2 – AKTIVITI JUNGLE TREKKING

Selepas sarapan pagi, pengunjung dibawa melakukan aktiviti “Jungle trekking” menuju ke Bukit Teresek yang terletak kira-kira 334 meter di atas paras laut. Pengunjung dinasihatkan memakai kasut yang sesuai untuk aktiviti ini dan jangan lupa bawa bersama air mineral yang banyak kerana aktiviti ini sangat mencabar fizikal dan mental.            

 

Perjalanan berjalan kaki sejauh 1.7 km mengikut laluan yang dikhaskan akan mengambil masa sekitar 2 jam pasti menyeronokkan dan juga meletihkan bagi pengunjung yang tidak bisa dengan aktiviti lasak. Namun jangan bimbang kerana laluan “jungle trekking”ni mempunyai beberapa check point. Di setiap check point pengunjung boleh berhenti sebentar melepaskan lelah sambil menikmati keindahan pemandangan panorama alam semulajadi Taman Negara seperti pemandangan Sungai Tembeling dari kejauhan dan jika cuaca cerah kita boleh melihat pemandangan banjaran Gunung Tahan yang indah dan memukau. 

AKTIVITI CANOPY  WALKWAY


Selepas tiba di puncak Bukit Teresek dan berehat seketika menghilangkan penat, dalam perjalanan pulang, pengunjung akan dibawa melakukan aktiviti “Canopy Walkway” iaitu dengan melalui Jambatan Gantung yang terpanjang di dunia.  Dianggarkan panjang Jambatan Gantung ini kira-kira 530 meter panjang dan pada ketinggian 50 meter dari tanah di bawah.

Pengunjung tidak perlu takut untuk melakukan aktiviti ini kerana Jambatan Gantung ini dijamin selamat kerana ianya diperiksa oleh Petugas setiap pagi setiap hari akan keselamatannya. Dan pada setiap Jambatan Gantung ini terdapat beberapa check point untuk pengunjung mengambil gambar dan berehat seketika.

Pengunjung dewasa dikenakan yuran RM5 dan kanak-kanak RM3. Dibuka bermula jam 10 pagi hingga  jam 2.45 petang.

Kembali semula ke resort. Makan Malam disediakan.

Selepas makan malam, bagi pengunjung yang gemar berkaraoke, resort ini menyediakan kemudahan ini dan jika ahli kumpulan ramai, resort ini juga menyediakan kemudahan “live band” dengan kadar bayaran yang berpatutan.

HARI 3 – URUSAN CHECK OUT

Selepas sarapan pagi, pengunjung boleh “check out” resort sebelum jam 12 tengahari dan kembali ke destinasi asal masing-masing dengan membawa seribu kenangan manis dan indah dari Taman Negara.

Dalam perjalanan balik, pengunjung boleh singgah di Kuala Gandah tempat Pemeliharaan Gajah untuk aktiviti lawatan yang seterusnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: