Industri Umrah – Ladang Pahala

12 Apr

Assalamualaikum wbt.

Tidak pernah terbayang dalam kotak fikiran saya akan menceburi bidang Umrah. Dahulu saya bercita-cita untuk menjadi seorang Akauntan. Sehinggalah saya berjaya mendapat segulung ijazah dalam bidang Perakaunan di UPM. Tetapi apabila sudah bekerja sebagai Eksekutif Akaun, rupa-rupanya saya mudah bosan. Apabila direnung kembali, saya menceburi bidang Perakaunan kerana minat dengan subjek akaun dan matematik masa di sekolah dahulu.

Pertama kali menunaikan Umrah pada tahun 1993 telah mengubah landskap hidup saya. Masa tu bujang lagi. Ayah saya Ustaz Safwan Fathy telah memberi nasihat kepada saya supaya berdoa di tanah suci dengan bersungguh-sungguh kerana di sini adalah tempat makbul doa. Dan segala permohonan pasti Allah akan perkenankan. Dan saya telah berdoa semasa selesai melakukan Tawaf Wida’ dengan lafaz ” Ya Allah ya Tuhanku, jangan Kau jadikan kunjunganku pada kali ini merupakan kunjungan yang akhir bagiku. Kau jemputlah diriku untuk datang lagi ke tanah sucimu ini setiap tahun untuk mengerjakan Umrah.”

Saya berhenti kerja sebagai Eksekutif Akaun. Saya melibatkan diri dalam perniagaan yang berasaskan keagamaan. Saya pernah membuka Kelas Mengaji Al-Quran untuk golongan dewasa. Saya juga pernah menjadi Penerbit dan Pengedar Buku-buku Agama. Dan dalam masa yang sama saya anjurkan sendiri Pakej Umrah. Ramai juga yang join saya menunaikan Umrah. Kali kedua menunaikan Umrah, saya bawa bersama isteri saya dan anak pertama saya Fatin Kamili yang ketika itu berumur 1 tahun 4 bulan. Tidak ada masalah. Ramai orang kita yang menganggap bawa anak kecil akan bawa masalah. Saya jawab segalanya terpulang pada kita. Sebenarnya ramai orang Arab yang bawa bersama anak-anak mereka yang masih kecil ke tanah suci.

Ramai yang bertanya macam mana saya boleh bertukar profesion. Saya jawab mudah saja, segalanya atas ketentuan Allah. Membawa dan menguruskan Tetamu Allah, merupakan satu kerja yang amat menyeronokkan.  Apabila melihat jemaah Umrah atau jemaah Haji datang ke tanah suci dengan hati yang gembira dan pulang dengan wajah ceria, saya seronok sekali. Dan selalunya hubungan silaturrahim akan berterusan sekembalinya ke tanah air.  Apabila jemaah Haji mendapat Haji Yang Mabrur, saya terasa sahamnya juga akan pasti akan datang kepada kita. Begitu juga jemaah Umrah. Apabila amalan mereka diterima di tanah suci, sahamnya juga akan datang kepada kita.

Yang penting ialah keikhlasan. Bukan wang ringgit yang menjadi keutamaan. Saya teringat pesan Dr Muhaya dalam radio IKIM, apabila kita lakukan sesuatu perkara segalanya kerana Allah, ianya dianggap ibadah. Dan ibadah yang kita lakukan dengan ikhlas dan mengharapkan redha Allah, pasti Allah akan memberikan ganjaran yang sebaik-baiknya kepada kita. Jangan mengharapkan balasan dari makhluk. Pasti kita akan kecewa. Dan yang tak baiknya apabila kita mula mengungkit-ungkit kebaikan yang kita lakukan kepada sifulan. Habis semua pahala amalan kita. Boleh jadi negatif pula.

Berkhidmat kepada Tetamu Allah benar-benar memberi kepuasan kepada saya. Pertama, kepuasan kerana berjaya merealisasikan impian jemaah menjadi Tetamu Allah. Kedua, apabila kita membantu memudahkan jemaah untuk beribadat di tanah suci, segala amal kebajikan yang dilakukan oleh sifulan, pasti pahalanya juga disalurkan kepada kita tanpa mengurangi pahala sipelaku. Kerana itu, saya menganggap berkhidmat dalam industri Umrah ini merupakan Ladang Pahala bagi saya. Peluang untuk mendapatkan ganjaran pahala terbuka luas. Satu kebajikan yang dilakukan, Allah akan beri 10 ganjaran pahala, tambahan pula jika dilakukan di tanah suci. Pasti berlipat kali ganda. Yang penting segala-galanya kerana Allah.

Dan kini impian saya ialah untuk membawa seramai mungkin jemaah Umrah dengan menyertai Pakej Umrah Idaman. Saya setting Pakej Umrah Idaman kerana saya yakin jemaah pasti gembira apabila mendapati hotel penginapan mereka begitu dekat dengan Masjidil Haram. Jemaah akan mudah dan selesa untuk kerap berulang-alik ke masjid melakukan ibadah. Dan apabila jemaah kerap melakukan ibadah dengan selesa, pasti Allah akan memberikan ganjaran pahala kepada kita kerana membantu jemaah berkenaan merealisasi impian mereka untuk memperbanyakkan amal semasa di tanah suci. Mudah-mudahan apa yang saya lakukan diredhai oleh Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: