Umrah Ekonomi RM5388/=, masuk Makkah dahulu

13 Sep

Assalamualaikum wr.wb.

Untuk makluman, cadangan tarikh berlepas ialah pada 16hb Mac 2012 hingga 27hb Mac 2012. Tarikh ini dipilih kerana berlaku selepas cuti sekolah dan visa Umrah diyakini telahpun dibuka.

Saya jangkakan visa Umrah mula dibuka pertengahan atau akhir bulan Februari 2012. Lazimnya apabila visa Umrah mula dibuka, akan berlaku LAMBAKAN JEMAAH kerana ramai jemaah Malaysia yang tidak sabar menunaikan Umrah kerana bulan November dan Disember 2011, visa ziarah tidak ditawarkan oleh pihak Kerajaan Saudi.  Seperti yang berlaku pada bulan Mac 2011 yang lalu, ramai jemaah yang kandas di airport KLIA kerana tidak dapat terbang. Masalah berpunca samada visa umrah tidak sempat proses atau tidak dapat flight kerana flight over-booking.

Untuk program Umrah ini, saya bercadang membuat sedikit kelainan dari biasa, iaitu semua jemaah akan masuk Makkah dahulu, selesaikan Umrah dan di akhiri ke Madinah. Flight yang diambil ialah flight Kuwait, ikut jadual transit 2 jam di Kuwait. Jemaah akan menukar pakaian ihram semasa transit di Kuwait. Berniat Umrah dan berihram dengannya dalam flight menuju ke Jeddah. Sampai di Jeddah selepas selesai urusan imigresen dan pengambilan bagasi, terus masuk ke Makkah.

Perjalanan dari Jeddah menuju ke Makkah mengambil masa sekitar 2 jam sahaja berbanding jika ke Madinah 6 hingga 7 jam. Langkah ini diambil kerana mengambil kira perjalanan yang panjang dan sekiranya jemaah masuk ke Madinah, perjalanan akan menjadi lebih lama dan sudah pasti meletihkan jemaah.

Sampai di Makkah, selepas urusan check in bilik hotel, kira-kira 1 jam selepas itu, jemaah sudah boleh meneruskan ibadah Umrah iaitu tawaf dan saie dengan dipimpin oleh Mutawif. Dan hari-hari selepas itu akan dilaksanakan program ziarah di Makkah dan aktiviti ibadah lainnya.

Jemaah akan mula memasuki Madinah pada 4 hari yang terakhir. Ini kerana saya bercadang menempatkan jemaah selama 3 malam di Madinah bagi memberi kepuasan kepada jemaah wanita memasuki Raudhah di Masjid Nabawi dengan lebih kerap.

Saya galakkan pembaca yang berminat agar segera mendaftar kerana promosi ini terhad kepada 40 orang sahaja dengan dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negeri Selangor, Ustaz Ahmad Mustafa.

Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: