Siri Umrah Idaman 1 – Jenis Penerbangan

14 Feb

Assalamualaikum wbt.

Pakej Umrah Idaman ini diwujudkan bagi memenuhi impian setiap bakal Tetamu Allah untuk mendapatkan perkhidmatan Umrah yang terbaik dan menyenangkan tetapi pada harga yang berpatutan. Fokus ditumpukan kepada untuk memberi keselesaan dan kelegaan kepada jemaah bermula sebelum berangkat ke tanah suci, semasa keberangkatan, semasa berada di tanah suci sehingga kembali ke tanah air.

Namun, perkhidmatan Umrah yang terbaik dinilai dari segi apa ?

Pertama, jenis penerbangan yang diambil.

Flight harus ‘direct’ ke Jeddah dan jika transit harus tidak bermalam di negara ketiga. Malah lebih baik jika dapat mendarat terus ke Madinah. Tambahan pula sekarang ini, semua jemaah visa Umrah tidak mengira datang dengan flight mana ditempatkan di Terminal Haji Jeddah, bukan Terminal Antarabangsa atau Terminal Saudi seperti sebelumnya.

Apa masalah dengan Terminal Haji ?

Oleh kerana semua flight yang membawa jemaah visa Umrah ditempatkan di sini, maka proses kemasukan (check in) di Kaunter Imigresen mengambil masa yang agak lama. Lagi banyak flight yang landing, lagi lama proses “check in” jemaah. Bayangkan, setiap jemaah dikehendaki meletakkan semua sepuluh jari untuk di scan, dan akhir sekali mukanya diambil gambar. Jika proses “check in” seorang jemaah mengambil masa 5 minit, cuba kira berapa lama pula masa yang diambil untuk memproses “check in” semua penumpang dalam satu flight ? Kaunter imigresen yang dibuka pula sekitar 5 kaunter sahaja.

Tambah lama lagi jika kita sampai, di hadapan kita kelihatan jemaah dari negara-negara Hindi seperti Pakistan atau Bangladesh sedang menunggu giliran “check in” di kaunter imigresen. Lagi la lama, sebab pemeriksaan ke atas jemaah dari negara berkenaan lebih ketat lagi. Mungkin bimbang dengan ancaman al-Qaeda agaknya.

Selepas proses imigresen selesai, biasanya bagasi kita sudah pun dikeluarkan atau diturunkan dari tempat mengambil bagasi yang berpusing. Jemaah tinggal mencari sahaja bagasi mereka. Tambah kecoh jika bagasi jemaah telah diambil oleh jemaah lain tanpa tuan punya sedar atau memang hilang.

Malah petugas syarikat tidak dibenarkan masuk ke Terminal Haji ini untuk menyambut jemaah. Jika nak masuk juga, harus buat baik dengan petugas Muasasah dan masuk ke Terminal Haji dengan menumpang kenderaan mereka. Bayangkan jika tiada Petugas syarikat menyambut kita semasa kita keluar selepas selesai urusan “check in” dan mengambil bagasi. Yang sambut kita ialah petugas Muasasah Arab yang memang kita tidak kenal. Haru biru dibuatnya sebab kita tidak boleh berkomunikasi dengan mereka. Macam ayam dan itik berkata-kata. Sebarang masalah jika timbul, susah kita dibuatnya.

Kerana itu, ramai jemaah yang suka flight “landing” terus di Madinah. Selain dapat mengelakkan perjalanan panjang 6-7 jam menaiki bas dari Jeddah ke Madinah, proses “check in” imigresen juga tidaklah terlalu lama berbanding di Terminal Haji Jeddah. Selalunya bila kita turun dari flight, hanya penumpang flight kita sahaja yang melalui proses “check in” tanpa ada jemaah dari flight yang lain. Dari airport Madinah ke Hotel penginapan juga tidak lama, sekitar 30 minit sahaja.

Selalunya flight yang sebegini samada dari Saudi Airlines atau flight dari negara Teluk seperti Emirates transit Dubai ke Madinah, Qatar transit Doha ke Madinah. MAS juga ada tetapi jenis “charter flight”. Kerana itu, Pakej Umrah Idaman DZ Travel mengambil flight Emirates transit sebentar di Dubai dan terus ke Madinah. Biasanya flight terbang dari KLIA jam 7.30 malam dan sampai di Dubai jam 10.20 malam. Jemaah boleh Solat Jamak Maghrib dan Isya’ di airport Dubai. Boleh juga jemaah menjamu mata melihat keindahan airport Dubai dan merehatkan badan dan minda kerana duduk lama dalam flight. Transit tidak sampai 3 jam di Dubai. Tukar flight dan terbang semula jam 1.15 pagi dan sampai Madinah jam 3 pagi. Jika bernasib baik, jemaah boleh sempat Solat Subuh di Masjid Nabawi.

Kenapa tidak Saudi Airlines ? Ok juga, tetapi selalunya flight Saudi akan transit sebentar samada di Riyad atau di Dammam dan destinasi ini tidak dinyatakan dalam jadual flight yang kita ambil. Jemaah tidak dibenarkan keluar dari kabin flight. Lagi leceh, kadang-kadang aircond dalam kabin di ‘off kan. Tanggung la panas sekejap dalam 1 atau 2 jam. Pada waktu ini, mereka tukar shift petugas (paramugari) dan memasukkan set makanan yang baru, selain dari menurunkan penumpang dan mengambil penumpang yang baru, sebelum terbang semula ke Madinah.

bersambung…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: