Amalan sedekah di tanah suci

1 Dec

Assalamualaikum wbt.

Menderma atau memberi  sedekah memang perbuatan yang baik dan terpuji. Tambahan lagi ketika berada di tanah suci. Amalan yang ikhlas diberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Tetapi semasa di sana, ketika memberi sedekah, kita kena pastikan sasaran yang betul.

Sebenarnya saya percaya wujud sindiket peminta sedekah di tanah suci. Ketika kita ke masjid atau pulang dari masjid selepas solat, kita boleh melihat sekumpulan wanita berkulit hitam membawa anak kecil bersama, malah ada yang masih bayi (bertujuan meraih simpati) duduk di tengah-tengah laluan jalan jemaah ke masjid meminta sedekah. Ada juga kelihatan kanak-kanak kecil dan ada yang telah dikudung tangannya turut meminta sedekah.

Kumpulan ini muncul di tengah-tengah laluan jalan jemaah ke masjid ketika waktu sebelum dan selepas  solat. Dan mereka ini sebenarnya tidak pun solat ketika waktu solat berjemaah di Masjidil Haram. Kita jarang melihat lelaki dewasa meminta sedekah.  Jika adapun, terdiri daripada golongan yang cacat anggotanya.

Jemaah yang simpati dengan mudah menghulurkan derma. Jika perbuatan memberi sedekah ini dilihat oleh rakan-rakan peminta sedekah yang lain, alamatnya sipenderma ini akan dikerumun oleh ramai peminta sedekah yang lain. Hingga menyukarkannya untuk bergerak. Nasib tidak baik ia boleh menjadi mangsa seluk saku pula jika tidak berhati-hati.

Sebenarnya kumpulan ini lebih kaya dari jemaah sendiri. Pernah seorang peminta sedekah ditangkap ketika musim haji,dikabarkan di dalam begnya ada duit sehingga SR10 ribu. Saya biasa melihat anak-anak peminta sedekah ini makan makanan mahal seperti KFC ataupun ayam TAZA. Jika mereka susah, tak kan mereka mampu. Bayangkan bilangan jemaah Umrah dan Haji di tanah suci dalam satu-satu masa. Ketika musim Haji, angka boleh mencecah hingga 3 juta jemaah. Ketika musim Umrah pun bilangannya boleh mencecah ratusan ribu jemaah. Jika 1% sahaja daripada mereka menderma, sudah membuat hidup mereka senang sebenarnya.

Jadi kepada sesiapa kita harus menderma ?

Sebenarnya jika kita berniat untuk menderma, pada hemat saya ada 3 kumpulan yang boleh kita sasarkan.

Pertama, ialah Petugas-petugas yang membersihkan masjid, baik di Makkah atau Madinah. Kita boleh kenal dari uniform yang mereka pakai, biasanya tertera tulisan BINLADEN GROUP. Gaji mereka kecil tetapi ikhlas dalam tugasan mereka membersihkan masjid. Golongan ini tidak pernah meminta sedekah. Tetapi jika diberi, mereka dengan senang hati menerimanya. Cuma jika memberi jangan terlihat oleh supervisornya, takut dimarahi. Mereka ini senang dengan pekerjaannya kerana setiap waktu dapat solat berjemaah di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi. Malah ramai yang alim dan warak dan ada yang hafaz al-Quran. Minta mereka mendoakan kesejahteraan buat kita selepas menderma. Semoga kita beroleh keberkatan selalu.

Kedua, ialah golongan GELANDANGAN. Mereka ini tiada tempat tinggal di tanah suci. Biasanya mereka ini tidur di luar kawasan Masjid beralaskan kepingan kotak. Golongan ini juga jarang yang meminta sedekah. Tetapi jika diberi, mereka menerima. Hidup mereka adalah beribadat kepada Allah dan yakin pasti ada rezeki buat mereka. Biasanya mereka ini telah berusia lanjut.

Ketiga, ialah golongan pelajar. Samada pelajar dari Malaysia atau lain-lain. Jika berniat untuk menderma, boleh berhubung terus dengan penganjur Pakej Umrah. Biasanya mereka tahu di mana untuk mencari mereka. Ada juga Madrasah Tahfiz al-Quran di Makkah yang diuruskan oleh bukan warga Saudi dan ramai pelajar-pelajarnya terdiri daripada anak-anak yatim atau susah. Madrasah ini tidak mendapat bantuan dari Kerajaan Saudi. Mereka amat mengalu-alukan jika ada jemaah yang sudi menghulurkan bantuan. Boleh jadi derma atau bantuan yang jemaah hulurkan boleh dijadikan sedekah yang bermanfaat. Mana tahu kerana bantuan yang kita hulurkan, boleh memberi manfaat yang berpanjangan dan berterusan. Daripadanya menyebabkan ramai anak-anak yatim yang mudah menjadi hafiz dan mereka mengajar pula ilmunya kepada kanak-kanak yang lain. Dan Ilmu yang bermanfaat ini pula berterusan diturunkan dari generasi ke genarasi, berpunca dari bantuan kita kepada mereka.

Sekian dan insyaAllah saya amat muatkan info mengenai pengalaman di tanah suci yang boleh memberi manfaat kepada bakal-bakal haji dan umrah. Jumpa lagi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: