Keselesaan beribadat – fokus utama DZ Travel

31 Dec

Assalamualaikum wbt.

Qualiti perkhidmatan sesuatu pakej Umrah boleh dinilai dari beberapa faktor. Antaranya ialah jenis flight yang diambil, standard hotel dan juga jarak hotel dengan masjid, bimbingan di tanah air dan di tanah suci, sajian makanan yang menepati selera jemaah dan juga layanan mesra petugas kepada jemaah. Secara mudah, mana-mana pakej Umrah lebih kurang sama sahaja, yang membezakannya ialah faktor-faktor yang disebutkan tadi.

Keselesaan beribadah merupakan fokus utama DZ Travel, bukannya menawarkan pakej Umrah murah bagi menarik ramai jemaah. Jemaah akan datang dengan sendiri apabila jemaah berpuashati dengan qualiti perkhidmatan yang ditawarkan. Nama baik dalam industri akan datang dengan sendiri, insyaAllah. Yang penting jemaah berpuashati apabila menyertai Umrah bersama kami. Kebanyakkan rungutan yang datang dari jemaah ialah jarak hotel dengan masjid yang terlalu jauh. Kerana itu, DZ Travel tidak terlalu risau dengan penganjur pakej Umrah yang menawarkan harga yang murah. Saya yakin hotel yang ditawarkan pasti jauh dan mengundang banyak masalah.

Apakah maksud keselesaan beribadah ?

Pada hemat kami, jemaah akan selesa beribadah apabila ia memenuhi beberapa ciri yang bakal disebutkan nanti. Perkara utama dan amat penting ialah hotel penginapan mesti dekat dengan masjid. Jemaah akan lebih mudah untuk berulang-alik ke Masjid setiap kali waktu solat. Jarak yang dekat tidak memenatkan jemaah. Kemungkinan sesat juga amat tipis. Nak ke masjid pada waktu malam juga jemaah tidak bimbang dari segi keselamatan.

Kerana itu DZ Travel hanya menawarkan 2 standard pakej sahaja iaitu Pakej Umrah Istimewa atau Umrah Idaman yang menginap di Hotel Retaj al-Bayt Suite (paling hadapan dalam ZamZam Tower) dan juga Pakej Umrah Ekonomi yang menginap di Hotel Qamar di Makkah.

Kenapa Hotel Qamar ?

Lupakan Hotel Dar Kaaki kerana hotel ini akan dirobohkan tidak lama lagi. Jarak Hotel Qamar ke Masjidil Haram antara 120 – 150 meter (sila lihat gambar di atas). 

Sungguhpun jarak hotel dengan Masjid penting, tetapi kemudahan atau pasarana hotel tersebut juga harus memenuhi kehendak jemaah. Bilik tidur mesti luas dan selesa. Bilik air mesti dalam bilik dan bukan di luar bilik. Kemudahan almari dalam bilik ialah satu kelebihan. Ini kerana kebanyakkan hotel bertaraf Ekonomi tidak menyediakan kemudahan almari dalam bilik. Maka jemaah terpaksa membuat ampaian sendiri bagi menggantung baju yang sudah dipakai. Bayangkan, jika bilik tidur sempit dan di dalam bilik dibuat pula ampaian baju, amat menyesakkan.

Dewan Makan juga harus luas dan selesa. Ini bagi memudahkan jemaah untuk menikmati makanan dengan duduk di meja makan dan bukannya berdiri kerana tidak cukup meja dan kerusi. Kebanyakkan hotel standard ekonomi di Makkah, dewan makannya kecil dan sempit. Kerana itu, ramai juga jemaah yang membawa makanan masuk ke bilik kerana tiada tempat untuk makan.

Tetapi di Hotel Qamar, dewan makannya luas. Ianya dianggarkan boleh memuatkan 100 orang dalam satu masa. Nak buat sessi Ceramah dan taklimat juga tidak jadi masalah. Seluruh Tingkat M dalam bangunan ini ialah Dewan Makan.

Hotel Qamar juga mempunyai  kemudahan 3 lift untuk jemaah. Mudah untuk jemaah menggunakannya kerana ada pilihan. Keluasan lobi ok, tidaklah terlalu sempit. Memadai bagi standard hotel ekonomi.

Bayangkan, bagaimana jemaah boleh fokus dalam beribadah, jika jemaah berkenaan menghadapi masalah hotel penginapan yang jauh dari masjid. Dah la jauh, bilik tidur pula sempit. Lif pula kecil dan perlahan. Nak makan di dewan makan terpaksa bersesak-sesak kerana dewan makannya sempit. Ini belum ditambah dengan sajian makanan yang tidak menyelerakan.

InsyaAllah,  apabila semua perkara di atas tidak berlaku, jemaah boleh menikmati keselesaan dalam beribadah di tanah suci.  Cuma hakikatnya, kita terpaksa membayar lebih untuk menikmati keselesaan itu. Wang ringgit boleh dicari tetapi kenikmatan beribadah di tanah suci tidak boleh diukur dengan wang.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: