Umrah Ramadhan – Perancangan Awal

5 May

Assalamualaikum wbt.

Ramai rakan bertanya kepada saya, bila pakej Umrah Ramadhan akan di’publish’kan. Saya jawab, jika boleh sekarang juga tetapi saya masih menunggu jawapan dari pihak Ground Handling saya di Saudi mengenai harga-harga hotel untuk musim Ramadhan. Ada juga saya perolehi harga hotel bertaraf bintang di Makkah. Amat menakutkan. Terlalu mahal dan boleh mengatasi wang belanja naik haji.

Bayangkan harga bilik di hotel 5 bintang di Makkah untuk 10 yang akhir Ramadhan meningkat sehingga lebih dari SAR40 ribu untuk 1 bilik. Tinggallah 2-3 hari ke atau 10 hari yang akhir, harga tetap SAR40 ribu. Dibahagi dengan 4 katil, maknanya harga satu katil jatuh SAR10 ribu. Ini belum dikira kos tiket flight, hotel Madinah, makan minum, pengangkutan dan yang lainnya. Berapa nak jual Umrah akhir Ramadhan untuk Pakej Umrah Idaman ? Saya yakin lebih dari RM14 ribu seorang. Tetapi saya yakin, bagi yang “regular’ harga bukan ukuran. Yang penting kenikmatan beribadah di tanah suci khususnya untuk 10 malam yang akhir.

Hati saya cenderung untuk setting pakej Umrah Ekonomi untuk musim Ramadhan tahun ini. Dan saya sedang mengenalpasti beberapa hotel bertaraf ekonomi yang hampir dengan Masjidil Haram. Saya akan usahakan untuk cari hotel yang jaraknya kurang dari 300 meter ke masjid. Bulan Ramadhan tahun ini suhu panasnya dijangka lebih dari 45 darjah Celcius. Bulan Mei ini pun kabarnya suhu sudah mencecah 42 darjah Celcius. Begitu mencabar buat orang yang lemah iman seperti saya. Logik akal kita bertanya, mampu ke kita dengan suhu sebegitu ?

Tetapi dalam urusan ibadah di tanah suci, kita tidak boleh guna logik akal semata-mata. Kekadang banyak perkara pelik dan mustahil berlaku dalam diri kita semasa di tanah suci. Nak cerita pun kekadang macam tak logik. Tetapi itulah yang sering berlaku. Hanya yang merasa pengalaman di tanah suci yang memahami hakikat ibadah di tanah suci khususnya dalam bulan Ramadhan.

Berpuasa di tanah suci dan berbuka dengan buah tamar 3 biji dan minum segelas air zamzam sudah boleh memberikan tenaga kepada kita. Tak percaya ? Memang susah nak percaya tetapi saya sudah alami. Ajaib sungguh. Saya kenal dengan seorang jemaah yang berbuka cara sebegitu dan hanya makan hidangan berat selepas selesai Solat Terawih. Saya cuma menggelengkan kepala tanda takjub. Sebabnya saya yang lemah iman ini, setiap kali selesai solat Maghrib di Haram akan segera balik ke hotel untuk sambung berbuka puasa saya dengan hidangan makanan berat. Bila dah banyak makan, mula la hati malas nak ke masjid. Cuma paksa diri kuatkan iman untuk solat Isyak dan Terawih di Haram. Sedangkan rakan jemaah saya yang sorang ini, kekal iktikaf dalam masjid menunggu waktu Isya dan solat Terawih. Semoga Allah beri ganjaran yang sebaik-baiknya kepada jemaah ini atas kesabaran dan kerajinannya beribadah.

Berpuasa di tanah suci boleh meningkatkan iman kita berkali-kali ganda. Kerana keimanan yang meningkat itulah kita tidak merasa terlalu letih dan dahaga semasa berpuasa di tanah suci. Kita akan lebih suka ikhtikaf dalam masjid dengan membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah. Ingatan kita fokus untuk beribadah kepada Allah hingga lupa rasa lapar dan dahaga. Pernah terdetik di minda saya, patutlah Nabi s,a.w memberitahu para sahabat merasa gembira dan tidak sabar-sabar menunggu Ramadhan yang bakal menjelang dan menangis sedih apabila Ramadhan akan meninggalkannya. Sebabnya kita dapat rasai sendiri kenikmatan berpuasa tanpa rasa letih dan diri sentiasa melakukan amal ma’ruf sahaja di tanah suci.

Atas pengalaman saya, jemaah Umrah Ramadhan ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Ada golongan yang suka datang ke tanah suci pada akhir Syaaban dan ingin berpuasa Ramadhan di Makkah beberapa hari sahaja. Golongan kedua pula suka ke tanah suci bermula dari 1 Ramadhan. Manakala golongan ketiga pula suka pakej akhir Ramadhan. Amat jarang yang suka masuk ke Makkah pada pertengahan Ramadhan. Tak tahu kenapa ?

Kerana itu saya akan setting pakej mengikut tarikh kesukaan jemaah. Group 1 akan berlepas pada 25 syaaban dan balik 5 Ramadhan. Group ke-2 pula akan berlepas pada 1 Ramadhan dan balik pada 12 Ramadhan. Group ke-3 pula akan berlepas pada 12 Ramadhan hingga 23 Ramadhan. Manakala yang suka akhir Ramadhan pula akan berlepas pada 19 Ramadhan hingga 29 Ramadhan dan dari 21 Ramadhan hingga 2 Syawal.

Jika ada yang berminat, sila hubungi saya 019- 350 5395 atau isteri saya Hajah Norhayati 019-341 8822 atau pejabat Dz Travel 03-3341 3617 untuk pendaftaran dan pertanyaan lanjut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: