Promosi Group ke2 – Pakej Umrah Idaman Musim Cuti Sekolah Jun 2012

25 Apr

Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah, kouta untuk Group 1 Pakej Umrah Idaman untuk musim cuti sekolah Mei-Jun 2012 telahpun penuh. Dijangkakan seramai 49 jemaah akan berlepas ke tanah suci pada 25hb Mei 2012, menaiki flight Emirates transit Dubai dan terus ke Madinah. Dan DZ Travel juga menerima lebihan permintaan dari bakal jemaah untuk menyertai pakej ini. Nampak gayanya Group ke-2 akan saya setting atas permintaan.

Masalahnya untuk mendapatkan tiket penerbangan masa ini harganya begitu tinggi dari sebelumnya. Yang murah sikit flight transit seperti flight Etihad, Kuwait Airways dan sebagainya. Jemaah tidak mahu flight transit walaupun tempoh menunggu tidak lama sekitar 2-3 jam. Mereka mahu direct flight Saudi atau MAS, samada terus ke Madinah atau ke Jeddah pun tak pa. Transit tidak mahu.

Sebenarnya dengan mengambil flight transit seperti di atas, kita boleh jimat sehingga RM500 atau lebih seorang. Jika ahli keluarga ada 5 orang, maknanya kita boleh jimat RM2500.  Dan kos penjimatan itu boleh menampung kos penginapan di Makkah yang harus dekat dengan Masjidil Haram.

Jika ada yang nak jimat sikit saya booking flight Etihad. Yang penting penginapan di Makkah mesti dekat dengan Masjidil Haram. Almaklum suhu panas di Makkah pada bulan Jun ini dijangka mencecah lebih 45 darjah Celsius. Jika menginap di hotel yang jauh, memang mencabar bagi jemaah.

Untuk group ke2 musim cuti sekolah ini, saya akan setting tarikh berlepas 30hb Mei hingga 11hb Jun, pakej 13 hari dan 10 malam. Harga untuk Pakej Umrah Idaman Group ke-2, flight Etihad transit Abu Dhabi 2 jam sahaja dan kos hanya RM 7580 seorang.

Harga ini saya anggap masih murah untuk musim cuti sekolah dan menginap di hotel yang bertaraf bintang dan hampir dengan Masjidil Haram. Baru-baru ini, saya berjumpa dengan jemaah dari syarikat travel yang tersohor di negara ini, yang menginap sama bangunan dengan saya di Safwah Tower. Mereka jual pada harga lebih dari RM9000 seorang. Malah rakan alumni saya pergi umrah baru-baru ini kosnya mencecah RM10,000. seorang, hanya kerana dijanjikan dipimpin oleh seorang Ustazah celebriti. Malangnya Ustazah ini tidak dapat ikut serta atas masalah kesihatan.

Group ke-2 ini akan dipimpin oleh seorang Ustaz yang biasa keluar TV dalam Rancangan Tanyalah Ustaz dan Kulliyah. Namanya akan saya dedahkan bila tiba masanya. Cadangan awal, saya yang akan pimpin. Tetapi saya kena pimpin Group Umrah akan datang yang berlepas pada 15hb Jun 2012, insyaAllah. Group ke-2 ini pula akan balik pada 10hb Jun 2012. Tempoh yang terlalu singkat untuk saya memperolehi visa Umrah untuk Group 15hb Jun. Untuk makluman Group 15hb Jun 2012 telah penuh. Dijangkakan ada 50 jemaah, cukup 1 bas.

Jika ada yang berminat menyertai Pakej Umrah Idaman musim cuti sekolah Jun 2012 untuk Group ke-2 ini, sila hubungi saya di talian 019-3505395 atau pejabat DZ Travel 03-3341 3617. Selalunya bila handphone saya enggaged, ia akan “divert” ke handphone isteri saya Hjh Norhayati 019-341 8822.

Leave a comment