Promosi Umrah Cuti Sekolah

7 Apr

Assalamualaikum wbt.

InsyaAllah saya akan ke tanah suci hari ini Sabtu 7hb April 2012 membawa rombongan Jemaah Umrah yang memilih Pakej Umrah Idaman. Dan untuk musim cuti sekolah Mei-Jun 2012, kumpulan pertama seramai 49 jemaah juga memilih Pakej Umrah Idaman ini. Semalam ada bakal jemaah yang ingin turut serta. Nampak gayanya saya kena “setting” satu lagi tarikh baru bagi memenuhi impian jemaah yang berkenaan.

Cadangan saya Kumpulan Kedua ini akan berlepas pada 29hb Mei 2012 dan kembali ke tanah air pada 9hb Jun 2012, tempoh 12 hari dan 10 malam. Flight samada MAS atau Saudi, sektor KLIA/Madinah – Jeddah/KLIA atau KLIA/Jeddah – Madinah/KLIA. Setakat ini belum ada permintaan dari jemaah untuk Pakej Ekonomi tetapi untuk Pakej Umrah Idaman sudah ada. Harga dicadangkan tidak kurang dari RM 7580 seorang untuk Pakej Umrah Idaman. Harga ini masih murah mengikut standard pakej yang ditawarkan kerana saya tahu ada agensi travel yang menawarkan harga lebih RM8000 malah ada yang RM9000 untuk standard pakej seperti Umrah Idaman ini. Tetapi, jika memilih Pakej Umrah Ekonomi harga ditawarkan ialah RM6580 seorang untuk bilik berempat.

Cuma untuk makluman, bulan Mei dan Jun di Makkah, cuaca begitu panas sekali. Ikut pengalaman saya suhu di antara 40-45 darjah Celcius. Jika pada waktu malam suhu kurang sedikit. Tetapi jika kita berjalan terasa bahang angin menampar pipi seperti kita sedang melalui kawasan unggun api. Memang panas. Untuk berjalan pada waktu tengahari, jemaah wajib memakai “sun glasses” yang original. Rayban, misalnya. Jika tidak, kita berjalan nak buka mata pun susah, kerana terik panas mataharinya begitu menyilaukan. Tambahan pula jika kita berjalan di dataran Masjid yang berlantaikan marble. Balikan panahan matahari boleh menyakitkan mata.

Tetapi itulah ujian namanya. Cuma sebagai bakal jemaah, jika inginkan keselesaan boleh memilih Pakej Umrah Idaman. Hotel penginapannya dekat dengan Masjidil Haram. Keluar dari masjid, berjalan tidak lama sudah masuk bangunan “aircond”. Jika hotel ekonomi yang jaraknya anggaran 300 meter dari masjid, kena tahan la sikit cuaca panas. Mudah-mudahan Allah beri kita kekuatan untuk mengharungi semua itu. Apa pun, pilihan di tangan anda.

Tawaran dibuka kepada siapa cepat dia dapat. Cukup jemaah untuk satu bas (maksima 50 orang), saya akan tutup pendaftaran. Seeloknya segera hantar nama ke DZ Travel kerana untuk booking tiket lebih mudah jika sudah ada nama.

Jika berminat, boleh hubungi pejabat DZ Travel di Klang 03-33413617 atau hantar email ke dztravel.tours@gmail.com atau hubungi isteri saya Hjh Norhayati 019-3418822 kerana saya ke tanah suci sehingga 19 April ini. Email kepada saya pun boleh iaitu hjiqbal.safwan@gmail.com . Jumpa lagi. Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: