Umrah Idaman – Perancangan Allah Yang Terbaik

19 Mar

Assalamualaikum wbt.

Kepulangan dari menunaikan Umrah pada kali ini benar-benar memberikan kepuasan di hati saya. Pakej Umrah Idaman yang saya setting pada awalnya benar-benar lari dari perancangan awal. Sesungguhnya kita merancang, Allah juga merancang. Dan perancangan Allah adalah yang terbaik.

Perancangan awal jemaah bakal ditempatkan di Hotel Retaj al-bayt yang lokasinya paling hampir dengan Masjidil Haram. Pasarananya yang menarik seperti bilik 2 tingkat yang luas, mempunyai 2 bilik air (tingkat atas dan bawah). Azan Masjidil Haram yang boleh didengar secara langsung dari speaker di dalam bilik, kemudahan cerek letrik, set meja makan dan sofa ruang tamu benar-benar membuatkan jemaah merasa tinggal di dalam sebuah rumah dan bukan bilik hotel. Dan yang paling syoknya, catering luar dibenarkan masuk membuatkan jemaah dapat menikmati citarasa masakan ala Malaysia.

Rupa-rupanya Hotel Retaj tidak mudah untuk diperolehi. Ia telah terlebih dahulu disambar oleh agen-agen hotel dari Negara-negara Arab dan Indonesia. Sehingga 2 minggu lagi jemaah akan berangkat ianya masih gagal diperolehi. Satu “solution” yang terbaik harus dilakukan bagi memastikan jemaah dapat menikmati kualiti perkhidmatan yang diidamkan. Keputusan yang dibuat harus memberi fokus kepada cara mana jemaah dapat menjalani ibadah Umrah dengan selesa dan bukan keuntungan semata.

Hasilnya Hotel Movenpick dipilih menggantikan Retaj. Hotel Movenpick ialah salah satu hotel-hotel bertaraf bintang yang terdapat di dalam bangunan ZamZam Tower selain dari Hotel Rayhan by Rotana, Raffles dan Zamzam Tower. Dan di dalam Hotel Zamzam Tower itu sendiri mempunyai bebarapa kategori hotel mengikut perbezaan standard dan saiz bilik. Tetapi harga bilik di Hotel Movenpick lebih tinggi dan yang lecehnya ia tidak membenarkan catering luar dibawa masuk. Manakala  kos makan di Hotel Movenpick mencecah sehingga SR200 sehari untuk seorang jemaah. Dan yang diyakini pasti jemaah tidak dapat menerima sajian makanan ala Arab yang berbeza dari kebiasaan selera orang Malaysia.

Alternatifnya jemaah diberi kebebasan makan 3 kali sehari di Restoran d’Saji milik anak syarikat Felda di bangunan sebelah iaitu Safwah Tower. Jemaah makan dan DZ Travel yang bayar. Memang kita akui kos makan untuk setiap jemaah pasti meningkat, tetapi itu jalan terbaik bagi memenuhi selera jemaah. Walaupun kiraan awal margin keuntungan pasti semakin mengecil  tetapi yang penting jemaah mesti diutamakan.

Ada juga jemaah bertanya. “tak rugi ke?”, saya jawab DZ Travel meniaga untuk jangka masa panjang, bukan cuba mengaut keuntungan jangka masa pendek. Jenama harus dibina dan dikenali terlebih dahulu. Kita mesti bina nama dan reputasi yang baik dari awal supaya kita boleh kekal lama dalam industri Umrah. Buat masa ini DZ Travel belum lagi dikenali dalam industri umrah.

Bergambar kenangan di Hotel Movenpick

Sampai di kota suci Makkah, jemaah ditempatkan di Hotel Movenpick dan bukan Retaj al-bayt. Taklimat awal mengenainya telahpun saya sampaikan ketika di Madinah lagi bagi memastikan jemaah dapat memahami dan menerima hakikat. Alhamdulillah, jemaah benar-benar gembira. Urusan “check in” Hotel Movenpick dan penghantaran bagasi jemaah ke bilik-bilik berjalan dengan lancar. Tidak ada seorang jemaah pun yang kehilangan bagasi. Malah jemaah yang datang berkeluarga dapat lokasi bilik yang bersebelahan atau berhampiran sesama mereka dan pada tingkat yang sama.

Jemaah sabar menunggu kunci/kad bilik semasa baru tiba di Hotel Movenpick

Hotel Movenpick di tingkat P11 mempunyai 10 buah lif yang setiap lif boleh diisi 50 orang jemaah. Bilik-biliknya terletak di Tingkat 14 hingga Tingkat 36 dan setiap tingkat mempunyai 44 buah bilik. Bilik-biliknya cantik dan luas, sangat sesuai untuk keselesaan jemaah. Dilengkapi dengan kemudahan ‘iron’ untuk menggosok pakaian, cerek letrik untuk jemaah membuat teh atau kopi di bilik, kemudahan speaker yang membolehkan azan Masjidil Haram didengari di dalam bilik benar-benar memberi keselesaan kepada jemaah. Untuk turun ke Masjid, jemaah tidak perlu tunggu lama. Lif banyak dan cukup laju.

Alhamdulillah jemaah dapat ke Masjidil Haram dengan tenang dan santai. Jarak hotel yang dekat memudahkan jemaah berulang-alik ke Masjid untuk melaksanakan solat 5 waktu. Ramai juga jemaah yang melakukan Tawaf Sunat dan Umrah berulangkali. Jemaah yang pernah ke tanah suci sebelum ini mengakui trip Umrah kali ini berbeza dari sebelumnya.

Kedengaran jemaah menceritakan rungutan jemaah-jemaah lain yang mengeluh hotel penginapan mereka jauh dari Masjid. Malah ada jemaah yang dari Zohor hingga ke Isyak tidak pulang ke hotel penginapan mereka kerana tidak larat untuk berulang-alik ke masjid. Golongan jemaah ini ramai yang makan di Restoran d’Saji bertemu dengan jemaah DZ Travel yang makan di sana menyebabkan cerita jemaah yang tidak berpuas hati dengan pakej Umrah mereka sampai ke pengetahuan mereka. Ramai juga jemaah syarikat lain yang mengambil maklumat mengenai DZ Travel dari jemaah-jemaah DZ Travel sendiri. Syukur Alhamdulillah, ini satu perkembangan yang baik bagi kami. Moga-moga akan bertambah meluas maklumat mengenai Pakej Umrah Idaman ini dan semakin ramai jemaah menyertai kami pada masa-masa akan datang.

Cuma ada juga jemaah DZ yang melahirkan rasa kesal kerana berlaku pembaziran makanan di Restoran d’Saji. Makanan yang di’order kuantitinya banyak sangat, ikut pakej perut orang Arab barangkali. Minta separuh tidak diberi dan harga tidak boleh diskaun jika diberi separuh. Maka jemaah makan tak larat nak habiskan. Jemaah beritahu dengan saya, “takut makanan yang tidak habis ini mengeji kita”. Tetapi secara keseluruhan makanan di Restoran d’Saji memang memenuhi selera jemaah, cuma kuantiti yang diberi terlalu banyak.

Menunggu bas untuk Program Ziarah

Program di Makkah juga berjalan dengan lancar. Daripada program ziarah Manasek, ziarah tambahan melawat Muzium Haramain (yang sukar diperolehi permitnya) dan diakhiri dengan Kenduri Kesyukuran yang diadakan di lokasi masyarakat Arab mengadakan majlis keramaian di kawasan berhampiran Jabal Nur, segalanya diberi kemudahan oleh Allah. Seorang jemaah telah turut serta membuat aqiqah untuk cucunya pada majlis Kenduri ini.

Majlis Kenduri Kesyukuran DZ Travel dengan menu Nasi Mandy

Malah urusan “check in” bagasi di terminal airport juga dipermudahkan oleh Allah. Kumpulan DZ Travel yang mula-mula sampai di Kaunter untuk “check in”. Kebimbangan awal jemaah dikenakan caj kerana lebihan bagasi juga tidak berlaku. Timbangan secara berkumpulan dapat menyelamatkan jemaah yang bagasinya lebih dari had. Boarding Pas jemaah juga teratur. Masing-masing dapat duduk bersebelahan dan berdekatan dengan ahli keluarga masing-masing.

Kegembiraan dan kepuasan jelas terserlah di wajah jemaah Umrah DZ Travel apabila telah sampai di airport KLIA dan mengambil bagasi masing-masing. Ada jemaah yang berazam untuk pergi sekali lagi tahun hadapan bersama DZ Travel dan akan kumpul wang dari sekarang. Dan ada juga yang akan menceritakan pengalaman Umrah mereka bersama DZ Travel kepada rakan-rakan dan saudara mara mereka. Dan ada juga yang berhasrat menjadi Agen Umrah DZ Travel selepas ini.

Walaupun ada seorang jemaah yang tidak dapat bagasi mereka di airport KLIA, maklumat ini lebih dahulu diketahui oleh DZ Travel sebelum jemaah ini sampai mendarat di KLIA. Petugas airport Dubai memaklumkan kepada DZ Travel, bagasi seorang jemaah DZ Travel telah tertinggal di airport Dubai. Tag bag DZ Travel yang berwarna oren tertera nama DZ Travel dan no telefon untuk dihubungi dipasang kemas di bagasi jemaah, memudahkan Petugas Airport Dubai memaklumkan kepada kami. InsyaAllah bagasi tersebut akan dihantar melalui penerbangan Emirates seterusnya dan apabila sampai di KLIA, petugas MAB KLIA pasti akan memaklumkan kepada jemaah berkenaan dan menghantar bagasi jemaah terus ke alamat jemaah berkenaan.

Berulang kali saya ucapkan rasa syukur kerana segala urusan pergi dan balik dipermudahkan oleh Allah. Benarlah sesungguhnya perancangan Allah itu lah yang terbaik.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: