Risiko Umrah Februari 2012

15 Oct

Assalamualaikum wr.wb.

Syukur alhamdulillah, promosi Umrah RM4888 untuk mendapatkan 80 jemaah yang pertama mendaftar dan membayar deposit telah pun penuh hari ini. Selepas ini jemaah no.81 keatas yang ingin mengikuti pakej ini akan membayar harga Umrah yang biasa iaitu RM5388, lebih RM500 dari harga promosi. Promosi murah ini dibuat bertujuan untuk memperkenalkan DZ Travel kepada umum.

Ramai juga yang mahukan supaya DZ Travel menganjurkan pakej Umrah bermula seawal Februari 2012 dengan menaiki flight terus samada MAS atau SAUDI dan menginap di Hotel Dar Kaaki atau setaraf dengannya di Makkah. Rugi juga rasanya jika saya tidak sambut pelawaan ini. Namun ada sesuatu yang merisaukan saya.

Setiap tahun ketika visa Umrah mula dibuka, berlaku kekecohan yang banyak menimbulkan masalah kepada penganjur dan juga jemaah. Tahun ini seperti tahun lepas visa ziarah bulan cuti sekolah November dan Disember tidak ditawarkan oleh Kerajaan Saudi. Ini menyebabkan berlaku LAMBAKAN JEMAAH ketika visa Umrah mula dibuka. Terlalu ramai yang ingin pergi. Akibatnya berlaku masalah yang ditakuti oleh penganjur pakej iaitu masalah visa Umrah yang lambat diproses yang menyebabkan ramai jemaah terkandas di airport KLIA. Ada juga visa Umrah sudah siap, tiket flight pula “overbooking”.

Jika masalah di atas berlaku, penganjur terpaksa menempah dan membeli tiket flight yang baru yang sudah pasti sudah lari dari perancangan asal pakej. Asal dapat tiket sudah dikira untung, yang penting jemaah dapat terbang walaupun dengan flight transit. Di Arab Saudi pula penganjur terpaksa membuat tempahan hotel yang baru sebab jemaah masuk ke sana lewat dari tarikh asal. Tempahan lama dikira batal dan penganjur harus membayar kos hotel dua kali iaitu tempahan awal juga tempahan baru.

Dalam keadaan ini yang rugi ialah penganjur. Rugi kerana terpaksa membeli tiket flight yang baru, tiket lama terpaksa tunggu beberapa bulan untuk mendapatkan bayaran balik. Lebih malang jika tiket flight tersebut “not refundable”. Biasanya berlaku kepada flight tambang murah. Jika jemaah yang datang jauh dari luar bandar seperti Pahang atau Kelantan misalnya, penganjur terpaksa menyewa hotel untuk penempatan jemaah sementara menunggu jemaah dapat terbang semula (samada tunggu visa Umrah siap atau dapat tiket flight untuk terbang ke Saudi).  

Kerana itu penganjur pakej Umrah perlu “back up” kewangan yang kukuh. Jika masalah berlaku, mereka ada cukup dana untuk menangani segala permasalahan yang berlaku, seperti dapatkan tiket flight yang baru, bayar tambahan kos tempahan hotel di Arab Saudi dan lain-lain kos yang terlibat.

Yang kesiannya, jika rombongan jemaah Umrah yang asal terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan. Ini kerana tiket flight yang “available” biasanya dapat dalam kuantiti yang sedikit dan jarang yang dapat semua. Contohnya, jemaah ada 40 orang dalam satu kumpulan, tiket flight A yang kosong ada 10 sahaja misalnya, maka 30 jemaah lagi harus menunggu untuk mendapat tiket flight yang “available”. Ini ditambah pula dengan masalah mahram kerana untuk terbang mahram mesti ikut bersama. Bimbang masalah timbul semasa “check In” imigresen di Jeddah.

Jika ini berlaku, yang teruk ialah penganjur pakej kerana terpaksa menguruskan jemaah yang terbang secara runcit ini. Petugas di Saudi juga terpaksa bekerja keras kerana harus menyambut jemaah berkenaan dalam waktu yang berlainan dan mungkin juga pada hari yang berlainan. Kos pengangkutan sudah pasti bertambah..bayangkan 1 bas yang besar hanya mengangkut jemaah yang sedikit.

Jika rasa nak selamat, pakej Umrah di setting pada bulan Mac 2012. Jika nak setting bulan Februari pun, saya rasa mungkin selamat selepas 20hb Februari 2012. Tetapi untuk berdepan dengan risiko yang saya jelaskan di atas, saya fikir lebih baik saya mengambil jalan selamat, iaitu pakej Umrah 2012 hanya bermula pada awal bulan Mac 2012.

Jika ingin join, sila hubungi saya di talian 019-3505395 (Hj Iqbal) atau email kan nama-nama jemaah di alamat email hjiqbal.safwan@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: