Umrah Ekonomi Mac 2012 hanya RM5388/=

6 Sep

Assalamualaikum wr.wb.

Pakej ini terhad kepada 40 orang sahaja dan flight yang diambil samada Kuwait Airways. Tempoh masa ialah 14 hari dan 12 malam dan dipimpin oleh Ustaz Ahmad Mustafa, Imam Besar Masjid Negeri. Oleh kerana flight yang diambil jenis transit, jemaah dinasihatkan bawa bersama beg beserta pakaian persalinan semasa singgah transit di Kuwait nanti. Jangka masa transit tidak lama sekitar 2-3 jam sahaja, insyaAllah.

Harga pakej ini amat murah kerana ianya menawarkan lokasi hotel yang berhampiran dengan Masjid baik di Madinah dan juga Makkah. Jangan bandingkan dengan Pakej Umrah Istimewa kerana harganya sahaja sudah pasti berbeza.

HOTEL DI MADINAH

Hotel penginapan di Madinah ialah Hotel Mubarak Madinah, sama seperti hotel penginapan bagi Pakej Umrah Istimewa. Hotel ini dipilih kerana lokasinya yang hampir dengan Masjid, lobinya luas, biliknya juga luas, dewan makan yang boleh menampung ramai jemaah, mempunyai 4 lif untuk kegunaan jemaah. Dan berhampiran dengan hotel ini juga banyak terdapat kedai makan dan juga “money changer”.

 

Pandangan Hotel Mubarak Madinah dari hadapan

Hotel Mubarak Madinah mempunyai 4 lif utama

Sajian makanan di Madinah mengikut citarasa jemaah Malaysia iaitu menu ala Malaysia dan dibekalkan oleh catering Patani.

Dewan Makan di Hotel Mubarak Madinah

Dewan Makan di Hotel Mubarak Madinah

Program ziarah di Madinah dan Makkah, pembaca boleh lihat pada tulisan saya di bawah tajuk Pakej Umrah Bersama DZ Travel & Tours (M) Sdn Bhd sebelum ini.

HOTEL DI MAKKAH

Hotel penginapan di Makkah ialah Hotel Dar Kaaki atau Hotel Qamar atau setaraf.  Hotel Dar Kaaki terletak betul-betul di belakang Hotel Safwah Tower, kira-kira 120meter ke Masjidil Haram. Begitu juga dengan Hotel Qamar, jaraknya hampir menyamai Hotel Dar Kaaki, cuma ianya di sebelah jalan ke Ajyad. Hotel ini dipilih kerana laluannya mudah untuk ke Masjid dan tidak sesak seperti kawasan Misfalah. Ketika waktu hampir solat, lazimnya jalan raya ditutup untuk kenderaan bermotor dan ini memudahkan jemaah berjalan kaki menuju ke Masjid.

HOTEL DAR KAAKI

Hotel Dar Kaaki mempunyai 4 tingkat sahaja. Tingkat 1,2 dan 3 untuk bilik penginapan, manakala Dewan Makan di Tingkat paling atas.

 Jarak Hotel Dar Kaaki menuju ke Masjidil Haram

Jemaah harus melewati Hotel Safwah Tower untuk ke Masjidil Haram

 Dewan Makan di Hotel Dar Kaaki

Bilik penginapan di Hotel Dar Kaaki juga agak luas jika dibanding dengan hotel-hotel yang sama taraf dengannya di Makkah. Dan paling penting jaraknya tidaklah terlalu jauh, memudahkan jemaah untuk berulang alik ke Masjid.

 Bilik di Hotel Dar Kaaki

Lobi di Hotel Dar Kaaki tidaklah terlalu luas, sama seperti hotel-hotel yang setaraf dengannya di Makkah, namun selesa bagi jemaah.

Kaunter Daftar Masuk di lobi Hotel Dar Kaaki

HOTEL QAMAR

Manakala Hotel Qamar pula mempunyai 9 tingkat dan di setiap tingkat dianggarkan mempunyai 16 bilik. Biliknya juga agak luas dan di setiap tingkat ada kemudahan bilik pantri.

 Bilik di Hotel Qamar yang agak luas dan mempunyai almari pakaian

 Dewan Makan di Hotel Qamar

Terletak di tingkat M, Hotel Qamar. Lebih luas berbanding Hotel Dar Kaaki. Dianggarkan boleh menampung 100 lebih orang jemaah dalam satu masa.

Dewan Makan Hotel Qamar

Lobi dan Lif di Hotel Qamar

Hotel Qamar mempunyai kemudahan 3 lif dan keluasaan lobi juga agak selesa, sesuai dengan standardnya.

Bagi jemaah yang memilih pakej Umrah ekonomi, pemilihan Hotel Dar Kaaki atau Hotel Qamar adalah amat sesuai sekali kerana ia menyediakan bilik yang selesa dan luas. Yang penting jemaah dapat selesa beribadah dan dapat kerap berulang-alik ke Masjid kerana jaraknya juga tidak terlalu jauh.

Jika berminat menyertai pakej ini, sila hubungi saya Hj Iqbal 019-350 5395 atau isteri saya Hjh Norhayati 019-341 8822 atau pejabat DZ Travel & Tours (M) Sdn Bhd di talian 03-3341 3617.

Deposit RM1000 diperlukan untuk tujuan pendaftaran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: