About

Muhammad Iqbal bin Safwan atau lebih dikenali dengan panggilan Haji Iqbal telah melibatkan diri dalam industri Umrah semenjak tahun 1993 dan industri haji semenjak 2002.

Selepas menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Perakaunan di Universiti Pertanian Malaysia (kini dikenali Universiti Putra Malaysia) pada tahun 1991, beliau bertugas di firma audit Atarek Kamil, kemudian bertugas sebagai Akauntan di syarikat Pemaju Jepun Toa (M) Sdn Bhd sebelum mengambil keputusan untuk berhenti bekerja makan gaji.

Pada tahun 1993, beliau bersama ayahandanya Ustaz Haji Safwan Fathy  membuka Akademi Islam Jamiyah iaitu suatu Pusat Belajar al-Quran (kaedah IQRA’) untuk golongan dewasa. Pada tahun inilah beliau mula membawa rombongan jemaah umrah yang dicarinya sendiri bernaung kepada syarikat Melati Travel & Tours Sdn Bhd.

Berkat doa di tanah suci agar Allah menjemput beliau ke tanah suci setiap tahun sebagai tetamunya, semenjak itu hampir setiap tahun beliau ke tanah suci menunaikan Umrah bersama jemaah yang dicarinya sendiri.

Pada tahun 2001, Pengerusi Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd, iaitu Haji Zainal Abidin Yusof (kini bergelar Dato’) telah mempelawa beliau menyumbangkan khidmat bakti dengan menjadi Petugas Haji dan Umrah. Setelah 10 tahun bersama dengan Zahafiz, kini beliau mengendalikan syarikat DZ Travel & Tours (M) Sdn Bhd bersama dengan sahabatnya Hj Daruzaman bin Abd Rahim.

Atas pengalaman yang ada, beliau merasakan perlu diberi pendedahan dan maklumat yang terperinci kepada masyarakat sebagai persiapan sebelum menunaikan haji atau umrah ke tanah suci.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: