Catatan Umrah – sesaknya hotel Madinah

8 Mar

Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah, jemaah pertama DZ Travel telah pun berlepas ke tanah suci pada 3hb Mac yang lalu yang terbahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan 1seramai 42 orang menaiki pesawat MAS terus ke Jeddah dan Kumpulan 2 menaiki pesawat Emirates terus ke Madinah transit Dubai 3 jam seramai 51 orang jemaah. Masing-masing akan bercantum semula di Madinah dan tinggal di hotel yang sama iaitu Mubarak Madinah.

Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar. Urusan imigresen tidak mengambil masa yang lama seperti kebiasaan. Saya agak terkejut juga kerana kedatangan kali ini, pihak imigresen baik di Jeddah dan Madinah tidak mengambil kesepuluh cop jari dan juga gambar muka jemaah. Biasanya urusan sebegini yang mengambil masa yang lama dan memenatkan kerana jemaah terpaksa berdiri beratur menunggu giliran untuk “check in”.

Sampai di Madinah, saya dapati jemaah amat ramai sekali seperti musim Ramadhan ataupun haji. Hotel sentiasa penuh dengan jemaah Umrah. Setiap hari ada sahaja kumpulan jemaah yang “check out” hotel dan jemaah baru yang “check in” hotel. Pada waktu puncak iaitu ketika tiba waktu hampir masuk waktu solat atau waktu makan, suasana di depan lif hotel begitu padat dengan jemaah. Sehingga ada ketika jemaah sanggup bergaduh berebut untuk menaiki lif. Memalukan. Belum pernah dalam sejarah saya menaiki tangga hingga ke tingkat 11 untuk naik ke bilik lantaran keadaan lif yang terlalu sibuk. Memburukkan keadaan 2 lif di hotel ini “under maintenance”, hanya 3 lif sahaja yang boleh digunakan.

Ada juga kabar saya dengar penganjur Umrah di Malaysia yang tidak dapat memasuki Madinah kerana gagal mendapatkan hotel. Maka jemaah berkenaan dibawa memasuki Makkah dahulu dari Jeddah. Sampai hari akhir masih gagal mendapatkan hotel di Madinah, kabarnya hanya dapat 1 malam sahaja di Madinah dan kemudian terus dibawa ke Jeddah untuk kembali ke tanah air.

Malah semasa saya sampai di Madinah, sahabat yang menyambut saya di airport memberitahu ada travel yang menaiki flight Qatar delay 2 hari di Doha dan dapat 1 hari sahaja menginap di Madinah, kemudian terus dibawa ke Makkah. Kesiannya. Nak tambah hari di Madinah, hotel semua penuh. Jika ada pun, bilangan hari di Makkah pula sudah berkurangan. Itulah ujian Umrah sebenarnya. Nak salahkan travel berkenaan rasanya tidak adil kerana masalah yang berlaku di luar bidang kuasa travel berkenaan. Syukur jemaah saya tidak menghadapi masalah seperti di atas.

Suasana dalam Masjid Nabawi begitu padat dengan jemaah. Sehingga di bahagian paling belakang Masjid Nabawi juga sudah begitu padat. Nak ziarah Makam Nabi pun terpaksa bersesak-sesak. Nak duduk lama dalam Raudhah, rasanya tengah malam ketika jemaah lain sedang lena mungkin baru selesa agaknya.

Begitu keadaannya ketika musim Umrah baru bermula. Cuaca ? Jangkaan saya meleset sekali. Saya sangkakan suhu sejuk sudah berkurangan kerana sudah masuk bulan Mac. Ketika turun tangga dari pesawat di airport Madinah, rasa menyesal kerana tidak memakai blazer atau baju sejuk. Kabarnya suhu di bawah 15%c ..dingin pak, bak kata jemaah Indonesia. Ketika ke Masjid Nabawi pada waktu Subuh amat sejuk sekali. Saya kena sorokkan kedua tangan saya dalam saku baju. Tapi saya jangkakan suhu sejuk ini semakin hari semakin berkurangan di Madinah. Hari ke 3 di Madinah, suhunya tidak lagi sedingin ketika hari pertama saya sampai di Madinah. Dan saya agak bulan April nanti, suhu di Madinah sudah berubah dari sejuk kepada panas yang biasa.

Tapi itulah manusia. Sejuk tak tahan. Panas pun tak tahan juga. Saya berdoa semoga Allah beri saya kekuatan dan kesihatan yang baik semasa berada di tanah suci ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: