Sambutan Kepulangan Jemaah dari tanah suci

29 Mar

Assalamualaikum wbt.

Lama juga tidak menulis dan mungkin tiada idea yang nak diutarakan. Tambahan lagi setiap hari ke airport KLIA menyambut kepulangan jemaah dari tanah suci. Saat menghantar jemaah terbang adalah saat yang paling menyeronokkan dan mengharukan. Seronok kerana kita berjaya merealisasikan impian jemaah untuk menjadi Tetamu Allah. Mengharukan apabila bersalaman dengan jemaah dan melambai tangan melepaskan jemaah pergi. Kita cuma menghantar dan tidak ikut pergi. Saat itu seperti nak ikut serta jemaah. Rasa rindu dan bayangan Kaabah bermain di ruang minda. 

Berlainan pula perasaan saat menyambut kepulangan jemaah. Perasaan suspens pun ada. Mana lah tahu ada jemaah yang memarahi kita kerana tidak berpuas hati dengan apa yang ia perolehi di tanah suci. Tetapi sebagai Pengendali Pakej Umrah, saya harus gentlement. Tak kan yang baik-baik sahaja yang kita kena terima. Tiada manusia yang sempurna. Jika ada kekurangan di mana-mana, saya lapangkan hati untuk mendengar dan menerima dengan hati yang terbuka. 

Saya sambut dan bersalaman dengan jemaah yang telah keluar dari Balai Ketibaan di Aras 3 KLIA, yang mana yang sempat jumpa, saya salam dengan jemaah DZ Travel. Kerana jemaah keluar melalui dua arah kanan dan kiri. Jadi bukan semua jemaah DZ yang sempat saya salam dan bertanya kabar. Tetapi syukur alhamdulillah, jemaah yang saya temui rata-rata tersenyum dan ada yang mengucapkan terima kasih atas apa yang ia perolehi di tanah suci.

InsyaAllah lain masa saya akan tulis mengenai kecenderungan saya untuk mempromosi Pakej Umrah Idaman selepas ini. Saya perlu gerak ke airport sekarang untuk sambut kepulangan jemaah Imam Besar Ustaz Hj Ahmad Mustafa. Jumpa lagi..Wassalam.

3 Responses to “Sambutan Kepulangan Jemaah dari tanah suci”

  1. Hasifah April 5, 2012 at 2:33 pm #

    Salam,
    Ada tak rombongan umrah Idaman untuk bulan 7 2012?

    • iqbalsafwan April 20, 2012 at 2:34 am #

      insyaAllah boleh dibuat. Nak pergi berapa orang..boleh berikan tarikh sebab jika sudah masuk ramadhan harga sudah mahal

    • iqbalsafwan May 3, 2012 at 4:08 am #

      salam. bulan 7 nak pergi awal ramadhan atau menjelang ramadhan akhir syaaban dan ramadhan 3-4 hari ? email saya jika berminat hjiqbal.safwan@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: