Dilema Pengendali Pakej Umrah

30 Apr

Assalamualaikum wbt.

Menjadi Pengendali Pakej Umrah tidak semudah yang disangka. Ianya menuntut kesabaran yang tinggi dan juga kebijaksanaan dalam menangani masalah. Saya selalu memberitahu antara sesuatu pakej umrah dengan pakej umrah yang lain, kelazimannya sama sahaja. Yang membezakannya ialah servis yang diberikan. Layanan penuh mesra petugas tanpa mengenal penat boleh menambat hati jemaah.

Jika ada masalah kena hadapi dan bukan melarikan diri. Ramai orang bila ada masalah, dia akan tutup handphone atau tidak mahu menjawab. Saya selalu beritahu jemaah, handphone saya tidak pernah ditutup (kecuali saya berada di tanah suci). Jika enggaged atau line off pun, call itu akan “divert” ke handphone isteri saya dan selepas itu pasti isteri saya akan maklumkan kepada saya, siapa yang call ! Orang call kita pasti ada hajat dan tidak manis jika kita tidak melayan hajat orang. Kerana itu jika ada miss call, pasti saya akan call panggilan tersebut. Yang penting jangan hampakan orang..atau membuat orang marahkan kita kerana tidak menjawab panggilan tersebut.

Dalam mengendalikan pakej Umrah kita akan kerap dilanda masalah. Almaklum nak bawa jemaah ke tanah suci pasti ada ujianNya. Selalunya masalah awal yang dihadapi ialah mendapatkan tiket flight yang dihajati. Jika kita booking tiket dahulu sebelum ada nama jemaah, kita berdepan dengan risiko tiada sambutan dari jemaah. Maka tempahan tiket kita itu boleh dikira batal dan deposit hangus. Jika kita tunggu sampai ada jemaah baru nak cari tiket, masalah juga sebab boleh jadi tiket yang dihajati sudah “fully booked” atau jika adapun harganya lebih mahal dari harga costing. Nak minta tambahan duit dari jemaah merupakan cabaran yang besar. Jemaah boleh jadi naik angin bila keadaan ini berlaku. Tak bagitahu maka penganjur yang akan kerugian. Ini dilema yang pertama.

Berlaku juga, tempahan tiket yang dibuat selalunya setakat 40 tiket untuk satu group. Jika sambutan yang diterima menggalakkan iaitu lebih dari 40 orang, maka kita kena “request” seat tambahan untuk jemaah yang ke 41 dan seterusnya. Dan biasanya harga tiket untuk jemaah ke 41 dan seterusnya lebih mahal dari harga tiket group 40 pax tadi. Maka dilema juga kita kerana nak minta tambahan kos dari jemaah ke 41 dan seterusnya, pasti masalah. Persoalannya, mereka ikut flight yang sama, tinggal di hotel yang sama di Makkah dan Madinah, ikut rombongan yang sama tetapi kenapa mereka kena bayar lebih. Orang yang biasa travel mudah memahami kerana dalam flight pun ada kelasnya yang tersendiri. Dari ekonomi class duduk di bahagian belakang sekali, di bahagian tengah dan depan pasti harga tiketnya berbeza. Ini belum cerita ¬†business class dan first class.

Kerana itu saya cukup takut jika harga yang dikeluarkan salah atau di luar dari costing asal. Nak minta tambahan kos dari jemaah sesuatu yang leceh. Jemaah boleh jadi memahami apa yang kita sampaikan. Tetapi faham belum tentu diterima. Dan bila tak boleh terima walaupun sudah faham, masalah juga. Dan lebih masalah lagi jika apa yang kita sampaikan tidak difahami oleh jemaah. Macam mana nak terima berita kenaikan kos tersebut, jika jemaah tidak faham asas kenaikan kos ? Sebaiknya saya perlu berhati-hati sebelum mengeluarkan sebutharga terutama untuk pakej bulan Ramadhan ini. Ramai yang bertanya, saya jawab nanti dulu. InsyaAllah bila sudah dapat sebutharga hotel bulan Ramadhan, saya akan keluarkan harga umrah Ramadhan nanti…tunggu….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: