Siri Umrah Idaman 2 – Hotel Penginapan di Makkah

24 Feb

Assalamualaikum wbt dan bertemu kembali.

Pakej Umrah Idaman  di setting bagi memenuhi kehendak jemaah yang mahukan hotel penginapan di Makkah hampir dengan Masjidil Haram. Madinah dari segi penempatan jemaah tak jadi masalah, kerana ada pilihan untuk memilih hotel yang hampir dengan Masjid Nabawi. Tetapi di Makkah, hotel berstandard ekonomi hampir tidak ada yang lokasinya hampir dengan Masjidil Haram. Yang adapun jaraknya 120 meter ke atas dari Masjidil Haram. Lagi jauh hotel penginapan, lagi murah harga sewa biliknya. Itu sudah pasti.

Gambaran Makkah oleh Google menunjukkan hotel yang bertaraf bintang sahaja yang berdekatan dengan Masjidil Haram

Namun kehendak jemaah mahukan yang dekat. Hotel yang dekat dengan Masjidil Haram semuanya bertaraf bintang. Bermula dari Hotel Makkah Hilton yang dianggap lama sedikit, Safwah Tower (di dalamnya ada Restoran Melayu D’saji Felda), hotel-hotel di dalam ZamZam Tower dan Dar Tawhid menjadi pilihan jemaah yang inginkan keselesaan. Ramai juga yang beranggapan hotel-hotel sedemikian harganya terlalu mahal dan rasa sayang wang yang ada digunakan untuk mengambil pakej umrah yang sedemikian.

Zamzam Tower di dalamnya terdapat beberapa hotel bertaraf bintang dan juga outlet yang menjual pelbagai barangan

Pakej Umrah Idaman DZ Travel menawarkan hotel penginapan pilihan iaitu Retaj al-bayt, terletak paling hadapan dalam bangunan ZamZam Tower. Hotel ini digemari kerana biliknya berkongsi duplex, iaitu ada 2 tingkat dalam satu bilik. Bilik airnya juga ada 2 di atas dan di bawah. Tingkat bawah seperti ruang tamu yang dimuatkan sofa, meja makan untuk 4 orang, set cawan dan cerek eletrik (memudahkan jemaah untuk masak air tanpa perlu mengambilnya di Bilik Makan), set tv yang siaran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi 24 jam sehari tanpa henti selain dari banyak saluran yang lain. Manakala di tingkat atas diletakkan katil tidur. Tiada masalah bagi jemaah menerima tamu di bilik di tingkat bawah, sedang ahli bilik yang lain boleh tidur selesa di tingkat Atas.

Biliknya yang luas amat sesuai bagi jemaah berkeluarga ramai

Bagaimana dengan harganya ? Mudah kira, pakej Umrah Idaman ini lebih RM1000 dari pakej Umrah ekonomi yang ditawarkan di pasaran. Apalah nilai tambahan RM1000, berbanding dengan kenikmatan jemaah beribadah di Haram yang ganjarannya beratus-ratus ribu kali ganda. Di awal musim Umrah, harga pakej sekitar RM 6880 seorang untuk bilik berempat. Jika ingin sebilik berdua, tambahan RM1000 lagi seorang. Manakala sebilik bertiga tambahan RM500 seorang dari harga pakej.

Ramai juga yang kata apa perlu hotel mewah dan dekat. Kita kan nak selalu iktikaf di masjid dan hotel hanyalah tempat lelapkan mata sahaja. Itu kata kita sebelum ke tanah suci. Tetapi apabila sudah berada di sana, apabila kudrat sudah tidak mampu untuk kerap berulang-alik ke masjid, barulah menyesal dan menyalahkan diri sendiri kerana tidak mahu berbelanja lebih sedikit bagi mendapat hotel yang hampir dengan masjid. Masa tu penyesalan sudah tidak membawa apa-apa makna lagi.

Hotel ini juga membenarkan catering luar dibawa masuk. Dalam kata lain, jemaah tidak perlu risau soal makan. Penganjur dibenarkan menyewa satu bilik suite untuk dijadikan bilik makan jemaah. Yang bestnya, jemaah dapat menikmati suasana makan yang selesa tanpa bercampur dengan jemaah dari syarikat lain. Dan menu makanan adalah mengikut citarasa kita ala Malaysia dan dimasak oleh Catering Patani.

Bagi mendapatkan hotel pilihan ini, pihak penganjur harus booking awal bilik-bilik yang berkenaan. Lambat booking, dibimbangi bilik-bilik semua sudah penuh ditempah. Almaklum hotel ini menjadi pilihan orang Arab selain dari orang Brunei dan lain-lain kerana lokasinya dekat dan kemudahan pasarananya yang menarik. Jika sudah berkenan di hati dan sudah rancang bila nak ke sana, bersegera buat tempahan awal bagi memudahkan penganjur menguruskan urusan pemergian ke tanah suci dan juga tempahan hotel yang berkenaan.

Jumpa lagi. Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: