Program Tambahan DZ Travel di Tanah Suci

17 Apr

Assalamualaikum wbt.

Program tambahan DZ Travel di setting bagi mencipta kelainan pakej Umrah kami berbanding dengan travel yang lain. Program tambahan ini bolehlah dikira sebagai nilai tambah atau “value added” dalam usaha kami memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah.

1. Ziarah Tambahan Muzium Haramain di Makkah

Bukan semua travel Umrah dari Malaysia yang mengadakan program ini. Dan jika adapun, penganjur hanya membawa jemaah ziarah ke Masjid Hudaibiyah untuk mengambil miqat Umrah yang sebelum itu jemaah dibawa singgah terlebih dahulu ke ladang Unta. Ini kerana lawatan ke Muzium Haramain memerlukan permit khas dan ianya sukar diperolehi. Ramai juga jemaah yang kecewa kerana tidak dapat melawat Muzium Haramain walaupun sebelum ini dijanjikan program berkenaan.

Ziarah tambahan ini dilakukan pada hari yang lain dari program Ziarah Manasek Haji. Dan waktu Ziarah Tambahan ini tidak semestinya pada waktu pagi seperti kebiasaannya kerana ianya bergantung kepada waktu bila kebenaran permit melawat Muzium Haramain diperolehi. Kadangkala program ini dimulai pada sebelah petang selepas waktu Zohor ataupun selepas waktu Asar. Dan untuk memasuki Muzium Haramain hanya dibenarkan 2 bas sahaja dalam satu masa zaiarah.

Kebiasaannya program Ziarah Tambahan ini dimulai dengan lawatan di ladang Unta dalam perjalanan jemaah menuju ke Masjid Hudaibiyah. Hudaibiyah ialah lokasi penting dalam sejarah Islam yang mencatatkan kemenangan Islam dengan Pembukaan Semula Kota Suci Makkah bertitik tolak dari berlakunya peristiwa Perjanjian Hudaibiyah di antara Nabi Muhammad s.a.w dengan kaum kafir Quraish di Makkah.

Memasuki Muzium Haramaian begitu mengujakan. Di dalamnya dipamerkan Khazanah 2 masjid iaitu Masjidil Haram dan Masjid Nabawi daripada zaman Khalifah yang 4 hingga zaman 1420an Hijrah berada di dalam Muzium ini. Saya selalu berpesan kepada jemaah supaya menjaga adab dan etika ketika menziarahi Muzium Haramain ini. Jemaah dilarang sama sekali dari menyentuh objek pameran, tetapi mengambil gambar dibenarkan. Sungguhpun begitu, saya berpesan kepada jemaah supaya mendengar terlebih dahulu penerangan yang disampaikan oleh saya atau Mutawwif mengenai bahan-bahan pameran dan jangan terlalu sibuk mengambil gambar kenang-kenangan di dalam Muzium. Rugi rasanya program sebaik ini tidak dimanfaatkan untuk penambahan ilmu.

2. Jamuan Nasi Mandy untuk jemaah

Program ini kebiasaannya dilaksanakan pada malam terakhir jemaah berada di kota suci Makkah. Nasi Mandy merupakan makanan popular masyarakat Arab iaitu Nasi Mandy dimasak di dalam tanah dengan di dalamnya diletakkan sekali daging kibasy. Rasa daging kibasy ini sedap dan lembut tidak seperti daging kambing yang kadangkala berbau.

Berbeza dengan masyarakat kita yang selalu rehlah atau berkelah di kawasan pantai dan pada waktu siang. Masyarakat Arab pula berrehlah pada waktu malam dan di kawasan terbuka seperti di kawasan padang pasir atau di kawasan tertentu. Untuk program kali ini, jemaah dibawa ke Kudai iaitu kawasan tempat masyarakat Arab mengambil air zamzam secara percuma. Dan untuk kali ini ada seorang jemaah yang turut serta menyumbang untuk jamuan ini iaitu dibuat aqiqah untuk cucunya. Mudah-mudahan Allah memberi ganjaran yang sebaiknya kepada jemaah yang bermurah hati menyumbang untuk jamuan ini. Sebelum jamuan diadakan dahulu bacaan doa dan sedikit tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Uwies Qorni. Saya turut mengambil peluang untuk memberikan taklimat keberangkatan pulang jemaah ke tanah air.

3. Lawatan ke Jeddah

Program ini tiada dalam aturcara program di tanah suci. Ianya dilakukan jika ada permintaan dari jemaah. Program ini bermula selepas solat Zuhur. Jemaah dibawa menaiki bas menuju ke Jeddah. Tempat yang dilawati ialah Makam Hawa dan singgah di Masjid Qisas untuk solat Asar secara berjemaah. Kabarnya di Masjid Qisas inilah dilaksanakan hukuman Qisas bagi pesalah jenayah berat iaitu dipotong tangan atau dipancung kepala. Tetapi selama saya melawat Masjid ini belum pernah sekalipun saya  melihat pelaksanaan hukuman Qisas ini.

Seterusnya jemaah dibawa ke Kompleks Membeli-belah Corniche dan kawasan Balad. Corniche ialah tempat membeli-belah yang popular di Jeddah. Banyak barangan berjenama dan berkualiti dijual dengan harga yang murah berbanding di Malaysia. Ini kerana di Arab Saudi tiada cukai yang dikenakan untuk barangan impot. Manakala di kawasan Balad ialah syurga bagi jemaah yang ingin membeli jubah yang cantik dengan harga murah. Untuk pengetahuan jubah-jubah “new arrival” dibawa dahulu ke Jeddah sebelum memasuki pasaran Makkah atau Madinah. Yang penting jemaah harus pandai tawar menawar. Jemaah akan solat Maghrib berjemaah di surau yang terletak di Tingkat 1 Kompleks Corniche.

Selepas itu jemaah akan dibawa melalui kawasan Persisiran Pantai Laut Merah sambil menikmati keindahan suasana waktu malam di Jeddah yang penuh dengan lampu-lampu yang berkerdipan. Jika bernasib baik jemaah boleh melihat air pancuran yang tertinggi di dunia. Kabarnya jika ada air pancuran ini bermakna raja Saudi ada di dalam negara. Lawatan diakhiri dengan solat berjemaah di Masjid Terapung Jeddah. Selepas solat, jemaah akan makan malam di kawasan pantai di Masjid Terapung sebelum menaiki bas untuk kembali semula ke Makkah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: