Pakej Umrah Istimewa (Hotel bertaraf bintang di Makkah)

6 Sep

Salam Idil Fitri.

Seperti yang diminta oleh beberapa sahabat, saya akan cuba huraikan Pakej Umrah Istimewa untuk awal musim 2012. InsyaAllah pakej tersebut dijangka berlepas pada 3hb Mac 2012, dengan menaiki Pesawat MAS. Tempoh masa 13 hari dan 11 malam. Harga untuk sebilik berempat RM6680 seorang.

Sebenarnya gambaran mengenai pakej di atas ada saya muatkan dalam Facebook atas nama Umrah Idaman. Pembaca boleh melihat gambar-gambar Hotel Retaj untuk rujukan. Namun tidak salah juga saya muatkan maklumat pakej berkenaan dalam blog saya ni.

Untuk penginapan di Madinah, pada hemat saya jarang menimbulkan masalah besar kerana keadaan hotel Madinah kebanyakkannya berkeadaan baik dan terletak hampir dengan Masjid Nabawi. Saya tidak bercadang untuk meletakkan jemaah Pakej Istimewa ini di hotel-hotel mewah seperti Oberoi ataupun Hilton. Harganya terlalu mahal dan tidak berbaloi rasanya. Ini kerana tinggal 3 hari di hotel berkenaan kosnya lebih mahal berbanding tinggal seminggu di hotel taraf bintang di Makkah. Kecuali ada permintaan dari jemaah. Jika nak buat juga kos umrah boleh mencecah sehingga RM10 ribu atau lebih seorang.

Jarak Hotel Mubarak Madinah ke Masjid Nabawi

Saya bercadang tempatkan jemaah pakej ini di Hotel Mubarak Madinah. Hotel ini dipilih kerana lokasinya yang hampir dengan Masjid. Terletak di belakang Masjid Nabawi sekitar 120 meter ke masjid, memberi kelebihan kepada jemaah wanita. Dan berhampiran hotel ada Kedai Makan “KUDU”, memberi peluang kepada jemaah yang selalu lapar sebelum waktu makan tiba.

 Lobi di Hotel Mubarak Madinah

 Dewan Makannya juga luas.

Dewan Makan di Hotel Mubarak Madinah

Aktiviti ziarah di Madinah sama seperti pakej biasa iaitu ziarah dimulai dengan Masjid Quba, Ladang Kurma, Jabal Uhud dan Maqam Syuhada, Kilang mencetak al-Quran (dengan izin), Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh dan akhir sekali Pasar Tamar. Cuma bezanya ialah jenis bas yang diambil adalah jenis bas VIP.

Dapatkan peluang solat sunat di Mihrab Nabi dalam kawasan Raudhah di Masjid Nabawi

Kebiasaannya tinggal di Madinah selama 3 hari dan 2 malam, namun ada juga jemaah yang suka menetap 4 hari dan 3 malam di Madinah. Saya belum putuskan lagi, bergantung kepada hari apa jemaah dijangka sampai di Madinah baru saya buat keputusan. Selalunya jemaah suka jika dapat solat Jumaat di Madinah dan dapat solat Jumaat sekali lagi di Makkah.

Bagi jemaah yang mementingkan keselesaan dalam beribadah, harga bukanlah faktor utama. Dan sebenarnya ramai jemaah Malaysia yang MAMPU untuk tinggal di hotel bertaraf bintang di Makkah yang begitu hampir dengan Masjidil Haram. Cuma mereka tidak tahu atau menyangka tinggal di hotel bertaraf bintang, harganya terlalu mahal. Pada hemat saya, perbezaan harga hotel bertaraf bintang dengan yang biasa di Makkah cuma sekitar RM1000 aje. Apa la sangat nilai lebihan RM1000 jika dibandingkan dengan kenikmatan beribadah di tanah suci.

Hotel Retaj paling hadapan dalam bangunan ZamZam Tower. Gambar diambil dari Pintu 1 King Malik Abdul Aziz

Mengapa Hotel Retaj ?

 

Hotel Retaj terletak dalam bangunan ZAMZAM Tower, dan paling hadapan sekali. Ini menjadikan ianya paling hampir dengan Masjidil Haram berbanding dengan hotel-hotel bertaraf bintang yang lain di Makkah. Malah sebenarnya Hotel Zamzam Tower lebih jauh ke dalam. Tuan masuk sahaja dalam bangunan Zamzam Tower, paling hadapan selepas kedai Farmasi Al-Nahdi sudah jumpa signboard Hotel Retaj (seperti gambar di atas).

Lokasinya yang paling hadapan dalam bangunan Zamzam Tower memudahkan jemaah untuk kerap berulang alik ke Masjid. Dan bagi jemaah wanita tidak perlu takut untuk ke Masjid seorang diri pada waktu tengah malam untuk melakukan Qiamulail kerana jaraknya yang begitu hampir dengan Masjid. Keluar aje lif hotel sudah melalui dataran masjid.

Jarak Hotel Retaj menuju ke Masjidil Haram

 

Coridor di Hotel Retaj

Lobi utama terletak di Tingkat 6. Keistimewaan Hotel Retaj kerana biliknya berkonsep Duplex, iaitu di tingkat bawah ruang tamu dan di tingkat atas bilik tidur. Bilik air ada 2 iaitu di tingkat atas dan juga di tingkat bawah. Macam tinggal di dalam apartment kerana luasnya bilik. Di samping itu, bilik juga dilengkapi dengan set sofa di ruang tamu, set meja makan, cerik eletrik, set cawan dan pinggan, tv terletak di dinding. Kita boleh tengok siaran langsung Masjidil Haram dan Masjid Nabawi setiap masa. Dan yang paling seronok ada speaker di setiap bilik yang membolehkan azan Masjidil Haram berkemundang dalam bilik. Kerana itu demi terdengar sahaja azan yang pertama, saya sempat mandi, turun ke dataran untuk melakukan tawaf sunat sementara menunggu untuk Solat Subuh berjemaah di Masjidil Haram.

Bilik Retaj ada 2 tingkat. Tingkat bawah ialah ruang untuk bersantai

Ada 3 katil di tingkat atas

Santai di ruang tamu di tingkat bawah

Sekiranya kita mempunyai ahli keluarga yang ramai, hotel Retaj boleh menempatkan 6 orang dalam satu bilik. Di tingkat atas 3 jemaah, dan di tingkat bawah 3 jemaah dengan diletakkan 3 katil tambahan. (seperti gambar di bawah).

 

Lazimnya makanan di restoran hotel bertaraf bintang terlalu mahal dan sajian menu tidak menepati selera jemaah Malaysia. Bagi pakej istimewa ini, kami akan menyewa satu bilik suite di Hotel Retaj untuk dijadikan dewan makan dan tempat untuk jemaah berkumpul. Manakala menu sajian makanan ala Malaysia dan dibekalkan oleh catering Patani.

Ruang tamu dijadikan ruang untuk set buffet

Manakala bilik bersebelahan diletakkan meja makan untuk jemaah

 

Bagi pakej istimewa ini, aktiviti ziarah di Makkah sama sahaja dengan pakej biasa. Ziarah wajib atau Ziarah Manasek dimulai dengan menziarahi Jabal Thur, kemudian ke Padang Arafah (Jabal Rahmah), melalui Muzdalifah terus ke Mina. Dan diakhiri ke Masjid Jaaranah. Jemaah yang ingin melakukan Umrah boleh berniat Umrah dan berihram di sini. Kembali semula ke Makkah melewati Jabal Nur. Lazimnya ziarah selesai sebelum masuk waktu Zohor.

Ziarah di Jabal Thur sambil mendengar Tazkirah

 

Manakala bagi ziarah Tambahan di hari yang lain pula. Dimulai dengan lawatan ke Ladang Unta dalam perjalanan ke Masjid Hudaibiyah. Jemaah boleh bergambar dengan unta dan jika berhajat untuk membeli susu Unta boleh diperolehi dengan harga SR5 untuk sebotol 500ml. Bagi yang ingin melakukan Umrah, boleh berniat dan berihram di Masjid Hudaibiyah. Kembali semula ke Makkah, jika mendapat izin jemaah akan dibawa melawat Muzium Makkah yang di dalamnya terkandung khazanah bernilai dua Masjid iaitu Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.

Boleh bergambar dalam Muzium Makkah

Ada satu lagi hadiah ziarah untuk pakej istimewa ini iaitu jemaah dibawa menziarahi kota Jeddah. Program bermula selepas waktu zohor dan makan tengahari. Lazimnya jemaah akan dibawa melawat Makam Hawa, Masjid Qisas, membelibelah di Kompleks Corniche dan Balad, menyusuri persisiran pantai Laut Merah sambil melihat keindahan bandar Jeddah pada waktu malam dan diakhiri dengan berkelah di Masjid Terapung di Jeddah.

Jika anda berminat menyertai pakej Umrah Istimewa ini, sila hubungi saya di talian 019-350 5395.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: