Catatan Umrah – Hari Pertama di Madinah

8 Mar

Hari pertama sampai di Madinah, alhamdulillah jemaah sempat untuk solat Subuh di Masjid Nabawi. Saya jangkakan jemaah akan solat subuh di airport Madinah kerana urusan “check in” imigresen yang lama. al-maklum flight landing Madinah jam 3.30 pagi, sedangkan waktu subuh jam 5.30 pagi.

Selepas solat Subuh dan bersarapan pagi, jemaah terus dibawa ke Program Jalan-jalan Tambah Iman, iaitu jemaah dibawa berjalan kaki melawat kawasan-kawasan bersejarah di kawasan persekitaran Masjid Nabawi. Kebiasaannya banyak travel memulakan program pertama di Madinah dengan melakukan Ziarah Dalam iaitu memasuki kawasan Raudhah dalam Masjid Nabawi. Pada hemat saya, jemaah boleh melakukan Ziarah Dalam pada bila-bila masa kerana setiap waktu jemaah memasuki Masjid Nabawi.

Istimewanya program baru ini, jemaah akan mendapat satu ilmu baru yang bermanfaat yang mungkin sukar diperolehi. Pertamanya jemaah ditunjukkan lokasi penting tercatat dalam sejarah Islam iaitu melawat kawasan Bani Saadah iaitu tempat berlakunya baiah perlantikan Saiyidina Abu Bakar menjadi Khalifah Islam yang pertama sebaik berlakunya peristiwa kewafatan Rasulullah. Mutawwif ialah pelajar Universiti Islam Madinah.

Jemaah diterangkan peristiwa kewafatan Rasulullah sehingga golongan Ansar cuba bertindak melantik ketua mereka untuk menjadi khalifah. Hal ini diketahui oleh Saiyidina Abu Bakar dan Omar yang bergegas berjumpa dengan mereka. Hampir juga berlaku perbalahan antara mereka. Dipendekkan cerita isyarat kuat mengapa Abu Bakarlah orang yang layak memikul tanggungjawab menjadi khalifah ialah ketika Nabi sakit kuat dan tidak mampu menjadi imam solat berjemaah, Rasulullah menyuruh Abu Bakar menggantikan tempatnya menjadi imam. Malah Abu Bakar ialah orang yang mula-mula menerima Islam dan sama-sama berhijrah bersama Nabi ke Madinah.

Seterusnya jemaah dibawa melawat Masjid Ghamamah, Masjid Ali serta diceritakan hal yang sebenarnya mengenai cerita mengarut tentang jasad orang Yahudi yang dipanah petir dan melekat di atas Kubah Hijau Masjid Nabawi ketika kononnya ingin mencuri jasad Nabi. Kabarnya cerita mengarut ini pernah tersiar dalam majalah popular tanah air. Jawapan mudah, cerita ini tidak masuk akal. Mana mungkin orang cuba mencuri jasad Nabi melalui jalan atas. Banyak riwayat menceritakan gerakan Yahudi yang cuba mencuri jasad Nabi melalui jalan bawah iaitu dibuat terowong bawah tanah di kawasan Baqi. Jika ada jasad orang Yahudi di atas kubah hijau, pasti kerajaan Saudi tidak membenarkannya kerana jasad Nabi terletak di bawah. Zaman yang serba canggih ini tak kan tidak boleh ditanggalkan jasad Yahudi yang telah menjadi patung itu. Saya sendiri hairan bagaimana cerita mengarut ini boleh timbul.

Selesai program, jemaah terus balik hotel sementara menunggu waktu solat Zuhur. Dan yang penting jemaah dapat rehat yang cukup selepas menempuh perjalanan yang panjang dari tanah air ke Madinah. Esuk pagi pula program Ziarah Luar Madinah, iaitu melawat kawasan-kawasan bersejarah seperti Masjid Quba, syuhada Uhud dan lainnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: