Trend permintaan Umrah DZ Travel 2012 dan Umrah Cuti Sekolah

21 Jan

Assalamualaikum wbt.

Syukur Alhamdulillah. Semakin bertambah hit blog saya. Semoga perkongsian ilmu dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada kita semua. Sebagai hamba Allah, kita bukan sahaja dituntut menjadi baik, tetapi yang lebih penting dapat memberi kebaikan kepada hamba Allah yang lain. Saya berdoa semoga saya diberi ilham dan hikmah dalam menyampaikan perkongsian ilmu ini. 

Dalam kempen promosi Umrah DZ Travel, trend menunjukkan lebih ramai bakal jemaah yang berminat menyertai Pakej Umrah Idaman (Istimewa) berbanding Pakej Ekonomi. Alhamdulillah, ramai yang lebih sedar bahawa Qualiti Ibadah di tanah suci berkait rapat dengan kemudahan pasarana yang dinikmati di sana. Rata-rata jemaah berkenaan pernah ke tanah suci dan telah merasai sendiri pengalaman pahit semasa kunjungan mereka ke sana. Masing-masing faham dan menerima hakikat bahawa keselesaan dan kenikmatan beribadah di sana tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Wang boleh dicari tetapi kenikmatan beribadah adalah anugerah dari Allah.

Untuk bulan Mac 2012, semua pakej Umrah DZ Travel telah ‘sold out’. Ada lagi yang nak join tetapi saya jawab ” kita suka menerima tetapi tiket flight ada masalah untuk diperolehi”. Selalunya Airlines hanya beri peruntukan untuk 40 pax sahaja bagi satu tempahan tiket group. Selebihnya jika ada, kami terpaksa booking tiket secara berasingan dan bukan group. Dan selalunya harga tiket individu ini lebih mahal berbanding harga group.

Kerana itu, saya selalu berpesan supaya booking awal dan bayar deposit awal. Yang beri nama ramai, tetapi bayaran deposit adalah sebagai bukti komitmen jemaah untuk pergi Umrah. Apabila nama jemaah yang mendaftar cukup 40 jemaah, jemaah no.41 dan seterusnya terpaksa dipohon seat tambahan. Jika nasib baik, ada. Itu pun diperolehi dengan harga yang berbeza dan lebih tinggi. Masalahnya sanggupkah jemaah berkenaan membayar harga yang lebih sedikit berbanding yang lain. Walhal naik flight yang sama dan menikmati semua kemudahan yang sama. Lebih terasa tak syoknya, jika harga si anak jadi lebih mahal dari harga si ayah, kerana nama anak didaftarkan ‘last minute’.

Untuk musim cuti sekolah Mei/Jun 2012, jika kita berniat untuk menunaikan Umrah, daftar dan bayar deposit dari sekarang. Ini bagi mengelakkan masalah seperti yang saya ceritakan di atas.

Kami memilih flight EMIRATES yang terus landing di Madinah, cuma transit 2 jam di Dubai dari KLIA. Saya yakin jemaah menggemari flight yang landing terus ke Madinah. Jemaah boleh mengelakkan terpaksa menempuh perjalanan panjang 6-7 jam menaiki bas untuk  ke Madinah dari Jeddah.

Tarikh berlepas ialah 25hb Mei 2012, hari Jumaat jam 7.30 malam. Sesuai benar bagi para guru dan anak-anak yang bersekolah kerana baru sahaja cuti terus terbang ke sana. Tempoh ialah 12 hari dan 10 malam. Dan setakat ini kesemua yang mendaftar memilih Pakej Umrah Idaman pada harga yang ditawarkan RM 7280 seorang. Jemaah dijangka akan balik dan sampai di tanah air pada 5hb Jun 2012, hari Selasa jam 3 petang. Masih ada hari dan masa untuk berehat dan membuat persiapan sementara menunggu musim persekolahan dibuka semula.

Hotel penginapan di Madinah ialah Hotel DALLAH TAIBAH yang terletak di sebelah belakang Masjid Nabawi. Lokasi hotel antara yang hampir bagi jemaah wanita untuk memasuki Raudhah dari arah Pintu Masjid Nabawi sebelah belakang.  Untuk ke Masjid Nabawi, kita harus melalui deretan kedai yang dipanggil KUDU yang terdapat kedai-kedai makan, kedai runcit, kedai Farmasi selain ada  ‘money changer”. Ini memudahkan jemaah untuk menukar wang dan mendapatkan makanan jika lapar sementara menunggu waktu makan yang belum tiba lagi. Yang bestnya di sebelah belakang deretan kedai ini ada taman kecil yang tersedia tempat duduk bagi jemaah untuk istirehat dan makan-makan.

Deretan Kedai yang dimaksudkan

Manakala di Makkah pula, ialah Hotel RETAJ AL-BAYT. Maklumat mengenainya ada saya muatkan dalam tulisan saya yang terdahulu di bawah tajuk Pakej Umrah Istimewa.

InsyaAllah, kami akan cuba buat booking satu lagi group 40 pax yang kedua untuk Pakej Umrah Ekonomi. Tempahan tiket akan menjadi lebih mudah jika kami mempunyai senarai nama jemaah yang ingin menyertai.

Oleh yang demikian, jika tuan/puan berminat menyertai Pakej Umrah yang kami promosi, bersegeralah untuk mendaftar dengan menghubungi saya 019-350 5395 atau isteri saya Hajah Norhayati 019-341 8822 ataupun terus pejabat DZ Travel di talian 03-33413617.

SELAMAT BERCUTI.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: