Cabaran 1 – Pakej Umrah Idaman

21 Apr

Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah kepulangan saya ke tanah air bersama jemaah yang mengambil Pakej Umrah Idaman setakat ini begitu menggembirakan hati saya dan jemaah. Ramai di kalangan jemaah yang bertekad untuk menunaikan Umrah bersama saya sekali lagi selepas ini.  Masing-masing menyatakan keazaman untuk datang lagi bersama anggota keluarga masing-masing. Malah ada yang menyatakan alangkah baiknya jika ahli rombongan mereka dapat dikekalkan dan ditambah lagi ahli keluarga yang belum menyertai mereka. Macam pergi “summercamp” pulak.

Jalinan ukhwah sesama jemaah begitu erat sekali. Saya merasakan faktor hotel penginapan yang begitu dekat dengan Masjidil Haram begitu menyumbang sekali. Sarapan pagi di dewan makan hotel begitu eksklusif. Jemaah boleh memilih menu sarapan pagi mengikut citarasa tanpa ada had. Santai sekali. Sarapan lah sepuasnya selagi daya. Tapi biasalah perut orang Malaysia mana nak disamakan dengan orang Arab. Malah masa yang dikhaskan untuk sarapan juga panjang dari jam 6 pagi hingga jam 10.30 pagi di Hotel Safwah Tower.

Begitu juga semasa makan tengahari dan malam di Restoran d’saji Felda. Jemaah DZ Travel boleh memilih menu pilihan mereka dan yang syoknya mereka berkongsi menu makanan masing-masing. Ini kerana menu seperti ayam masak kicap atau daging masak kurma contohnya diletakkan dalam satu bekas khas dan bukan di pinggan masing-masing. Makan bersama dan berkongsi menu atau lauk sebenarnya secara tidak langsung mengeratkan hubungan sesama jemaah.

Balik dari tanah suci, saya menerima banyak email dan sms yang bertanyakan Pakej Umrah Idaman untuk bulan Ramadhan. Saya menyatakan memang DZ Travel akan menganjurkan Pakej Umrah Ramadhan, tetapi saya belum setting lagi harga Umrah Ramadhan. Ini kerana saya belum lagi menerima harga hotel di Makkah untuk bulan Ramadhan. Saya bimbang jika dikeluarkan harga terlalu awal dengan mengambil sebutharga tahun lepas boleh menjerat saya. Saya tidak mahu apabila harga telah dikeluarkan, bila dapat sebutharga harga hotel untuk Ramadhan ianya lari dari kos sepatutnya. Jemaah sudah pasti akan marah dan tidak berpuas hati sekiranya saya meminta tambahan RM kerana kosnya telah meningkat dan melebihi dari harga yang ditawarkan.

Jemaah mungkin akan hilang kepercayaan kepada saya. Dulu kata lain, sekarang bila dah daftar lain pula jadinya. Ramai jemaah Umrah yang biasa terkena. Harga yang ditawarkan murah, tetapi apabila sudah mendaftar dan bayar deposit pihak penganjur akan meminta tambahan bayaran. Jika seorang sahaja, boleh jadi boleh diterima. Tetapi jika didarab dengan bilangan anggota keluarga yang lain, kos akan meningkat dengan begitu ketara dan menyusahkan jemaah. Bila nak tarik diri, deposit akan hangus. Mahu tak mahu terima sahaja walaupun hati bengkek semacam. Sebolehnya saya tidak mahu ianya berlaku kepada diri saya. Kerana itu saya perlu berhati-hati sebelum membuat keputusan mengenai harga pakej.

Tambahan pula harga hotel 5 bintang di Makkah akan meningkat dengan begitu drastik sekali apabila masuk bulan Ramadhan. Ini belum dikira kos hotel Madinah, kos tiket penerbangan, kos makan dan lain-lainnya. Saya bimbang jemaah boleh terperanjat apabila harga pakej Umrah Idaman untuk Ramadhan dikeluarkan nanti. Ini belum dikira harga akhir Ramadhan atau sebulan Ramadhan. Dah macam kos naik haji. Amat menakutkan.

Mungkin saya akan ambil pendekatan untuk bulan Ramadhan, saya akan anjurkan Pakej Umrah Ekonomi. Sungguhpun begitu saya akan pastikan hotel penginapan di Makkah tidak boleh melebihi 300 meter dari Masjidil Haram. Jauh dari itu saya tidak akan lakukan. Saya faham benar jemaah Umrah Malaysia seperti saya yang tidak lasak seperti jemaah dari negara Hindi atau negara Teluk Arab. Mereka biasa dan kuat berjalan kaki jauh dan jarang ada masalah kesihatan. Saya yang menginap di hotel 5 bintang pun boleh demam, selsema dan batuk. Tambah lagi jika menginap di hotel yang jauh dari masjid. Alamat pakat solat kat bilik aje la agaknya bila dah kena demam. Sayangnya bila itu terjadi kepada diri saya atau  jemaah. Kerana itu saya selalu menasihatkan jemaah supaya jangan paksa diri ke masjid jika merasa diri lain macam aje seperti mahu pening atau demam. Kita korbankan satu waktu solat berjemaah di masjid lebih baik dari terpaksa menerima hakikat tidak mampu solat ke masjid berhari-hari bila dah demam.

Ada juga jemaah yang menyatakan harga tak kisah. Mereka faham bahawa harga Pakej Umrah Idaman untuk Ramadhan memang mahal. Mereka redha dan terima dengan hati yang terbuka. Nikmat kerap beribadah di Masjidil Haram tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Untuk makluman, suhu Makkah saat saya meninggalkan Makkah baru-baru ini sudah memasuki musim panas. Suhu pada bulan Ramadhan ini boleh mencecah 45% Celcius atau lebih. Amat panas. Suhu yang sesuai untuk buah kurma masak.

Menginap di hotel yang jauh dari Masjidil Haram boleh memenatkan jemaah. Nak solat Maghrib di Haram kemudian kembali semula ke hotel untuk berbuka dan selepas itu ke Haram semula untuk solat Isyak dan solat Terawih benar-benar menguji ketahanan fizikal jemaah. Ini belum dikira untuk solat Zuhur dan Asar di Haram. Cuaca panas yang melampau begitu menuntut kekuatan iman dan kekuatan fizikal jemaah. Saya yang muda ini pun merasa tidak kuat untuk keluar ke masjid dalam suhu panas yang begitu terik.

Tetapi beribadah di tanah suci khususnya dalam bulan Ramadhan amat besar ganjaran pahalanya. Malah ada hadis yang menyatakan menunaikan Umrah dalam bulan Ramadhan, ganjaran pahalanya seperti menunaikan haji. Dan saya kenal ramai jemaah yang regular menunaikan Umrah khusus dalam bulan Ramadhan. Masuk sahaja bulan Ramadhan mereka ini akan menghubungi saya untuk pergi ke sana. Bulan lain mereka tidak teruja untuk pergi, kecuali Ramadhan. Saya tabik dengan golongan jemaah sebegini kerana mereka begitu bersemangat untuk menambah akaun pahala akhirat mereka. Sudahlah kaya dan mewah, warak pula tu. Alangkah beruntungnya mereka. Sebagai hamba Allah, di dunia mereka mencapai kejayaan, dan di Akhirat juga mereka berjaya.

Jumpa lagi untuk cabaran 2 Pakej Umrah Idaman..insyaAllah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: