Umrah bersama Imam Besar Masjid Negeri Selangor

12 Nov

Assalamualaikum wr.wb.

Alhamdulillah promosi Umrah untuk Mac 2012 mendapat sambutan yang menggalakkan dari jemaah. Ramai yang teruja untuk ke tanah suci dan perkara utama yang ditanya ialah berapa jauh hotel di Makkah dengan Masjidil Haram. Pasti mereka yang bertanya sudah selalu ke tanah suci dan merasai pahit maung tinggal di hotel yang jauh dengan Masjid.

Dan apabila saya menunjukkan gambar-gambar hotel beserta jaraknya dengan Masjid, rupa-rupanya ramai yang mahu mengambil Pakej Umrah Istimewa, walaupun harganya agak tinggi berbanding Pakej Umrah Ekonomi. Wang bukan ukuran utama. Yang penting ialah keselesaan beribadah di tanah suci. Wang boleh dicari, tetapi mendapat kesempatan beribadah di tanah suci dalam keadaan selesa adalah pilihan jemaah. Dan pasti Allah menyukai hambanya yang suka membelanjakan hartanya ke jalan Allah.

Menunaikan Umrah adalah satu pengalaman yang amat menakjubkan dalam hidup. Tambah manis jika pemergian kita ke sana bersama-sama dengan tokoh agama yang disegani. DZ Travel amat bertuah apabila Imam Besar Masjid Negeri Selangor iaitu Ustaz Ahmad Mustafa bersetuju untuk membawa rombongan Umrah DZ Travel pada 16hb Mac 2012 ini. Trip Umrah ini terhad untuk 40 orang jemaah sahaja dengan dipimpin oleh beliau.

Kos seorang untuk jenis sebilik berempat ialah RM 5388 sahaja. Menaiki flight Kuwait Airways dan transit 2 jam di Kuwait. Dan DZ Travel merancang untuk membawa rombongan jemaah ini masuk ke Makkah dahulu menyempurnakan Umrah dan akhir baru masuk Madinah. Hari pertama sampai, ibadah Umrah sudah disempurnakan. Dan selama di tanah suci, rombongan ini akan mendapat banyak ilmu dari Ustaz Ahmad Mustafa melalui siri bimbingan kuliahnya di sana.

Jika tuan/puan berminat, bersegeralah untuk mendaftar. Samada hubungi Imam Besar sendiri atau ke DZ Travel di talian 03-33413617 atau hubungi saya Hj Iqbal 019-3505395.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: