Persona Village Resort di Kuala Tahan

5 Sep

Salam Idil Fitri.

Hari ni baru masuk ofis dan baru boleh upload gambar-gambar yang diambil masa melawat Persona Village Resort di Kuala Tahan pada Hari Raya ke-2 tempuh hari. Seperti yang saya beritahu sebelum ini, resort ini menambat hati saya kerana kemudahan pasarananya yang menarik dan amat sesuai untuk dibuat Pakej Melawat Taman Negara samada untuk para pelajar sekolah atau mahasiswa universiti dan juga untuk golongan dewasa samada secara berkeluarga atau berkumpulan.

Gambaran Persona Village Resort di bahagian pintu masuk utama.

Sebaik memasuki kawasan resort ini, kita akan mula mendaftar masuk di bangunan utama (seperti gambar di atas). Di bangunan utama ini selain menempatkan kaunter daftar masuk (check-in), juga terdapat Restoran Utama yang boleh menampung seramai 200 orang peserta dalam satu masa.

 

Restoran Utama di Persona Village Resort

 

Bersebelahan resort ini ialah sungai Tembeling yang boleh dilihat dari Restoran Utama Resort ini.

 

Semasa lawatan saya ke resort ini sempat juga kami mengambil beberapa gambar chalet-chalet dan juga asrama yang terdapat di sini. Bagi chalet, kapasiti ialah untuk 2 orang dewasa. Ada juga jenis chalet yang mempunyai “connecting door” sesuai untuk keluarga yang membawa bersama anak-anak mereka.

 

 

 

 

Bagi mereka yang inginkan privacy dan tidak mahu diganggu oleh pengunjung lain, terdapat 14 chalet yang terletak jauh sedikit dan terpisah dari resort utama. Untuk ke sana, kita terpaksa melalui jambatan gantung sekitar 40 meter panjang. Bagi mereka yang ingin membuat sambutan Hari Keluarga, chalet berkenaan amat sesuai rasanya.

Kelihatan pemandangan 14 buah chalet yang terletak jauh dari resort utama selepas melewati jambatan gantung.

Selepas membuat tinjauan di Persona Village Resort, kami menuju ke Jeti Kuala Tahan yang terletak 4km jauhnya dari resort ini. Berhampiran Jeti Kuala Tahan ini terdapat banyak resort-resort khusus bagi mereka yang ingin ke Taman Negara. Sungguhpun demikian, saya dapat rasakan suasana sibuk di resort-resort yang berkenaan kerana lokasinya yang begitu hampir dengan jeti. Apapun sebelum meninggalkan jeti, sempat saya mengambil gambar kenangan di mercu tanda Taman Negara.

InsyaAllah selepas ini saya akan ceritakan pula jenis Pakej Taman Negara khusus untuk mereka yang sukakan keindahan alam semula jadi. Tidak lupa terima kasih kepada Ustaz Faisal (adik ipar biras) kerana membantu mengambil gambar-gambar semasa kunjungan kami ke Kuala Tahan. Jumpa lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: