Promosi Umrah April 2012

11 Jan

Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah, pakej Umrah untuk bulan Mac 2012 telah penuh dan melebihi permintaan dari penawaran. Di pihak DZ Travel cuba juga memenuhi permintaan sebahagian jemaah yang terlewat mendaftar, tetapi apakan daya, mana-mana agen atau sahabat yang dihubungi menyatakan tiket flight untuk Mac 2012 “sold out”. Untuk musim cuti sekolah lagi payah nak dapat. Kabarnya mana-mana flight Charter MAS untuk bulan Mac ni dibatalkan. Tambah parah masalah tiket ni. Jika ada tiket pun, jenis flight yang kurang diminati kerana transit yang terlalu lama atau kena menginap di negara ketiga.

Untuk makluman, DZ Travel sedang promosi Umrah untuk bulan April 2012 pula kerana untuk Mac sudah penuh. Flight yang diambil ialah flight Emirates bagi Pakej Umrah Idaman (Istimewa), dan flight Etihad dan Kuwait untuk Pakej Umrah Ekonomi.

Berikut ialah maklumat mengenai Pakej Umrah yang kami anjurkan :-

1. PAKEJ UMRAH EKONOMI 

Untuk flight Kuwait, ada 2 trip iaitu dari

a. 10hb April hingga 23hb April 2012 dan

b. 24hb April hingga 7hb Mei 2012.

Tempoh pakej ialah 14 hari dan 12 malam. Penginapan di Makkah ialah Hotel Qamar. Di Madinah ialah Dallah Taibah. Kos Umrah ialah RM5880 seorang.

Untuk flight Etihad pula dari 20hb April 2012 hingga 2hb Mei 2012. Tempoh pakej ialah 13 hari dan 10 malam. Hotel Penginapan di tanah suci sama seperti pakej mengikut flight Kuwait di atas. Kos Umrah ialah RM5680 seorang.

2. PAKEJ UMRAH IDAMAN (ISTIMEWA)

Penerbangan Emirates transit sebentar di Dubai dan dari Dubai terus menuju ke Madinah. Tarikh berlepas dari :-

a. 7hb April hingga 19hb April 2012

b. 14hb April hingga 26hb April 2012.

Tempoh masa 13 hari dan 11 malam. Penginapan di Makkah ialah Hotel Retaj al-bayt dan di Madinah sama seperti pakej ekonomi di Dallah Taibah. Kos umrah seorang ialah RM6880.

Ada juga yang memohon supaya saya setting pakej Umrah harga di bawah RM5000. Jawapan saya mudah sahaja, saya tidak sanggup buat walaupun boleh. Ini kerana saya tidak mahu jemaah saya merungut semasa di tanah suci kerana dapat hotel penginapan yang terlalu jauh dari Masjid. Niat ke tanah suci untuk tambah pahala, tanpa sedar rupa-rupanya lebih banyak dosa yang diperolehi. Dosa akibat mengumpat dan mengucapkan kata-kata yang tidak sepatutnya di tanah suci. Manusia bila marah kekadang tidak sedar apa yang dilafazkan.

Maklumat mengenai hotel penginapan di Makkah ada saya muatkan sebelum ini. Tuan/puan boleh membacanya pada tajuk sebelum ini.

Jika tuan/puan berminat menyertai bolehlah berikan nama kepada saya samada melalui sms 019-3505395 atau email hjiqbal.safwan@gmail.com.

Dan jika ada di antara tuan/puan yang inginkan maklumat lebih lanjut atau ingin saya memberikan taklimat mengenai pakej di atas, saya boleh dihubungi melalui no. handphone yang diberi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: