Ke tanah suci..harga murah vs keselesaan beribadah

4 Dec

Assalamualaikum wbt.

Ramai yang apabila memilih Pakej Umrah, faktor harga yang murah menjadi keutamaan. Terutama kepada jemaah yang pertama kali menunaikan Umrah.  Yang penting dapat ke sana, jalan jauh sikit tidak apa, katanya.  Malah ada yang berkata, lagi jauh kita berjalan ke Masjid, lagi banyak pahala yang kita perolehi. Faktor keselesaan langsung tidak ada dalam kamus mereka.

Jadi apa masalahnya ?

Fitrah manusia sentiasa mahukan yang terbaik. Kita nak cari isteri pun nak yang cantik. Nak makan mesti nak yang sedap. Nak pakai baju pun nak yang cantik dan menarik. Mahal sikit tidak mengapa, asalkan hajat hati tercapai. Harga bukan persoalan utama. Yang penting kita dapat menikmati apa yang dihajati.

Semasa di tanah suci, apabila mendapati hotel penginapan jauh dari Masjid, baru kedengaran keluhan dari jemaah. Masing-masing menyuarakan rasa ketidakpuas hati mereka. “Kalau tahu macam ni, aku bayar double pun tak mengapa”, keluh jemaah. Malah ada yang sanggup membayar tambahan wang di sana, asalkan dapat tinggal di hotel yang dekat dengan masjid.

Yang rugi sebenarnya jemaah kerana terpaksa membayar dua kali kos penginapan di sana. Kos hotel asal yang jauh dari masjid dan kos hotel baru yang dekat dengan masjid. Itu bagi yang mampu dan membawa wang lebih di sana. Bagaimana yang tidak mampu ? Terima aja la seadanya..terpaksa telan walaupun pahit. Cuba tanya kepada mereka yang pernah ke tanah suci mengambil pakej harga murah. Sepanjang pengetahuan saya, yang sampai ke telinga saya ialah rasa penyesalan kerana memilih Pakej Umrah harga murah. Serik.

Cuba kita renung sebentar hakikat yang sering berlaku. Di sini jika kita nak ke masjid, walaupun jaraknya tidaklah terlalu jauh, jarang kita berjalan kaki. Keluar aje dari rumah, start motor terus jalan. Kita juga jarang exercise berjalan kaki pada masa-masa lapang sebelah pagi ataupun petang. Tiba-tiba bila ke sana, kita terpaksa berjalan kaki setiap hari pada jarak yang begitu jauh. Bayangkan, jika hotel kita 500 meter dari masjid. Ulang alik masjid ke hotel, sudah 1 km. Jika 5 kali dalam satu hari, sudah 5 km. Ini belum dikira jalan kaki semasa kita shopping. Belum dikira jalan kaki semasa kita bersaie antara Bukit Safa dan Bukit Marwah. Untuk pengetahuan jalan kaki ulang alik antara Safa dan Marwah semasa mengerjakan Umrah sudah dikira 4km.

Cuba kita tanya diri kita sendiri, sebelum ke sana adakah kita sudah bersedia dari segi fizikal. Jawapan mudah, pasti belum. Kenapa ? Sebabnya kita jarang exercise berjalan kaki setiap hari pada jarak 5km atau lebih. Kerana itu, apabila kita mendapati hotel kita jauh dari masjid, baru timbul nada penyesalan kerana memilih pakej Umrah harga murah. Sesalan yang sudah terlambat. Nak pergi lagi sekali tak tahu bila..itu pun jika ada rezeki dan umur yang panjang.

Fokus utama kita ke tanah suci ialah untuk bertaubat dan memohon ampun kepada Allah atas dosa-dosa kita yang lalu. Disamping itu berhajat memohon doa supaya Allah mengabulkan permohonan kita. Untuk itu, maka kita berniat sampai sahaja di tanah suci, kita akan gunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya iaitu meningkatkan lagi amal ibadah kita kepada Allah. Jika boleh, kita akan kerap melakukan ibadah Umrah seberapa banyak yang mampu. Sebelum dan sesudah solat, kita akan melakukan solat sunat.  Kita juga akan memperbanyakkan tawaf sunat. Dan, kita juga akan kerap ke Masjidil Haram pada waktu tengah malam untuk melakukan Qiamullail. Begitu besar impian dan hajat kita. Tetapi mampukah kita?

Hotel penginapan yang dekat dengan Masjid membantu jemaah untuk kekal fokus dalam beribadah

Untuk merealisasikan impian kita itu, hotel penginapan harus dekat dengan Masjid. Untuk ulang alik ke masjid tidak jadi masalah. Malah jika terbatal wudu’ atau ingin membuang air, balik ke hotel untuk mengambil wudu’ atau melepaskan hajat lebih cepat berbanding jika kita pergi ke kawasan toilet di Haram. Untuk ke Masjidil Haram pada waktu malam di saat jemaah sedang nyenyak tidur di bilik, tidak jadi masalah. Jemaah boleh ke Haram untuk melakukan Qiamullail tanpa rasa takut dari segi keselamatan. Walaupun seorang diri ke Masjid. Tetapi jika hotel kita jauh, mampukah kita melakukannya? Berani ke kita seorang diri ke Masjid pada waktu tengah malam?

Bagi yang mengetahui dan pernah merasa kenikmatan atau keselesaan beribadah di tanah suci, harga bukan ukuran utama. Apa lah sangat nilai perbezaan harga jika dibandingkan dengan nikmat keselesaan beribadah di Masjidil Haram. Sebenarnya memilih hotel yang dekat dengan Masjid atau memilih hotel yang mewah, bukan menunjukkan kita ini ingin bermegah-megah. Jauh sekali ingin berlagak. Kita berbuat demikian bagi memastikan fokus kita ialah untuk beribadah sebanyak mungkin di sana. Kita ingin mengejar pahala sebanyak yang mungkin. Pada kesempatan waktu yang ada ini lah kita melakukannya.

Tetapi jika hotel jauh dari Masjid, ramai jemaah yang sebenarnya solat tidak cukup 5 waktu di Masjidil Haram. Mereka lebih kerap solat di dalam bilik hotel kerana sudah letih dan tidak mampu berjalan jauh ulang alik ke Masjid. Jadi apa maknanya, datang ke tanah suci tetapi solat lebih kerap di dalam bilik?

Jika kita berkemampuan, apa salahnya kita belanjakan harta kita itu ke jalan Allah. Jika kita ikhlas, saya yakin pasti Allah akan melipatgandakan lagi harta kita dengan menggantikannya dengan lebih banyak lagi. Belum ada yang jatuh miskin selepas mereka pulang menunaikan Umrah. Yang tambah kaya, ramai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: