Keselamatan jemaah di tanah suci

30 Nov

Assalamualaikum wbt.

Kebanyakkan jemaah ke tanah suci tidak pernah tergambar di fikiran mereka akan menghadapi situasi yang bakal saya ceritakan. Ini kerana pada anggapan jemaah, di tempat yang baik, suci dan mulia mustahil berlaku hal sedemikian. Tetapi fitrah manusia di mana-mana tetap sama, ada yang baik dan ada yang jahat. Walaupun undang-undang Hudud digunapakai di Arab Saudi, masih ramai yang tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Apa yang bakal diceritakan bukanlah untuk menakutkan jemaah sehingga menghilangkan minat atau takut ke tanah suci. Perkongsian ini adalah sebagai pedoman dan langkah berjaga-jaga yang perlu jemaah ambil ketika berada di tanah suci.

Awas dari kehilangan wang atau beg sandang

Insiden ini sering terjadi kepada jemaah wanita terutama ketika jemaah ingin memasuki Pintu utama Masjid Nabawi. Jangan lupa beg sandang yang dibawa, pegang kuat-kuat zipnya.  Jemaah wanita sering diasak oleh sekumpulan jemaah wanita dari Negara lain ketika di Pintu Masuk Masjid. Al-maklumlah semasa itu, jemaah berpusu-pusu ingin masuk Masjid. Sedar-sedar dompet jemaah telah hilang dari dalam beg sandang, walaupun beg sandang tersebut telah dizip.  Yang buat kerja ini bukan seorang. Biasanya berkumpulan dan mereka memang professional. Kerana itu, passport jemaah tidak dipegang oleh jemaah. Jika berlaku kehilangan, masalah besar lah jawapnya.

Pintu Masjid Nabawi (bahagian belakang)

Begitu juga ketika solat. Jangan letakkan beg sandang kita di tempat sujud. Sebaiknya beg sandang yang dibawa kita silangkan di bahu kita. Biasa berlaku, ketika jemaah sujud dalam solat , ketika itulah beg sandang kita dilarikan tanpa jemaah sedari. Mungkin khusyuk solat barangkali. Selesai solat, baru jemaah sedar beg sandangnya hilang. Menangis berlagu la gamaknya. Lagu penyesalan kerana cuai menjaga hak milik sendiri. Yang dibimbangi, kita melafazkan sesuatu yang tidak sepatutnya di tanah haram ketika ditimpa musibah.

Biasa juga berlaku jemaah hilang dompet mereka ketika sedang tawaf. Bayangkan, di hadapan Baitullah pun mereka tergamak melakukan perkara yang keji. Walhal sama-sama sedang bertawaf. Bezanya kita tawaf kerana Allah, mereka tawaf kerana ingin mencuri. Pernah ketika sedang tawaf, saya melihat ada dompet duit melayang di udara dicampak oleh seorang jemaah. Dalam hati saya, baru lepas mencopet la tu. Dah ambil isi, dompet dicampakkan semula. Begitu juga ketika jemaah berasak-asak dan berebut-rebut ingin mencium Hajar Aswad. Ketika itulah saat yang terbaik barangkali. Jemaah sibuk fokus ingin mencium Hajar Aswad, selepas itu baru tersedar duitnya telah hilang.

Jangan letak barang berharga di tempat terbuka di dalam bilik

Biasa berlaku di hotel Madinah mahupun Makkah. Petugas hotel bahagian “room services” (selalunya di Madinah) sering masuk ke bilik ketika jemaah tiada. Samada jemaah keluar ke Masjid ataupun semasa program Ziarah. Tahu-tahu jemaah mengadu kehilangan barang berharga. Ketika ini, biasanya pihak hotel tidak bertanggungjawab. Yang baiknya, jemaah simpan barangan berharga di tempat yang selamat. Di dalam beg bagasi kita dan dikunci atau dimangga. Jika kita letak di atas meja atau di tempat yang terdedah, mudahlah bagi mereka untuk mengambilnya. Mungkin juga niat asal ingin membersihkan bilik, tiba-tiba ternampak duit  yang banyak atau kamera mahal di atas meja. Peluang terbuka luas. Yang kuat iman sahaja la yang tengok aje tapi tak ambil.

Elakkan berjalan sendirian ketika ke Masjid atau kemana-mana

Terutama kepada jemaah wanita yang sudah tua. Pernah juga berlaku, beg sandang jemaah diragut oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Kerana itu, saya selalu berpesan kepada jemaah supaya beg sandang yang dibawa harus disilangkan di bahu. Ini bagi menyukarkan peragut melarikan beg jemaah. Pelik tapi benar. Di tanah suci pun berlaku perkara sebegini. Ramai manusia yang hidupnya susah tetapi malas bekerja. Mereka lebih suka mencari wang dengan cara mudah walaupun tidak halal.

Kenapa terjadi demikian ?

Bagi jemaah dari negara-negara lain terutamanya dari kawasan Afrika atau Hindi, tuntutan untuk ke tanah suci memadai menyediakan keperluan untuk datang sahaja. Manakala bekalan untuk pulang tidak wajib. Tidak seperti kita yang mesti cukup keperluan pergi dan balik. Mungkin kerana itu, ramai jemaah dari negara-negara berkenaan yang mengemis meminta sedekah untuk mencari bekalan pulang ke tanah air. Dan yang paling teruk sehingga ke peringkat mencuri, walaupun di dalam Masjidil Haram atau Masjid Nabawi. Pelik ! Dalam suatu masa mereka beribadah, beramal, berdoa meminta keampunan tetapi selepas itu mereka melakukan perkara yang keji.

Kesimpulannya, di mana-mana di dunia ini ada manusia baik dan ada yang jahat. Puak-puak Abu Jahal dan Abu Lahab pun masih ramai di sana. Cuma sebagai hamba Allah, kita kena selalu bersangka baik sesama insan. Perkara yang saya ceritakan adalah sebagai pengajaran kepada para tetamu Allah supaya sentiasa berjaga-jaga dan mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini dari terjadi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: