Berkenalan dengan Mutawwif DZ Travel

3 May

Assalamualaikum wbt.

Seperti yang saya janjikan sebelum ini, kali ini saya akan dedahkan identiti Mutawwif DZ Travel yang saya kira amat bersemangat untuk menjalankan tugas menguruskan jemaah Umrah DZ di tanah suci. Mereka yang kami pilih terdiri daripada pelbagai latarbelakang akademik dan pengalaman berdakwah kepada masyarakat. Dan yang penting mereka ini memberikan komitmen 100 % kepada pengurusan jemaah DZ Travel.

1. Ustaz Haji Amir Noor Hezam bin Amir Edaham.

Saya mengenai Ustaz Amir ketika di Madinah semasa menjadi Petugas Haji pada tahun 2010. Dalam pertemuan yang pertama di hotel Movenpick Madinah itu, kami sering bertukar pandangan dan pendapat mengenai cara mana untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada jemaah Umrah khususnya yang berkaitan dengan soal bimbingan jemaah di tanah suci. Baru kali ini saya tawarkan Ustaz untuk mengetuai Group ke-2 Umrah Idaman musim cuti sekolah Jun 2012 kerana jadual beliau yang amat sibuk dengan program ceramah.

Group ini akan berlepas menaiki flight Etihad transit 2 jam di Abu Dhabi pada 30hb Mei 2012, jam 8.40 malam. Dan dijangka akan kembali ke tanah air pada 11hb Jun 2012 jam 2 petang. Perjalanan selama 13 hari dan 10 malam. Menginap di hotel 5 bintang di Makkah yang hampir dengan Masjidil Haram. Kos seorang ialah RM7580 bagi bilik berempat. Pendaftaran untuk Group ke-2 ini masih dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai.

Ustaz Amir merupakan Mantan Imam Masjid Husna Bandar Sunway dan sekarang ini aktif menyampaikan dakwah kepada masyarakat setempat. Beliau beberapa kali diundang sebagai Penyampai Program al-Kulliyah TV3, rancangan “Tanyalah Ustaz” di TV9 dan juga Penyampai rancangan Kapsul Asma Husna Astro Oasis.  Atas pengalaman dan kebolehan yang ada pada beliau, maka saya pelawa Ustaz Amir untuk menjadi Ketua Rombongan Umrah Group ke-2 untuk musim cuti sekolah Jun 2012. Gambar Ustaz Amir yang saya uploaded di atas ialah dari cover CD beliau mengenai zikir-zikir Asma Al-Husna dan juga surah-surah pilihan yang disampaikan oleh beliau sendiri.

2. Ustaz Iqmal Vijay Abdullah

Saya kenal ustaz ini melalui suami adik ipar saya atau biras iaitu Ustaz Faisal. Beliau merupakan rakan sekelas Ustaz Faisal semasa sekolah rendah dahulu di Jengka 22 Pahang. Ustaz Iqmal telah memeluk agama Islam kira-kira 7 tahun yang lalu. Dan kini beliau giat menjalankan dakwah kepada non-muslim dan beliau memberitahu saya setakat ini telah berjaya mengislamkan saudara baru yang terdiri dari masyarakat India dan Orang Asli di Pahang tidak kurang 180 orang. Allahuakbar. Saya yang islam sejak lahir inipun belum pernah lagi melakukannya, malah berdakwah kepada non Muslim pun tidak pernah.

Baru-baru ini Ustaz Iqmal telah dinobatkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul peringkat Daerah Maran, Pahang. Beliau juga pernah diundang sebagai Penceramah Jemputan Program “Qudwah” RTM2 dan juga Panel Diskusi Islam Agamaku di Radio IKIM.fm. Kelebihan beliau dalam topik Perbandingan Agama. Ini kerana sebelum menganut Islam, beliau terlebih dahulu mengkaji kitab Bible, kitab Hindu dan Buddha dan akhirnya kebenaran hakiki ditemui oleh beliau apabila mengkaji mengenai agama Islam.

Usaha Ustaz Iqmal yang berani dan berjiwa besar ini begitu menambat hati saya dan saya tawarkan beliau untuk menjadi Petugas DZ Travel di tanah suci. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, Ustaz Iqmal telah menerima tawaran saya dengan semangat yang berkobar-kobar. Beliau telah saya tugaskan selama sebulan di tanah suci pada bulan Mac yang lalu. Syukur alhamdulillah, pilihan saya tepat. Ramai jemaah yang sukakannya dan gandingan beliau dengan Ustaz Uwies al-Qorni dianggap sebagai gandingan yang mantap. Ini kerana Ustaz Uwies boleh berbahasa Arab dan Ustaz Iqmal pula boleh berbahasa Urdu. Banyak masalah yang melibatkan petugas hotel yang kebanyakkannya berasal dari Bangladesh di’settle’kan oleh mereka berdua.

Saya telah pilih beliau sekali lagi untuk mengetuai Group 1 Umrah Idaman cuti sekolah Mei-Jun 2012 ini.  Asalnya saya yang akan ‘lead’ Group 1 ini, tetapi saya beri peluang kepada Ustaz Iqmal kerana bulan Jun selepas cuti sekolah, saya sekali lagi akan ke tanah suci membawa rombongan Umrah. Kesian pula pada anak bongsu saya Adiba Zawana yang mengadu asyik kena tinggal aje.

Jumpa lagi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: