Cabaran 2 – Pakej Umrah Idaman

25 Apr

Assalamualaikum wbt. Bertemu kembali.

Menganjurkan Pakej Umrah Idaman tidak semudah ABC. Perancangan yang dilakukan tidak semestinya menjadi mengikut kehendak kita. Ada kalanya ia memerlukan sedikit tuah dan yang pasti pertolongan dari Allah.

Pakej Umrah Idaman memberi fokus untuk menempatkan jemaah di hotel bertaraf 5 bintang dan paling penting mesti dekat dengan Masjidil Haram. Ada banyak hotel yang berhampiran dengan Haram dan kesemuanya menjadi pilihan jemaah. Apabila sesuatu benda menjadi rebutan, maka sudah pasti ramai yang cuba mendapatkannya walau dengan apa cara sekalipun.

Hotel-hotel bertaraf bintang yang sentiasa jadi rebutan

Retaj al-bayt contohnya. Tahun lepas saya berjaya menempatkan jemaah DZ Travel di hotel ini. Inilah hotel yang paling saya gemari kerana pasarana hotelnya yang begitu sesuai untuk jemaah ramai dan berkeluarga. Tetapi tahun ini, hotel ini telah disambar terlebih dahulu oleh agen-agen dari Indonesia. Kunjungan saya baru-baru ini saya lihat ramai jemaah Indonesia yang menginap di hotel ini. Saya cuba juga merisik jika masih ada peluang untuk saya menginap di hotel ini. Keputusannya harapan amat tipis sekali. Jika adapun, harga yang saya dapat sudah lari dari “costing” asal. Terlalu tinggi.

Saya berjaya mendapatkan Hotel Movenpick sebagai ganti Retaj pada Mac yang lalu. Hotel bertaraf bintang ini berjaya menambat hati jemaah. Bilik-biliknya luas. Ada kemudahan cerek letrik, seterika selain dari saluran tv live telecast Masjidil Haram. Almari pakaian juga banyak. Kemudahan lif yang luas, banyak dan laju memudahkan jemaah untuk bersegera ke Haram untuk solat berjemaah. Cuma masa nak makan sahaja, jemaah terpaksa berjalan kaki ke hotel sebelah iaitu Safwah Tower. Dulu dekat sangat tetapi bila laluan Pintu Hadapan Safwah Tower ditutup kerana ada kerja-kerja pembinaan, jemaah terpaksa memasukinya melalui Pintu sebelah tepi kanan. Itu yang agak leceh sikit.

Baru nak jatuh hati dengan Hotel Movenpick, hotel ini juga bukan sentiasa mudah diperolehi. Kunjungan saya pada 11hb April baru-baru ini, saya gagal untuk buat tempahan di hotel ini kerana tarikh kami “check in” telahpun “fully booked”. Maka terpaksa hotel alternatif dicari. Hotel yang sama taraf seperti Movenpick atau Retaj. Hasilnya kami berjaya mendapatkan Hotel Safwah Orchid al-jiwar dalam bangunan Safwah Tower. Ok juga hotel ini. Lif hotel ini ada 20 unit dan amat laju sekali. Saya congak jemaah menunggu tak sampai 1 minit untuk mendapatkan lif. Fantastic. Jemaah nak makan pun selesa kerana Restoran d’saji Felda terletak di bawah dalam bangunan yang sama. Malah ada bilik yang mengadap Haram. Secara berseloroh jemaah kata boleh solat terus dalam bilik ni kerana nampak jemaah solat berjemaah melalui tingkap bilik. Saya cuba mengusik jemaah untuk menukarkan biliknya, jemaah berkeras tidak mahu kerana sudah dapat gading bertuah. Saya gelak aje.

Kemasukan group selepas saya, Hotel ini juga gagal diperolehi kerana “fully booked” pada tarikh ‘Check in’. Sebagai ganti Hotel Dar Eiman dalam bangunan Safwah Tower berjaya diperolehi. Hotel ini juga bertaraf 5 bintang, sama seperti hotel-hotel yang terdahulu. Saya tak boleh komen mengenai hotel ini kerana belum pernah menginap di sini, tetapi saya rasa qualiti standardnya sama seperti hotel-hotel yang terdapat dalam Safwah Tower. Yang penting jemaah selesa untuk ke Haram kerana jaraknya yang dekat dan pasarana hotelnya yang menambat hati jemaah.

Kesimpulannya, hotel-hotel bertaraf bintang di Makkah memang sukar diperolehi. Kekadang timbul keinginan jika ada cukup dana, mahu saya pajak sahaja beberapa tingkat dalam bangunan hotel yang berkenaan. Ini bagi memastikan jemaah DZ Travel dapat hotel yang dihajati. Dan pada masa-masa yang lain bilik-bilik boleh dijual kepada jemaah yang lain. Pasti laris kerana terbukti hotel-hotel bertaraf bintang ini sentiasa menjadi rebutan. Apa pun mungkin suatu masa nanti impian itu akan menjadi kenyataan. Siapa tahu..jika Allah mengkehendaki pasti dibukakan jalan untuk saya memperolehinya..

Jumpa lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: