Lanjutan Promosi Pakej Umrah Idaman @ Istimewa 2012 – RM6680

24 Nov

Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah, rupa-rupanya ramai jemaah yang berminat untuk menyertai Pakej Umrah Idaman walaupun harganya lebih tinggi dari Pakej Umrah Ekonomi. Rata-rata mereka yang menyertai terdiri daripada mereka yang pernah menunaikan Umrah sebelum ini dan telah merasa pengalaman pahit dengan syarikat penganjur yang menawarkan harga murah. Mereka sendiri yang memberitahu, jika nak pergi Umrah, perkara utama yang difikirkan ialah di mana lokasi hotel dengan masjid. Maksudnya mereka mahu kemudahan penginapan yang boleh memberikan keselesaan kepada mereka. Baru boleh fokus untuk beribadah.

Saya beritahu kepada mereka Hotel Retaj al-Bayt ialah hotel yang begitu hampir dengan masjid. Terletak paling hadapan dalam bangunan Zamzam Tower. Betul-betul sebelah kedai farmasi al-Nahdi. Mudah cakap, jika jemaah hilang kasut atau selipar di Masjidil Haram, jemaah ni langsung tidak pijak jalanraya untuk pulang ke hotel. Nak pergi masjid tengah malam pun tak perlu risau dari segi keselamatan. InsyaAllah selamat, boleh ke masjid tanpa rasa takut.

 

Jarak Hotel Retaj menuju ke Masjidil Haram

Seperti yang saya maklum terdahulu, hotel di Madinah saya tidak begitu risau. Ini kerana rata-rata keadaan hotel di Madinah, OK. Tak perlu ambil hotel yang bertaraf bintang kerana biasanya jemaah menginap 2 malam atau 3 malam sahaja. Malah menginap 3 malam di Hotel Oberoi atau Hilton lebih mahal dari menginap seminggu di Hotel Retaj. Untuk apa kita bazirkan wang. Kecuali jika jemaah memilih untuk berbuat demikian.

Kerana permintaan menggalakkan, kami buat tempahan flight yang kedua untuk Pakej Umrah Istimewa ini. Kami booking flight Saudi direct dari KLIA ke Madinah. Tarikh berlepas sama iaitu 3hb Mac 2012 dan kembali ke tanah air dari Jeddah ke Kuala Lumpur pada 15hb Mac 2012. Tempoh pakej ialah 13 hari dan 11 malam. Bagi setiap booking, kami hadkan kepada 40 orang jemaah sahaja. Mudah untuk menjaga servis, memadai 1 bas 40 orang jemaah dan seorang Ketua Rombongan.

Selain dari jarak yang begitu hampir dengan masjid, bilik di Hotel Retaj ini juga luas. Berkonsep duplex iaitu ada 2 tingkat, Tingkat bawah ruang tamu, tingkat atas ialah ruang tidur. Malah jika ahli keluarga ada 6 orang (suami isteri dan 4 anak), tidak ada masalah untuk tinggal dalam satu bilik. .Di tingkat bawah boleh diletakkan katil tambahan seperti gambar di bawah. Dan bilik air juga ada 2, iaitu di tingkat atas dan di tingkat bawah.

Bilik Retaj di tingkat bawah diletakkan 3 katil tambahan

Keadaan asal bilik Retaj di tingkat bawah

Untuk menikmati makanan juga tidak ada masalah. Di hotel ini setiap tingkat ada disediakan bilik suite yang dijadikan bilik untuk makan. Yang seronoknya untuk menikmati makanan ianya tidak bercampur dengan jemaah dari syarikat lain. Ini kerana bilik untuk makan ini  disewa khas oleh penganjur.

Bilik yang dijadikan tempat makan jemaah

Berdasarkan pengalaman membawa jemaah yang menginap di hotel Retaj pada bulan Mac 2011, rata-rata jemaah berpuas hati menginap di hotel ini. Menu makanan juga ala Malaysia yang menepati selera jemaah.

Sebenarnya maklumat mengenai pakej ini ada saya tulis terdahulu dan tidak perlu saya ulang kembali. Pembaca boleh melihatnya di bawah tajuk Pakej Umrah Istimewa. Jika pembaca ingin melihat gambar-gambar yang lain mengenai hotel ini boleh diperolehi di laman Facebook atas nama Umrah Idaman atau Hj.Iqbal Safwan.

Kepada yang berminat, sila hubungi saya Hj Iqbal di talian 019-350 5395 untuk pendaftaran. Terhad kepada 40 orang jemaah sahaja. Saya tidak bercadang untuk membawa jemaah seramai yang boleh. Yang penting ialah kualiti dan bukan kuantiti. InsyaAllah jemaah akan bertambah dari masa kesemasa asal kualiti services menjadi keutamaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: